Masuk Matrikulasi Selepas Spm
Tahniah kepada adik adik ehhh ke anak anak yang telah mendapat result SPM. keputusan macam mana pun bersyukur dan ambil pengalaman ini untuk lebih maju ke hadapan. Ke mana selepas SPM? masuk Asasi ke, A level ke, Matrikulasi ke atau Diploma atau tingkatan 6. Setiap pilihan ni ada kelebihan kelemahan masing masing. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya masuk matrikulasi selepas SPM.
Saya ambil SPM pada 2001. dah 22 tahun hehhehe.. dah tua dah akak hehehe. selepas SPM maam biasalah blur tak tau nak p mana. kejap rasa ni okay kejap nak p sana. nak ikut kawan ke ikut pilihan mak ayah ke. Ayah masa tu pengetua sekolah dan ayah bawa saya jumpa kaunselor sekolah dia. masa tu ada plan nak masuk asasi sebab nak ambil course undang undang. sembang berjam jam dengan kaunselor tu decide nak ambil diploma dulu la konon nya
tak lama selepas tu dapat offer Matrikulasi. dan beberapa orang kawan pun dapat masuk matrikulasi. ishhh maam best la pulak. so sebab offer matrikulasi masuk dulu maka pilihla matrikulasi
Masuk Matrikulasi selepas SPM
Matrikulasi KPM
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hala tuju yang paling popular bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.
Program Matrikulasi KPM program persediaan yang diwujudkan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke IPT dalam dan luar negara.
Pelajar yang menyambung pengajian di matrikulasi akan diberikan 4 pilihan jurusan iaitu:
Jurusan Sains
Jurusan Kejuruteraan
Jurusan Perakaunan
Jurusan Perakaunan Profesional
Ini yang saya google la ye. zaman saya hanya ada 3 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakauan
Saya nak kongsikan apa yang best tak best di matrikulasi berdasarkan pengalaman saya dulu la ye. Semoga dapat memberi manfaat pada ibu bapa, anak anak yang masih menari info
1.Pilihan jurusan
Masa saya dulu kami dah diberi jurusan berdasarkan result SPM. maam saya result fizik lagi bagus dari biologi jadi dapat la Sains Fizikal. Masa orientasi nanges nages taknak sains fizikal sebab tak minat fizik. konon nak ambik medic so kenalah ambil sains hayat kan. So masa orientasi tu pengarah ada beritahu boleh tukar jurusan. dan masa tu juga ada lecturer beritahu kalau ambil sains fizikal lebih besar bidang yang kita boleh pergi. nak ambil bidang perubatan, farmasi pun boleh. nak pergi ke bidang engineering pun boleh. tapi kalau sains hayat tak boleh nak ambil engineering. selepas dengar tu terus tak jadi tukar jurusan hehehe
maka saya kekal di jurusan sains fizikal
2. Mentor
Kami dibahagikan kepada beberpaa kuliah dan setiap kuliah ada group pulak. Saya dulu Kuliah 5 praktikum (group) 1 . kami panggil F5P1 . dan setiap group akan diberikan seorang leturer yang jaga kita atau mentor. Kami dapat mentor yang sangat best, sporting dan sampai sekarang kami masih berhubung. dan best kami 1 group sangat rapat. macam macam la aktiviti kami buat bersama.
group kami dulu f5P1 yang paling bising, kepoh ceria. Alhamdulillah semua berjaya dapat result yang baik dan semua pun masuk universiti dan sekarang ada yang jadi dentist, engineer paling ramai, jadi doktor, jadi cikgu dan lain lain
3. Apa Best masuk Matrikulasi
-Bergaul dengan budak dari sekolah power
Masuk ke sana kita akan jumpa pelajar lain dari sekolah sekolah hebat. Majoriti semua dari sekolah sains, MRSM, SBP power power la. Ada yang dari Tunku Kursiah, Seri Putri, Alam Shah pun ada. Kolej Yayasan Saad pun ada. Masa ni ada juga rasa rendah diri.”ishh aku budak sekolah harian biasa je ” . dalam group saya ni pun 4-5 orang je kot dari sekolah harian biasa termasuk saya. yang lain memang dari sekolah asrama penuh, MRSM
dan benda ni buat jadi semangat bagi saya. sebab bergaul dengan orang orang hebat. kita jadi semangat nak jadi hebat macam mereka. tu yang buat saya cemerlang di matrikulasi
-Tiada waktu prep
Biasa dengar dari hudak sekolah asrama penuh akan ada waktu prep setiap hari kan. kat matrikulasi kita ada jadual kelas, tutorial, makmal je. habis kelas tu suka hati lah nak tido ke tengoktv ke study ke. tiada warden ke cikgu nak check. dah bermula ala ala maam universiti. dan masa ini lah cabaran sebenar ye. ada yang tak biasa maka ada yang terbabas enjoy je bermain. matrikulasi ni 1 tahun je ye. jadi 1 tahun ni la penentu pointer kita utk layak pilih mohon course mana
-Peluang lebih berjaya
masa kat matrikulasi ni adalah peluang pada yang result SPM tak berapa cantik macam saya baiki diri. Alhamdulillah berjaya skor pointer yang terbaik di Matrikulasi dan mendapat pilihan pertama engineering di UTM
dan ada kawan saya SPM 2A je tapi matrikulasi dapat 4 flat dia berjaya ambil perubatan dan sekarang doktor pakar hospital di Utara. dan ada kawan dulu SPM 9A tapi masa matrikulasi main main enjoy je result tak berapa bagus untuk dapat course perubatan.
Jadi pilihan kat tangan korang ye.
– Bertukar minat
saya kan asalnya nak ambil medi, farmasi . kan nanges sebab tak dapat sains hayat akan. hehehe. bila dah start belajar saya dapat leturer fizik yang sangat best. dan buat saya jatuh inta pada fizik. dan selepas 1tahun belajar sains fizikal saya decide untuk ambil bidang engineering di UTM. Alhamdulillah saya berjaya dapat pilihan pertama iaitu Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi UTM dan yang masuk course ni pointer atas 3.5 ye. zaman saya dulu. zaman sekarang mesti lagi tinggi betul tak.
dan ada 2 orang kawan saya yang ambil sains fizikal berjaya ambil course perubatan dan pergigian. jadi ambil sains fizikal peluang lagi besar. cuma sekarang dah diasingkan pulak. better bincanglah dengan pihak pengurusan ye.
Masuk Matrikulasi selepas SPM
ye saya sangat galakkan. saya dan suami adalah budak matrikulasi dan suami saya budak 4 flat di matrikulasi. bila masuk Universiti kami terus masuk ke tahun 2. sebab tahun 1 sudah belajar di matrikulasi. semoga anak anak yang bakal masuk matrikulasi maju jaya. 1 tahun yang best tau
The post Masuk Matrikulasi Selepas SPM appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/masuk-matrikulasi-selepas-spm/