Masyaallah Istimewa Sungguh Solat Sunat Dhuha Hadiah Tak Ternilai Dari Allah


MasyaAllah, Istimewa Sungguh Solat Sunat Dhuha, Hadiah Tak Ternilai Dari Allah
Istilah ‘dhuha’ dapat ditemukan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-Araf:98, dan An-Nazi’at: 46. Perkataan ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘pagi hari’ atau sebagai ‘panas sinar matahari’, di tempat lainnya dalam surah Thaha:119.
Istilah dhuha juga mencakupi kedua-dua makna itu sehingga diertikan ‘sinar matahari di pagi hari’ (as-Syams:1). Pada tempat lain (an-Nazi’at :29), kata ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘siang yang terang’.
Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, ‘Demi waktu Dhuha’. Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.
Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.
Maka dengan itu, Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat Dhuha. Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat Dhuha?
#1- Sebagai Wasiat Dan Sunnah Rasulullah
Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ia berkata: ‘‘Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti. Iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir’.” Hadis Riwayat Bukhari
#2- Nilaian Sedekah bagi Seluruh Sendi Tubuh Manusia
“Diriwayatkan dari Buraidah bahawa ia berkata, Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut.’ Para sahabat bertanya, ‘Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah’.”
Selain itu, solat Dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.
#3- Memperoleh Keuntungan (Ghanimah) Yang Besar
Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat Dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” Shahih al-Targhib: 666
#4- Dibangunkan Sebuah rumah di Syurga
Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang solat Dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” Shahih al-Jami’: 634
#5- Mendapat Rezeki dengan Segera
“Diriwayatkan dari Nu‘aim bin Hammar bahwa ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu’.” Hadis Riwayat Abu Dawud
#6- Mandapat Pahala Umrah
Dari Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barang siapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” Shahih Al-Targhib: 673
#7- Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.
Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredaan Allah SWT.
Panduan Mengerjakan Solat Sunat Dhuha



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/keistimewaan-solat-sunat-dhuha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat

Hukum Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 742 hits
Apakah hukum solat sunat ketika khutbah jumaat sedang berlangsung Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ketika hari jumaat waktu khatib membaca khu...
Ujian Tanda Kita Insan Istimewa Di Mata Allah

Ujian Tanda Kita Insan Istimewa Di Mata Allah

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 542 hits
UJIAN TANDA KITA INSAN ISTIMEWA DI MATA ALLAH Kita diuji sebab kita special Allah sentiasa akan memberi jalan keluar Walau sesukar manapun keadaan kita akan ada tangan tangan yang membantu akan ada orang orang yang menjadikan kita kuat Wala...
Solat Sunat Zifaf

Solat Sunat Zifaf

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 237 hits
Apakah solat sunat zifaf Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz Solat sunat z...
Hadiah Istimewa Menanti Pengunjung Pertama Di Lima Muzium Kedah

Hadiah Istimewa Menanti Pengunjung Pertama Di Lima Muzium Kedah

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 195 hits
ALOR SETAR 30 Jun Lembaga Muzium Negeri Kedah menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung pertama di lima muzium kelolaannya yang akan beroperasi semula esok Pengarah Muzium Kedah Suhaidi Shukri berkata Muzium Negeri Kedah Muzium Diraja Ke...
Doa Mohon Penjagaan Allah Dari Setiap Sisi

Doa Mohon Penjagaan Allah Dari Setiap Sisi

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 323 hits
DOA MEMOHON PENJAGAAN DARI ALLAH PADA SELURUH SISI Diantara do a yang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sering baca iaitu dalam memohon penjagaan dari Allah pada seluruh sisi kehidupan Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu afiat d...
Doa Agar Dimudahkan Mendapat Pekerjaan Insya Allah Mujarab

Doa Agar Dimudahkan Mendapat Pekerjaan Insya Allah Mujarab

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 1550 hits
Doa Agar Dimudahkan Mendapat Pekerjaan Insya Allah Mujarab bagi Anda yang melakukannya dengan yakin dan ikhlas Sebagaimana kita ketahui Manusia harus menjemput rezeki melalui usaha dan bekerja Karena rezeki tak akan begitu saja jatuh dari l...
Gembirakan Isteri Allah Turunkan Rezeki Bahagiakan Mak Ayah Allah Beri Rahmat

Gembirakan Isteri Allah Turunkan Rezeki Bahagiakan Mak Ayah Allah Beri Rahmat

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 347 hits
Orang kata lagi banyak kita memberi lagi banyak rezeki yang tak jangka sentiasa dekat dengan kita Ibaratnya duit yang kita bagi tu dapat semula dalam bentuk lain Hebatkan Itu sebabnya bila kita tak berkira dengan ahli keluarga atau bersedek...
Kuasa Allah Balita Selamat Dari Banjir Luwu Ditemukan Karena Terus Panggil Mama

Kuasa Allah Balita Selamat Dari Banjir Luwu Ditemukan Karena Terus Panggil Mama

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 212 hits
Bencana banjir bandang di Luwu Utara menyimpan banyak duka bagi para warga yang menjadi korban Hingga saat ini Tim Reaksi Cepat BNPB melaporkan sudah 30 korban meninggal akibat banjir bandang yang disertai lumpur tersebut Di tengah upaya pe...
Sedekahnya Diejek Riya Dan Pamer Baim Wong Hanya Allah Yang Berhak Menilai

Sedekahnya Diejek Riya Dan Pamer Baim Wong Hanya Allah Yang Berhak Menilai

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 196 hits
Baim Berfoto Dengan Tiga Driver Gojek Serba susah konten buruk dikomentari konten baik diejekRasa rasanya di mata manusia ada saja yang salah Meski perilakunya baik tetap saja dicibir Hal ini dialami pula oleh Baim Wong kontennya sering men...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman