Bantah Segera Rancangan Kerajaan Uk Ini



1. Kerajaan Malaysia khususnya Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu dan Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah digesa agar membantah segera rancangan terbaru United Kingdom untuk membina pangkalan tentera di Asia Tenggara.
2. Setiausaha Pertahanan UK Gavin Williamson dalam temu bual terkini bersama The Sunday Telegraph pada 30 Disember 2018 secara terbuka mengisytiharkan bahawa UK merancang untuk membina pangkalan tentera di Asia Tenggara dan Caribbean – secara khusus beliau menyebut kemungkinan membuka pangkalan berkenaan di Singapura dan Brunei.
3. Laporan tersebut yang bertajuk “Britain to become ‘true global player’ post-Brexit with military bases in South East Asia and Caribbean, says Defence Secretary” telah mengejutkan para penganalisis dan pemerhati dunia ketenteraan dan perisikan.
4. Apakah konteks pengisytiharan ini? Apakah makna dan implikasi sebenar di sebalik keangkuhan rancangan ini? Mengapa kerajaan Malaysia perlu memimpin kesemua sepuluh negara Asia Tenggara menentang sekeras-kerasnya kehadiran semula kuasa bekas ‘penjajah’ ini?
5. Pada dasarnya, Setiausaha Pertahanan UK mengumumkan rancangan ini sebagai fokus utama UK pasca-Brexit yang akan berlangsung pada Mac 2019 nanti. Ringkasnya, beliau mengatakan bahawa sebaik sahaja keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), UK akan ‘kembali menjadi kuasa global’.
6. Pengumuman ini secara rasminya menandakan berakhirnya Strategi Timur Suez 1968 di mana UK pada waktu itu mengundurkan keberadaan angkatan tentera mereka dari Asia Tenggara. Dalam kes negara kita, Strategi itu menyaksikan Britain menamatkan ‘pakatan ketenteraan’ pertama kita selepas mencapai kemerdekaan iaitu Anglo-Malayan Defense Agreement (AMDA) pada 1971 dan digantikan dengan aturan pertahanan yang lebih ringan: Five Power Defence Arrangements (FPDA).

7. Kerajaan Konservatif pimpinan Perdana Menteri Theresa May hari ini jelas menuruti arus ‘haluan kanan’ yang membawa kepada keputusan Brexit dalam referendum beberapa tahun yang lalu. Bukan sahaja Theresa May berkeras untuk memimpin UK keluar daripada EU, malah ternyata beliau cuba untuk mengembalikan reputasi UK sebagai ‘kuasa dunia yang sebenar’; satu usaha yang pastinya disambut gembira oleh pendukung ‘haluan kanan’ di UK.
8. Secara tidak langsung, rancangan UK ini amat selari dengan ‘seruan’ (atau ‘desakan’) Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar negara sekutu AS turut sama menampung beban ketenteraan mereka di seluruh dunia. Dalam erti kata mudah, Amerika mengendurkan beban mereka yang selama ini memimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), UK pula keluar daripada EU lalu ‘menyahut’ seruan Trump dengan membantu Amerika di Asia Tenggara.
9. Selain daripada menandakan kehadiran kembali kuasa ketenteraan UK di Asia Tenggara pasca-Brexit, rancangan kerajaan Konservatif ini juga bakal memberi impak besar dalam konteks persaingan geopolitik di Laut China Selatan.
10. Hingga saat ini, Laut China Selatan telah menjadi tumpuan antara tiga pihak: China yang menuntut penguasaan ke atas lebih 80% Laut China Selatan, negara-negara Asia Tenggara yang masing-masing cuba untuk mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif masing-masing, dan juga Amerika yang kononnya hadir untuk ‘membanteras’ pencerobohan China di wilayah laut negara-negara Asia Tenggara ini.
11. Benar, negara-negara Asia Tenggara amat terdedah kepada ancaman pencerobohan China melalui kapal pengawal pantai dan nelayan mereka di samping tindakan berterusan China membina kelengkapan ketenteraan di pulau-pulau buatan di Kepulauan Spratly. Namun begitu, hal ini tidak bermakna kuasa Barat boleh sewenang-wenangnya menggunakan alasan ‘Freedom of Navigation’ untuk mengukuhkan kehadiran ketenteraan mereka di rantau ini.
12. Sesungguhnya, kesemua sepuluh negara Asia Tenggara perlu membantah sekeras-kerasnya rancangan UK ini – apatah lagi ia jelas bercanggah dengan prinsip Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN) yang dipersetujui ASEAN sekian lama. Berbanding bergantung harap pada bekas kuasa penjajah Barat bagi menangani ancaman China yang semakin hari semakin agresif di Laut China Selatan, negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Brunei sewajarnya membangunkan kerjasama strategik antara satu sama lain bagi mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah masing-masing.
13. Dalam kes Malaysia pula, rancangan UK ini jelas sekali bertentangan dengan pendirian kerajaan untuk menjadikan kawasan perairan Laut China Selatan sebagai kawasan bebas persaingan keberadaan aset ketenteraan. Maka kerajaan perlu buktikan bahawa pendirian ini bukan semata-mata bersifat ‘kosmetik’, sebaliknya diterjemah menjadi dasar yang konkrit – tidak luntur dan tunduk apologetik di kaki kuasa besar seperti Britain. Semoga kelemahan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar dalam berhadapan dengan pencerobohan ruang udara dan perairan negara oleh Singapura baru-baru ini tidak diulangi dalam kes ini.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
The post Bantah Segera Rancangan Kerajaan UK Ini appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bantah-segera-rancangan-kerajaan-uk-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Saifuddin Kena Bantah Rancangan Kerajaan Uk Ini Pensyarah Ukm

Mat Sabu Saifuddin Kena Bantah Rancangan Kerajaan Uk Ini Pensyarah Ukm

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 691 hits
BANTAH SEGERA RANCANGAN KERAJAAN UK INI1 Kerajaan Malaysia khususnya Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu dan Menteri Luar Negeri Dato Saifuddin Abdullah digesa agar membantah segera rancangan terbaru United Kingdom untuk membina pangkalan te...
Kerajaan Pbt Perlu Tangan Masalah Kuil Haram Main Pacak Dengan Segera

Kerajaan Pbt Perlu Tangan Masalah Kuil Haram Main Pacak Dengan Segera

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 548 hits
Lokasi Di sebalik tembok jenama PPA1M Seruling Presint 5 WP Putrajaya Sumber Gerakan Rakyat Malaysia GERASMasih ingat lagi kekecohan yang berlaku di sebuah kuil Hindu Sri Maha Mariamman di USJ pada November dulu Kekecohan tersebut juga meny...
Bantah Kerajaan Beri Jawatan Kontrak Satu Pandangan Bodoh

Bantah Kerajaan Beri Jawatan Kontrak Satu Pandangan Bodoh

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 450 hits
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Putrajaya foto HAZROL ZA...
Sebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan Baru

Sebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 459 hits
Sebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan BaruSebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan Baru
Projek Kerajaan Hanya Secara Tender Siapa Saja Boleh Sertai Tun M

Projek Kerajaan Hanya Secara Tender Siapa Saja Boleh Sertai Tun M

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 386 hits
LANGKAWI 1 Jan Di sebalik kecaman termasuk daripada rakan komponen parti berhubung cadangan agar ketua bahagian dan cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diberikan projek kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa setiap penganuge...
Kerajaan Terengganu Manfaat Dua Hari Cuti

Kerajaan Terengganu Manfaat Dua Hari Cuti

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 467 hits
Telah Diisytiharkan oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar Hari Jumaat sebagai Hari ILMU Hari Sabtu sebagai Hari KELUARGA Negeri Berkat Rakyat Sejahtera
Lencun2019 Selain Rakyat Bagi 30sen Kpd Kerajaan 1 Lagi Hadiah Misteri Tahun Baru

Lencun2019 Selain Rakyat Bagi 30sen Kpd Kerajaan 1 Lagi Hadiah Misteri Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 432 hits
Selain dari memberi peluang kepada rakyat untuk terus memberi subsidi petrol 30 sen liter kepada kerajaan satu lagi hadiah misteri tahun baharu untuk rakyat juga diberi oleh PH hari ini Petang tadi juga kerajaan PH mengumumkan bahawa 4 lagi...
Hancing Tolakph Penyokong Dap Kecam Kerajaan Terengganu Kerana Buka Hotel Patuh Syariah

Hancing Tolakph Penyokong Dap Kecam Kerajaan Terengganu Kerana Buka Hotel Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 497 hits
Penyokong DAP kecam kerajaan Terengganu kerana buka Hotel Patuh Syariah Apa yang kita faham Malaysia baru ini dipenuhi manusia kiasu iaitu penyokong tegar DAP Mereka cukup panas sekiranya perkara melibatkan Islam dimartabatkan Kerajaan PAS ...
Ecrl Diteruskan Cara Halus Kerajaan Pakatan Merayu China Beli Semula Minyak Sawit Malaysia

Ecrl Diteruskan Cara Halus Kerajaan Pakatan Merayu China Beli Semula Minyak Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 816 hits
Selepas menang sahaja PRU14 pihak kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil tindakan membatalkan projek projek mega yang diasaskan oleh Kerajaan BN Pakatan cuba mencipta alasan bahawa projek seperti HSR dan MRT sebagai tidak telus dan menjad...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun