Mat Saleh Dakwa Malaysia Ada Masalah Imej Yang Serius


Mat Saleh Dakwa Malaysia Ada Masalah ‘Imej’ Yang Serius
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk bercuti, ada juga yang akhirnya memilih untuk menetap, belajar, bekerja, bahkan bersara di sini.
Dari banyak tempat menarik yang memukau, makanan menggoda selera, hingga rakyatnya yang peramah dan penuh ragam. Semuanya membuatkan sesiapa yang datang ke sini pasti jatuh cinta.
Namun, tak dinafikan ada juga orang luar yang menyimpan tanggapan atau stereotaip lama tentang Malaysia, walhal mereka sendiri belum pernah pun menjejak kaki ke sini.
Kita ‘tenggelam’ berbanding negara jiran? Siapa sangka, seorang Mat Saleh sebelumnya menarik perhatian ramai apabila berkongsi pandangannya tentang negara kita. Mana tidaknya, katanya, Malaysia sebenarnya ada masalah ‘imej’ yang agak serius.
Katanya, bila kebanyakan orang fikir tentang Asia Tenggara, mereka terus bayangkan Thailand dengan pantai dan alam semula jadinya. Selain itu, Singapura untuk pembangunan dan kewangan serta Indonesia bagi budaya dan pulau-pulau.
“Kita sedang bercakap tentang sebuah negara yang menjadi rumah kepada beberapa bangunan tertinggi di dunia. Malaysia ada ekosistem yang pelbagai, hutan simpan yang luas, dan macam-macam lagi. Tapi, entah macam mana masih ‘tenggelam’ berbanding jiran-jirannya,” katanya lagi.
Malaysia sebenarnya “Asia’s best-kept secrets” Menurut lelaki tersebut, masih banyak perkara yang ramai orang luar tak tahu tentang Malaysia. Nama Malaysia pun kadang-kadang hanya muncul bila mereka “transit” nak ke negara lain.
Gambar Hiasan “Semua yang kamu fikir kamu tahu tentang Malaysia sebenarnya salah,” katanya.
Tambahnya, orang ramai tidak sepatutnya pandang rendah terhadap salah satu ‘rahsia terbaik’ Asia ini.
Malaysia negara berbilang budaya Jelasnya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Pelbagai komuniti hidup bersama dengan harmoni. Ini menjadikan pengalaman berkunjung ke negara ini unik dan menarik.
“Muslim, Kristian, Katolik, Hindu, Buddha, semuanya ada dan hidup bersama dengan aman. Kamu boleh berjalan di satu jalan dan nampak masjid, kuil Hindu dan gereja berdiri bersebelahan. Orang di sini bergaul dan kadang-kadang melawat rumah ibadat masing-masing, tak kira agama.
“Dan sebab campuran budaya ini jugalah makanan Malaysia luar biasa hebat. Gabungan Melayu, Cina, India yang gila sedapnya. Kamu boleh makan apa saja, bila-bila masa,” kongsinya.
Ujarnya, sebagai pengunjung, sudah tentu kita disarankan untuk menghormati adat dan budaya setempat, kerana ia merupakan perkara asas di mana-mana negara. Bagaimanapun, perkara ini tidak menghalang pengunjung daripada menikmati segala yang ditawarkan oleh Malaysia.
Malaysia negara maju Katanya, soalan “Malaysia ada Wi-Fi tak?” pernah ditujukan kepadanya.
“Kamu akan terkejut kalau datang dan lihat sendiri betapa majunya negara ini. Internet sangat laju. Perkhidmatan kesihatan sangat baik.
“Skyline Kuala Lumpur boleh menyaingi mana-mana bandar besar di Amerika, malah mengingatkan saya kepada New York. Malaysia ada kawasan ala Times Square. Malaysia bahkan ada program angkasa dan pernah hantar angkasawan ke angkasa lepas.
“Lebuh raya? Antara yang paling hebat saya pernah lihat,” katanya.
Paling menarik, dia turut berkongsi rasa kagum apabila Malaysia masih mengekalkan identiti dan budaya tradisi meski begitu maju.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia juga sebenarnya fasih berbahasa Inggeris.
“Mereka faham jenaka, slang dan memang kelakar. Berbual dengan mereka senang. Lebih menarik, ramai rakyat Malaysia fasih banyak bahasa. Ada yang sampai tujuh bahasa. Bergantung pada latar keluarga mereka, mereka mungkin bertutur dalam Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Tamil, dan lain-lain.
“Di Ireland, kami belajar bahasa Ireland 15 tahun tapi saya cuma kenal seorang yang boleh bertutur fasih,” katanya.
Bercakap soal ekonomi, dia mengakui Malaysia kini sedang meletakkan dirinya sebagai hab teknologi.
“Ia ada semua industri penting untuk masa depan. Minyak sawit, sektor pembuatan besar-besaran dan rupanya industri semikonduktor juga sangat besar,” katanya.
Jadi, kenapa Malaysia masih dipandang rendah? Berkongsi pandangan, lelaki ini berpendapat terdapat beberapa sebab mengapa perkara itu berlaku.
Pertama, soal pemasaran. Katanya, Thailand dan Singapura mempunyai strategi pemasaran yang sangat kuat dan agresif. Malaysia pula tidak mempromosikan dirinya sebaik mereka, jadi nama negara ini tidak begitu menonjol di mata dunia.
Kedua, faktor lokasi. Malaysia berada di tengah-tengah antara Thailand dan Singapura, menyebabkan ramai orang luar melihatnya hanya sebagai tempat transit.
Ketiga, liputan media. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia tidak disebut atau dibincangkan sekerap Thailand, Vietnam atau Filipina. Malaysia ada juga disebut, tetapi jarang menjadi fokus utama.
Keempat, identiti Malaysia lebih sukar ‘dijual’. Thailand mudah dipromosikan dengan pantai, kuil dan gaya hidup santai. Singapura pula terkenal dengan wang, bank, kecanggihan dan kuasa.
Sebaliknya, Malaysia unik kerana mempunyai budaya yang pelbagai, sejarah yang panjang dan identiti yang kompleks. Ia memang istimewa, tetapi memerlukan usaha lebih untuk ‘menjualnya’ kepada dunia.
Gambar Hiasan (BERNAMA) Bagaimanapun, menurutnya, Malaysia kini sedang berkembang menjadi ‘pemain besar’ dan akan berdiri sebagai sebuah negara dengan ekonomi yang stabil.
“Orang mula menghargai negara ini. Malaysia diam-diam sedang menjadi salah satu negara terbaik di Asia. Ekonomi stabil, pendidikan kukuh, infrastruktur bertaraf dunia dan nisbah harga-kualiti yang sukar ditandingi di seluruh dunia sekarang.
“Tapi lebih daripada semua itu, Malaysia selesa. Rakyatnya ramah. Suasananya santai. Kamu akan suka berada di sini. Saya rasa tak ada sesiapa yang tak akan menikmati pengalaman di Malaysia,” tambahnya lagi.
BACA: Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia
BACA: Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share ‘Nasib Kurang Baik’ Di Malaysia
BACA: Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’
Sumber: Con Lear/YouTube
The post Mat Saleh Dakwa Malaysia Ada Masalah ‘Imej’ Yang Serius appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/16/mat-saleh-dakwa-malaysia-ada-masalah-imej-yang-serius/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 194 hits
Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini seiring dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan mata wang serant...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 249 hits
Bekas Pemain Arsenal Josh Robinson Sahkan Keturunan Malaysia Bendera Malaysia Diletakkan Pada Pemain Arsenal Joshua Robinson oleh Farah Freman 1 40pm 09 11 2025 Bendera Malaysia dikesan terpapar pada bekas pemain Arsenal FC Joshua Robinson ...
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 212 hits
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026 KUALA LUMPUR 9 Nov Seni silat Melayu berpotensi besar untuk diangkat sebagai satu daripada produk pelancongan negara khususnya sebagai tarikan istimewa bersempena d...
Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht

Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 250 hits
Sharifah Mahsinah AbdullahLelaki warga Malaysia ditahan polis Thailand di Bangkok selepas menyamar pegawai kerajaan untuk menipu warga emas menyebabkan mangsa kerugian 3 3 juta baht Foto Polis ThailandKOTA BHARU Seorang lelaki warga Malaysi...
Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia

Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 220 hits
Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia Seperti yang diketahui pasport Malaysia kini berada di tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025 Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama sama 15 n...
What Mamdani S Win In New York Means To Malaysia

What Mamdani S Win In New York Means To Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 224 hits
When US Democratic party candidate Zohran Mamdani won the mayoral race in New York a lot of people didn t know who he is Well at least in Malaysia For me when I heard his name the only picture that came to my mind was Adam Sandler s movie Y...
Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia

Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 219 hits
Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia Ramai menganggap masalah kesihatan hanya menimpa golongan tertentu Hakikatnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang Gaya hidup mode...
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 280 hits
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi ALOR SETAR 9 Nov Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di perairan Langkawi susulan insid...
Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 256 hits
LANGKAWI 9 November Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menemui beberapa mangsa disyaki imigran dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi semalam dipercayai susulan insiden bot yang membawa kira kira 300 penumpang imigra...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Asam Pedas Melaka Asli

Penonjolan Di Media Sosial

Wefluence Marketplace Ugc Berbasis Performa

Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates