Mat Sabu Saifuddin Kena Bantah Rancangan Kerajaan Uk Ini Pensyarah Ukm


BANTAH SEGERA RANCANGAN KERAJAAN UK INI

1. Kerajaan Malaysia khususnya Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu dan Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah digesa agar membantah segera rancangan terbaru United Kingdom untuk membina pangkalan tentera di Asia Tenggara.

2. Setiausaha Pertahanan UK Gavin Williamson dalam temu bual terkini bersama The Sunday Telegraph pada 30 Disember 2018 secara terbuka mengisytiharkan bahawa UK merancang untuk membina pangkalan tentera di Asia Tenggara dan Caribbean – secara khusus beliau menyebut kemungkinan membuka pangkalan berkenaan di Singapura dan Brunei.

3. Laporan tersebut yang bertajuk “Britain to become 'true global player' post-Brexit with military bases in South East Asia and Caribbean, says Defence Secretary” telah mengejutkan para penganalisis dan pemerhati dunia ketenteraan dan perisikan.  

4. Apakah konteks pengisytiharan ini?  Apakah makna dan implikasi sebenar di sebalik keangkuhan rancangan ini? Mengapa kerajaan Malaysia perlu memimpin kesemua sepuluh negara Asia Tenggara menentang sekeras-kerasnya kehadiran semula kuasa bekas ‘penjajah’ ini?

5. Pada dasarnya, Setiausaha Pertahanan UK mengumumkan rancangan ini sebagai fokus utama UK pasca-Brexit yang akan berlangsung pada Mac 2019 nanti.  Ringkasnya, beliau mengatakan bahawa sebaik sahaja keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), UK akan ‘kembali menjadi kuasa global’.  

6. Pengumuman ini secara rasminya menandakan berakhirnya Strategi Timur Suez 1968 di mana UK pada waktu itu mengundurkan keberadaan angkatan tentera mereka dari Asia Tenggara.  Dalam kes negara kita, Strategi itu menyaksikan Britain menamatkan ‘pakatan ketenteraan’ pertama kita selepas mencapai kemerdekaan iaitu Anglo-Malayan Defense Agreement (AMDA) pada 1971 dan digantikan dengan aturan pertahanan yang lebih ringan: Five Power Defence Arrangements (FPDA).  

7. Kerajaan Konservatif pimpinan Perdana Menteri Theresa May hari ini jelas menuruti arus ‘haluan kanan’ yang membawa kepada keputusan Brexit dalam referendum beberapa tahun yang lalu.  Bukan sahaja Theresa May berkeras untuk memimpin UK keluar daripada EU, malah ternyata beliau cuba untuk mengembalikan reputasi UK sebagai ‘kuasa dunia yang sebenar’; satu usaha yang pastinya disambut gembira oleh pendukung ‘haluan kanan’ di UK.

8. Secara tidak langsung, rancangan UK ini amat selari dengan ‘seruan’ (atau ‘desakan’) Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar negara sekutu AS turut sama menampung beban ketenteraan mereka di seluruh dunia.  Dalam erti kata mudah, Amerika mengendurkan beban mereka yang selama ini memimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), UK pula keluar daripada EU lalu ‘menyahut’ seruan Trump dengan membantu Amerika di Asia Tenggara.

9. Selain daripada menandakan kehadiran kembali kuasa ketenteraan UK di Asia Tenggara pasca-Brexit, rancangan kerajaan Konservatif ini juga bakal memberi impak besar dalam konteks persaingan geopolitik di Laut China Selatan.  

10. Hingga saat ini, Laut China Selatan telah menjadi tumpuan antara tiga pihak: China yang menuntut penguasaan ke atas lebih 80% Laut China Selatan, negara-negara Asia Tenggara yang masing-masing cuba untuk mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif masing-masing, dan juga Amerika yang kononnya hadir untuk ‘membanteras’ pencerobohan China di wilayah laut negara-negara Asia Tenggara ini.

11. Benar, negara-negara Asia Tenggara amat terdedah kepada ancaman pencerobohan China melalui kapal pengawal pantai dan nelayan mereka di samping tindakan berterusan China membina kelengkapan ketenteraan di pulau-pulau buatan di Kepulauan Spratly.  Namun begitu, hal ini tidak bermakna kuasa Barat boleh sewenang-wenangnya menggunakan alasan ‘Freedom of Navigation’ untuk mengukuhkan kehadiran ketenteraan mereka di rantau ini.  

12. Sesungguhnya, kesemua sepuluh negara Asia Tenggara perlu membantah sekeras-kerasnya rancangan UK ini – apatah lagi ia jelas bercanggah dengan prinsip Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN) yang dipersetujui ASEAN sekian lama.  Berbanding bergantung harap pada bekas kuasa penjajah Barat bagi menangani ancaman China yang semakin hari semakin agresif di Laut China Selatan, negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Brunei sewajarnya membangunkan kerjasama strategik antara satu sama lain bagi mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah masing-masing.  

13. Dalam kes Malaysia pula, rancangan UK ini jelas sekali bertentangan dengan pendirian kerajaan untuk menjadikan kawasan perairan Laut China Selatan sebagai kawasan bebas persaingan keberadaan aset ketenteraan.  Maka kerajaan perlu buktikan bahawa pendirian ini bukan semata-mata bersifat ‘kosmetik’, sebaliknya diterjemah menjadi dasar yang konkrit – tidak luntur dan tunduk apologetik di kaki kuasa besar seperti Britain.  Semoga kelemahan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar dalam berhadapan dengan pencerobohan ruang udara dan perairan negara oleh Singapura baru-baru ini tidak diulangi dalam kes ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
#CelahGelegar Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/mat-sabu-saifuddin-kena-bantah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Segera Rancangan Kerajaan Uk Ini

Bantah Segera Rancangan Kerajaan Uk Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 408 hits
1 Kerajaan Malaysia khususnya Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu dan Menteri Luar Negeri Dato Saifuddin Abdullah digesa agar membantah segera rancangan terbaru United Kingdom untuk membina pangkalan tentera di Asia Tenggara 2 Setiausaha Per...
Perang Somalia Perlu Dijadikan Tauladan Kerajaan Ph Mat Sabu

Perang Somalia Perlu Dijadikan Tauladan Kerajaan Ph Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 265 hits
Tidak wujudnya konflik dalam Pakatan Harapan seperti yang diperkatakan ramai kebelakangan ini Menurut Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu setiap orang mempunyai pandangan dan mengeluarkan kenyataan itu adalah perkara biasa Parti Amana...
Aide Confirms Mat Sabu S Son Among Those Nabbed In Police Raid

Aide Confirms Mat Sabu S Son Among Those Nabbed In Police Raid

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 559 hits
An aide to Mohamad Sabu has confirmed that the defence minister s son was among two men arrested in connection with the use of illegal drugs during a police raid on an entertainment outlet According to Bernama the raid on the outlet on Jala...
Pembantu Sahkan Anak Mat Sabu Ditahan Dalam Serbuan Polis

Pembantu Sahkan Anak Mat Sabu Ditahan Dalam Serbuan Polis

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 861 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang pegawai kepada Mohamad Sabu mengesahkan anak lelaki menteri pertahanan itu ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan Menurut Bernama se...
Anak Ditahan Positif Ganja Mat Sabu Serah Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Anak Ditahan Positif Ganja Mat Sabu Serah Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 767 hits
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati positif ganja Mohamad juga berkata berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap anaknya Sa...
Anak Mat Sabu Ditahan Positif Ganja Cepat Betul Netizen Melatah

Anak Mat Sabu Ditahan Positif Ganja Cepat Betul Netizen Melatah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 939 hits
Yang mendapat tamparan semestinya mat sabu Yang mendapat cacian dan dijadikan modal politik semestinya amanah berikutan presiden amanah adalah mat sabu Dalam kes dadah ni terdapat pelbagai situasi samada dia betul penagih tegar ataupun dia ...
Anak Mat Sabu P0sitif G4nja

Anak Mat Sabu P0sitif G4nja

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1623 hits
Ketika operasi itu dijalankan seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita Anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam Ahmad ...
Anak Mat Sabu Yang Ditahan Polis Positif Dadah Telah Dibebaskan

Anak Mat Sabu Yang Ditahan Polis Positif Dadah Telah Dibebaskan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 571 hits
KUALA LUMPUR Anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam Ahmad Saiful Islam Mohamad 31 tahun ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu Setiausaha Politik Mente...
Anak Mat Sabu Ditangkap Positif Dadah

Anak Mat Sabu Ditangkap Positif Dadah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 1408 hits
Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan ditahan positif dadah di sebuah pusat clubbing di Jalan Ampang Kuala Lumpur jam 12 30 tengah malam tadi Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh polis Narkotik Daerah D...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord