Mat Sabu Liew Hairan Ismail Salahkan Ph Dalam Isu Projek Lcs


 
FMT Reporters -May 12, 2021 Mat Sabu dan Liew berkata, kelewatan bermula sejak tahun 2015 lagi, dan berpunca daripada reka bentuk terperinci yang sehingga hari ini belum dimuktamadkan. (Bernama pic)PETALING JAYA: Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong membidas tindakan Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) sebagai punca masalah pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Menerusi kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan itu juga hairan mengapa kenyataan berhubung isu itu tidak lagi dapat dikesan dalam laman web Kementerian Pertahanan.
“Apabila kerajaan PH mengambil tampuk kuasa, Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan, dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang diketuai oleh Amrin Buang telah ditubuhkan untuk menyiasat permasalahan dalam perolehan pertahanan. Siasatan telah diarahkan oleh Kabinet.
“Tanggapan Ismail, siasatan merupakan punca kelewatan projek langsung tidak tepat dan mencerminkan sikap kerajaan PN yang ambil mudah tentang integriti. Sebaliknya, apa-apa kelewatan yang dialami projek tersebut berpunca daripada ketidakcekapan dan ketiadaan integriti kerajaan Umno-Barisan Nasional itu sendiri,” kata mereka.
Jelas mereka lagi, kelewatan bermula sejak tahun 2015 lagi, dan berpunca daripada reka bentuk terperinci yang sehingga hari ini belum dimuktamadkan serta masalah kecairan kewangan BNS yang sedikit sebanyak terhasil daripada penyelewengan kewangan projek dan pengurusan projek yang tidak cekap.
Kata mereka, hanya melalui siasatan JKSTUPKK, barulah kerajaan PH dapat menemui punca kelewatan.
Semalam, Ismail berkata dakwaan Mohamad kononnya keputusan kerajaan meneruskan pembinaan LCS lebih kepada mahu menyelamatkan serta menjamin kepentingan kontraktor hanyalah satu provokasi politik tidak matang.
Ismail berkata, sebaliknya punca permasalahan LSC berlaku adalah kerana kegagalan kerajaan PH membuat keputusan cekap berhubung status projek tersebut pada waktu itu.
Mohamad dan Liew sebelum ini mempersoal keputusan kerajaan meneruskan LCS sambil mendakwa ia lebih bertujuan menyelamatkan serta menjamin kepentingan kontraktor dan subkontraktor Boustead Naval Shipyard (BNS), bukannya bagi memastikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapat bilangan kapal tempur yang menepati keperluan semasa.
Mereka turut mempersoalkan status dana berjumlah RM1 bilion yang telah hilang daripada akaun projek tersebut.
Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin PH itu turut mengesyorkan supaya Ismail menerbitkan semua laporan JKSTUPKK mengenai projek LCS dan membiarkan perkara itu dinilai sendiri oleh rakyat
Kata mereka, siasatan JKSTUPKK turut mendapati RM1 billion antara RM6 billion yang telah disalurkan kepada pembina telah hilang dan tidak dapat dikesan lagi.
“Disyaki unsur rasuah telah berlaku. Masalah “vendor-driven”, rasuah dan penyelewengan dalam projek LCS berlaku semasa Najib Razak, Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan dan Umno memerintah.
“PH hanya cuba membersihkan dan membaiki keadaan. Siasatan JKSTUPKK mencadang projek diteruskan dengan kepentingan TLDM sebagai pertimbangan yang paling utama, syarat yang ketat dikenakan supaya tidak lagi ada penyelewengan, dan siasatan atas kehilangan RM1 billion dilakukan serta merta,” katanya.
Kata mereka, semua cadangan JKSTUPKK diterima oleh Kementerian Pertahanan dan juga bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 11 Februari lalu.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/mat-sabu-liew-hairan-ismail-salahkan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Ni Sakit Apa

Mat Sabu Ni Sakit Apa

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 225 hits
When PAS wants prostitution gambling and drinking curbed they attack PAS and say nasty things about PAS When PAS does not push for the curbing of prostitution gambling and drinking they also attack PAS and say nasty things about PAS Mat Sab...
Mat Sabu Mahu Hukum Islam Diperkuatkan Dan Ruu355 Dilulus

Mat Sabu Mahu Hukum Islam Diperkuatkan Dan Ruu355 Dilulus

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 274 hits
Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan ahli Pas sekarang dapat melihat perangai sebenar pemimpin mereka yang sudah lari daripada perjuangan Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata perjuangan seperti isu Akta Mahkamah Syariah 1965 atau dikenal...
Seluruh Negara Pakai Sop Sama Tak Timbul Isu Keliru Buat 3 0 Marah 1 0 Pun Marah

Seluruh Negara Pakai Sop Sama Tak Timbul Isu Keliru Buat 3 0 Marah 1 0 Pun Marah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 304 hits
Seluruh negara pakai SOP sama tak timbul isu keliru Buat 3 0 marah 1 0 pun marah Sidang media bersama antara Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah MENTERI Kanan Datuk Seri ...
Hiburan Takkan Itu Jadi Satu Kesalahan Awie Tampil Beri Komen Isu Langgar Sop Di Majlis Bersama Peminat

Hiburan Takkan Itu Jadi Satu Kesalahan Awie Tampil Beri Komen Isu Langgar Sop Di Majlis Bersama Peminat

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 251 hits
Hanya berniat untuk berbuat baik kepada mereka yang tidak berkemampuan penyanyi Awie tampil memberikan komen susulan daripada tularnya video dia telah melanggar prosedur operasi standard di sebuah majlis amal Awie 53 yang ditemui media berk...
Isu Pemilihan Pemain Kenapa Perlu Pertikai Tan Cheng Hoe Pilih Akhyar

Isu Pemilihan Pemain Kenapa Perlu Pertikai Tan Cheng Hoe Pilih Akhyar

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 258 hits
Malaysia bakal berhadapan getir dalam usaha melayakkan diri ke peringkat seterusnya di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 3 Jun hadapan selepas ditangguhkan selama setahun Disebabkan pandemik yang mel...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petua Orang Lama Tentang Percintaan Dan Perkahwinan

Hishamuddin Hashim Controversy And Accountability In The Teoh Beng Hock Case

Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua

Inilah Antara Sebab Mengapa Lelaki Jangan Mudah Percaya Dengan Wanita Cantik

Benda Benda Pelik Dan Berhaga Yang Sering Di Temui Di Tepi Pantai

Kenali Ciri Ciri Rambut Rontok Karena Penyakit Dan Cara Mengatasinya