Mat Jenin Atau Sang Kancil


 
Artikel ini ialah mengenai hasrat PAS Selangor yang dilontar beberapa minggu lalu. Rasanya umum sudah tahu dan para penganalisis pun sudah buat analisis namun saya tetap mahu menulis kerana hasrat itu menarik.
Hasrat yang saya maksudkan ialah PAS Selangor mahu penyokong yang bermastautin di Selangor tetapi pulang mengundi ke negeri asal jangan lagi berbuat demikian. Sebaliknya PAS Selangor mahu mereka mendaftar sebagai pengundi di Selangor.
Ertinya supaya boleh mengundi PAS di Selangor supaya PAS boleh tawan Selangor. Menarik bukan?
Saranan PAS Selangor ditujukan kepada orang Kelantan. Logiknya menurut saya ialah oleh kerana PAS sudah cukup kuat di Kelantan, pengundi luar tidak diperlukan kerana PAS akan menang juga tanpa undi mereka. Sudah ada cukup jumlah di negeri itu. Oleh itu bagi PAS Selangor moleklah mereka kekal di Selangor. Saranan itu juga untuk orang Terengganu sebab PAS sudah cukup kuat di situ.
Namun kenyataan susulan PAS Selangor berbunyi “kami tak fokus Kelantan, Terengganu sahaja, pengundi negeri lain pun boleh tukar alamat”. Ini dilapor portal Scoop awal bulan ini. Ertinya penyokong PAS yang bukan berasal dari Pantai Timur juga diminta mengundi di Selangor.
Ini tidak akan disenangi oleh PAS di negeri yang bukan diperintah PAS, atau diperintahnya tetapi tidak sekuat di Kelantan dan Terengganu. Umpamanya Kedah dan Perlis. Perlu diakui PAS di situ tidak solid macam PAS Pantai Timur. Maksud saya peluang pembangkang di Kedah dan Perlis tidaklah boleh dikatakan hopeless, lantas PAS memerlukan setiap undi penyokong termasuk perantau.
Hang nak menang hang susahkan kami, mungkin itu akan dikatakan mereka kepada PAS Selangor.
Jadi berbalik kepada pengundi yang duduk di Selangor tetapi mengundi di Kelantan dan Terengganu. Rakyat Kelantan memang sejak dari dulu lagi akan pulang ke negeri kelahiran apabila PRU diadakan. Waktu Kelantan diperintah BN suatu masa dulu mereka pulang untuk bantu menangkan PAS. Amalan itu diteruskan oleh pengundi muda. Mereka pulang untuk memastikan PAS terus memerintah. Adakah kerana tidak yakin dengan kemampuan PAS mempertahankan Kelantan? Bukankah PAS cukup kuat di Negeri Cik Siti Wan Kembang?
“Saya berpendapat pengundi akan tetap balik mengundi di tempat asal terutama dengan sikap orang Kelantan,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. Ketika ditanya kemungkinan cadangan PAS Selangor akan merampas pengundi dari negeri lain, kata Takiyuddin masing-masing ada kepentingan untuk mendapatkan lebih ramai penyokong.
“Kita pun memerlukan penyokong namun terserah kepada individu itu sendiri tetapi saya rasa sudah berapa lama pengundi luar balik mengundi di Kelantan atas sebab mereka sendiri yang tahu,” kata beliau yang dilapor Sinar Harian.
Bagi saya kata-kata itu membayangkan Takiyuddin tidak berkenan dengan cadangan atau hasrat PAS Selangor. Kata beliau PAS Selangor hanya boleh menyuarakan pendapat tetapi bergantung kepada pengundi.
Saya ulangi. Strategi PAS Selangor amat menarik, walaupun Ketua Penerangan PAS Selangor Zurk Ahmad kata bukan strategi. “Kalau strategi kami tak umum ia lebih kepada beri kesedaran kepada pengundi.”
Baiklah. Apa pun bagi seorang pemerhati politik, tukar alamat penyokong merupakan satu bentuk usaha dan taktik untuk menang. “Bagi kerusi-kerusi marginal terutama majoriti Melayu ini agak signifikan,” kata beliau. Kata ahli akademik, Rusdi Omar, pula PAS berisiko tinggi hilang tiga negeri yang menjadi kubu kuat parti itu.
Sebelum ini kita ada dengar pendapat PAS masih menang di Kelantan kerana sumbangan pengundi luar yakni perantau pulang mengundi khususnya pada PRU lalu. Kata mereka penduduk Kelantan yang tidak pernah berhijrah ke negeri lain sudah bosan dengan pelbagai masalah terutama bekalan air) yang mereka kata tidak mampu diatasi oleh kerajaan negeri untuk sekian lama. Lalu sudah bersedia mengubah selera tetapi terbantut apabila perantau pulang mengundi. Diakui pendapat ini tidak dapat disahihkan.
Saya tanya penulis politik veteran, Mohd Sayuti Omar, anak kelahiran Kelantan, pandangannya tentang strategi PAS Selangor itu. Jawapannya ringkas: “jangan cari menang di tempat lain kalah di tempat sendiri.”
Taktik PAS Selangor bagus di atas kertas. Perkiraannya ialah setelah mendaftar sebagai pengundi di Selangor, mereka yang sekian lama undi PAS di Kelantan akan undi PAS di Selangor pula. PAS Selangor akan raih cukup undi untuk menang Selangor. Tetapi ia bukan semudah itu.
Persoalan utama di mana mereka didaftar di Selangor? PAS tidak ada hak menentukan pendaftaran. Hak dipegang SPR. Pengundi didaftarkan di tempat mereka tinggal. Mengikut alamat di kad pengenalan. Ini peraturan.
Secara am penyokong PAS orang Melayu dan hampir semua duduk di kawasan majoriti Melayu di Selangor. Oleh itu apa yang terjadi ialah jumlah pengundi Melayu di kawasan berkenaan bertambah. Kalau kawasan itu sememangnya milik Pakatan Harapan (atau Umno), langkah PAS akan menjejaskan kedudukan PH malah mungkin boleh mengalahkan PH. Ini akan mengubah pungutan kerusi di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Tetapi jika kawasan itu asal milik PAS, apa yang berlaku ialah PAS akan menang dengan kelebihan undi. Itu sahaja. Majoriti besar tetapi pungutan kerusi tidak berubah.
Kalau penyokong PAS yang tidak pulang ke Kelantan (dan negeri lain yang diperintah PAS) tinggal di kawasan perumahan yang penduduknya terdiri pelbagai kaum, mereka akan didaftar di kawasan mixed seats. Saya kira sumbangan mereka di peti undi kawasan itu tidak cukup besar untuk beri manfaat kepada PAS. Atau mungkin PAS sendiri tidak bertanding di kawasan itu.
Kesimpulannya pengundi PAS yang tidak mengundi di negeri asal will be spread out throughout Selangor. Maybe spread thin kerana mereka duduk di pelbagai kawasan di negeri itu.
Lalu tajuk artikel ini boleh dibaca sebagai adakah cadangan PAS Selangor langkah bijak atau sebaliknya? Langkah menang atau sebaliknya? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/mat-jenin-atau-sang-kancil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Indonesia Dakwa Filem Animasi Dongeng Sang Kancil Curi Warisan Budaya Mereka

Lelaki Indonesia Dakwa Filem Animasi Dongeng Sang Kancil Curi Warisan Budaya Mereka

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 132 hits
Baru baru ini filem animasi Dongeng Sang Kancil yang diterbitkan oleh syarikat produksi Malaysia Les Copaque Production dengan kerjasama Astro Shaw telah disiarkan di platform Netflix Baru baru ini seorang pengguna media sosial dari Indones...
Su Dewan Ulama Pas Lawat Kuil Kebaikan Atau Keburukan

Su Dewan Ulama Pas Lawat Kuil Kebaikan Atau Keburukan

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 154 hits
Seorang pemimpin ulama kanan PAS secara berlapik membidas tindakan ustaz yang berkunjung ke rumah ibadah orang bukan Islam atas alasan mahu menunjukkan betapa toleransinya agama Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik berkata ...
Mudah Ja Bila Nak Tutup Kegagalan Diri Atau Dicop Sebagai Mb Pasu Bunga

Mudah Ja Bila Nak Tutup Kegagalan Diri Atau Dicop Sebagai Mb Pasu Bunga

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 162 hits
Bob KelanangCARA NAK TUTUP KEGAGALAN DARI MENJADI PASU BUNGA PENTING DAN HEBAT SANGAT KE DIA NI KOH KOH KOH JILAKER teganukita Terengganu KiteZaman sekarang kalau kau tak ada 47 kes mahkamah atau skandal luar tabie kau akan dilayan macam pe...
Tipu Lak Guna Nama Orang Lain Yang Tiada Kaitan Lak

Tipu Lak Guna Nama Orang Lain Yang Tiada Kaitan Lak

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 140 hits
Lepas calon x da tauliah kempen emoji kini PNyakau Nasional duk buat poster menipu pulak tuan punya badan dalam poster dah buat report polis macam tuja PNyakau Nasional kencing macai dia dngn walaun
Spm Pun Entahblulus Dengan Kepujian Atau Tidak Ko Nak Kritik Orang

Spm Pun Entahblulus Dengan Kepujian Atau Tidak Ko Nak Kritik Orang

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 115 hits
Arman Kebenaran Sibuk sangat dia ni baru umum calon dah mula goyang puak lebai ni ko lawan aje lah ni nampak nau macam kau dah goyang cuba nak menang free nampak Ko dulu orang minta result SPM ko pun masih tak bagi2 lagi camne jadi YB takde...
Trump Wira Atau Penjahat

Trump Wira Atau Penjahat

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 117 hits
Ahad lalu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengkritik keputusan Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif timbal balik 24 ke atas Malaysia dengan alasan pengiraan dibuat tidak betul Istilah bahasa Inggeris flawed Semalam Anwar yang juga menteri ...
Tips Simpan Sayur Panjang Bahan Bahan Yang Diperlukan Getah Tisu Atau S

Tips Simpan Sayur Panjang Bahan Bahan Yang Diperlukan Getah Tisu Atau S

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 103 hits
Tips Menyimpan Sayur Jenis Panjang Bahan Bahan yang Diperlukan Getah Tisu atau surat khabar Plastik kedap udara Cara Cara Menyimpan Jangan Cuci Sayur Dulu Sebelum simpan sayur elakkan dari mencucinya Kalau dicuci sayur boleh jadi lembik dan...
Hero Atau Zero Mp Diminta Cerdik Ulas Isu Kebakaran Putra Height

Hero Atau Zero Mp Diminta Cerdik Ulas Isu Kebakaran Putra Height

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 102 hits
Jogho Kelate Tak salah nak jadi HERO tambah tambah disaat berlakunya sesuatu tanpa diduga Saya melihat semua pihak telah mainkan peranan Kelibat pemimpin bersilih ganti PMX dah mainkan peranan seawal kejadian GPM dan Pengerusi MARA pun suda...
Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Cleansing Oil Buat Kulit Bersih Dan Cantik Berseri Seri

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wan Dy Sayang Hanya Mainan Chord

Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan

Milwaukee Gorilla Wrestling An Old Harley Through The Alabama Thicket

Makan Velvet Cafe Nong Chik

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah