Masuk Je Kawasan Rnr Aku Dah Rasa Lain Macam


Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 
KISAH ini sebenarnya berlaku semasa aku dalam perjalanan ke Melaka. Aku dapat panggilan telefon dari kawan adik aku yang beritahu adik aku terbabit dalam kemalangan. Jadi aku dan sepupu pun bergegas ke Melaka sekitar jam 6 petang dari daerah Besut. Masa tu, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) baru setahun siap. Aku pun baru pertama kali nak lalu ikut LPT2

Pada mulanya sepupu tak mahu ikut LPT2, katanya jalan kat situ berayun dan dia takut aku mabuk. Tetapi aku berkeras juga nak lalu LPT2. Yelah, nama je anak Terengganu tetapi aku tak pernah lagi sampai kat LPT2

Dipendekkan cerita, sepupu setuju ikut kepala keras aku yang nak sangat lalu ikut LPT2. Kami mula memasuki LPT2 sekitar jam 7.30 malam. Masa itu, kereta tak banyak. Bila kereta hampir dengan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Perasing aku suruh sepupu berhenti sebab nak solat dan makan. 
Mula-mula sepupu tak nak berhenti kat situ, tapi aku paksa juga sebab aku takut terlepas waktu Maghrib dan Isyak. Macam biasa, sepupu kena juga ikut kepala keras aku ni. 
Bila masuk ke kawasan RnR Perasing, aku dah rasa lain macam. Belakang aku tiba-tiba terasa panas. Tapi aku tak layan sangat perasaan itu sebab dalam kepala, aku fikir aku tak kacau 'diorang', 'diorang' pun tak kacau aku

Bila sampai di RnR itu, aku boleh puji parking dia memang luas, senang nak parking. Aku turun ke surau seorang diri sebab sepupu tengah "ABC" (Allah bagi cuti). Masa berjalan tu, aku perasan ramai yang tengok ke arah aku. Cuak juga rasa masa tu, terus aku peluk beg kain sembahyang kemas-kemas dan teruskan berjalan. 
Sampai surau memang sepi je kawasan tu. Lampu surau pun tutup. Aku buka lampu, tapi dia jadi lampu disko pula berkelip-kelip. Aku jadi sakit mata, aku tutup je lampu

Akhirnya, aku solatlah dalam gelap. Masa aku bagi salam tu, aku perasan ada seorang makcik ini solat juga di situ. Aku pun tunggulah makcik itu selesai solat. Yelah, kesian juga kalau aku tinggalkan makcik itu. Sudahlah gelap. Bila makcik itu selesai solat, terus aku salam tangan dia

"Anok ni nak gi mane?" ujar makcik tu

"Kito nak gi Melaka mok cik."
"Nak gi wat gape Melake tu, jauh jugok tu."
Masa makcik ini nak bangun, aku tolong pegang tangan dia. Takut dia jatuh. Masa aku pegang tangan dia tu, rasa sejuk je

"Kito nak gi tengok adik kito mok cik, sain dio talipon tadi kato dio eksiden."
"Oh.. cakak ko sepupu tu bawak kereta molek, malang bute doh ni."
Aku terus pimpin makcik itu jalan ke luar surau. Sampai je di kawasan tempat makan, makcik tu pesan ke aku suruh sepupu keluar lalu ikut susur keluar yang terdekat. 
Dia kata, "Tok molek dua anak dara naik kereta malam-malam lalu ikut LPT2 ni."
Katanya lagi, kami darah manis dan banyak yang mengikut. Aku angguk je bila makcik itu kata macam tu

Sampai je tempat makan, aku ajak makcik itu makan sekali tetapi dia menolak. Dia kata, anak dia tengah tunggu dia. Aku pula tiba-tiba je rasa tak lapar dan terus pergi ke tempat parking. Masuk je kereta, aku tengok sepupu pelik semacam. Pucat muka dia

"Weh, mu ni bakpo? " tanya aku

"Mu kecek nga sapo tadi? Siap tepuk tapar!"
"Ohh, nga makcik tu lah. Dia pun maye sekali nga aku tadi."
Terus sepupu aku senyap tak cakap apa-apa. Aku pula terlupa terus akan pesan makcik tu suruh kami lalu ikut jalan lain. Rupanya ada sesuatu yang menunggu kami di tengah jalan

Kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Akhirnya kami sampai di kawasan berhutan di kiri dan kanan. Kereta masih ada dua tiga buah. Yang peliknya, setiap kereta di belakang kami akan beri lampu tinggi sebelum memotong laju. Kereta dari arah depan pun sama juga

Aku memandang sepupu aku, dia cuma senyap sahaja. Masa ini aku boleh nampak muka dia berpeluh. Dalam hati aku kata, "Aik, panas ke? Aku ni rasa sejuk je."
Tiba-tiba, ada sebuah kereta meintas dan melintasi kereta kami lalu menunjuk ke arah bumbung kereta

Aku pun tanya sepupu aku, "Kau ada tinggal benda ke atas kereta?"
Tapi sepupu aku tetap senyap je, langsung tak menjawab pertanyaan. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Tapi aku diam je tak tanya dah sebab apa. Akhirnya, kami keluar dari LPT2. Sepupu aku berhenti di Temerloh
"Malam ni kita tidur hotel dulu, aku tok cekak nak bawa kereta."
Aku cuba membantah sebab aku boleh je memandu kereta juga, jadi biarlah aku gantikan dia, kan. Tapi sepupu aku terus naik angin

"Aku kata kita duduk sini, duduk sinilah dulu. Mu jange degil gak."
Serta merta aku diam. Aku tahu mesti sepupu aku marah sangat masa tu. Aku cukup kenal dengan dia. Jenis pendiam dan tenang je. Teta bila dia naik angin, maknanya dia betul-betul marahlah

Kami daftar masuk ke sebuah hotel murah di Temerloh. Seorang lelaki berbangsa Cina yang menjaga kaunter. Aku naik pelik sebab dia asyik tengok ke arah kereta kami. Aku pun tegurlah apek tu

"Tokey, apa pasal lu tengok kereta kami? Ada hantu ka?"
Sepupu terus tepuk bahu aku. Aku pula dah ketawa masa tu. Tapi sekali apek tu jawab,
"Haiya amoii, wa memang nampak ada hantu woo atas keleta lu olang. Lu datang ikut jalan mana tadi?"
Aku punyalah terkejut masa tu. Padahal aku gurau je kot. Aku terus tengok muka sepupu sambil cakap perlahan-lahan,
"Weh, mu tahu doh ko pasal 'ni'?" tanya aku,
Sepupu aku mengangguk. Terus aku rasa seram. Aku tengok apek tu pun pucat muka dia

Selesai daftar masuk, kami terus ke bilik kami. Masuk je bilik, aku dah tak tunggu lagi. Aku terus tarik tangan sepupu aku dan paksa dia cerita apa yang dah jadi sebenarnya. Dia pun terus buka mulut

Menurut sepupu aku, semuanya mula dengan dia nampak aku cakap seorang diri di RnR Perasing tadi. Masa tu dia dah rasa tak sedap hati. Tambah lagi masa dia tengok aku tu, dia nampak ada perempuan tua berdiri kat tempat aku bercakap seorang diri tu

Selepas itu masa dalam kereta, sebenarnya dia dah rasa kereta macam berat sangat. Macam bawa lebih muatan pula. Sampailah masa sebuah kereta tu tunjuk ke bumbung kereta dia dah syak ada yang tak beres

Akhirnya dia buat keputusan untuk ajak aku tidur hotel je malam ni. Lepas tu dia geram sebab mulut aku cabul masa cakap dengan Apek tu. Dia risau kalau apa-apa jadi. Itu pasal dia tepuk bahu aku

Aku yang mendengar cerita dia rasa berderau darah. Masa itulah aku tiba-tiba teringat pesanan "makcik" tu

Korang rasa, agak-agaknyalah, makcik tu niat nak tolong aku ke? Ataupun dia cuma nak main-mainkan aku je malam tu? Entah-entah yang duduk atas kereta tu dia. Takpun, masa dia pesan kat aku tu, dia dah nampak ada benda dah duduk atas kereta?

Apa pun, sejak kejadian tu aku masih lagi gunakan kemudahan lebuhraya tersebut cuma memang aku elak lalu LPT2 di malam hari. Kalau terpaksa lalu juga aku tak akan singgah ke RnR Perasing

Sumber Arkib Angker Negara

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/09/masuk-je-kawasan-rnr-aku-dah-rasa-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Sos Lain Sos Cheezy Burger Homemade Ni Rasa Padu

Tak Perlu Sos Lain Sos Cheezy Burger Homemade Ni Rasa Padu

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 376 hits
Rangkaian sos sememangnya menjadi stok wajib ada di rumah kita Selain menambah rasa sesuatu jenis makanan aneka sos ini juga dapat membantu menyedapkan lagi hidangan tambahan seperti nugget wedges french fries dan sebagainya Jika anda menye...
Rasa Macam Saya Dah Terlepas Timing Gong Yoo Beri Pendapat Jujur Mengenai Perkahwinan

Rasa Macam Saya Dah Terlepas Timing Gong Yoo Beri Pendapat Jujur Mengenai Perkahwinan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 275 hits
Baru baru ini satu dokumentari bagi mengingati kehebatan drama Coffee Prince telah ditayangkan di saluran MBC Seronok betul melihat setiap daripada pelakon utama drama itu iaitu Gong Yoo Yoon Eun hye Chae Jung ahn Lee Sun kyun Kim Dong wook...
Cara Buat Sambal Belacan Yang Sedap Macam Di Kedai Siam Pedas Manis Masam Cukup Rasa

Cara Buat Sambal Belacan Yang Sedap Macam Di Kedai Siam Pedas Manis Masam Cukup Rasa

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 519 hits
Kita memang biasa buat sambal belacan di rumah tapi bila makan di kedai Siam atau restoren Thai rasa sambalnya lebih sedap Cukup rasa pedas masam dan manisnya
Ahli Pas Bengang Kawasan Melayu Pbs Masuk

Ahli Pas Bengang Kawasan Melayu Pbs Masuk

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 271 hits
Luahan walaon Pas sebelum penamaan calon PAS sudah berkorban tapi kamu MCA dan PBS masih berebut sesama sendiri di DUN KARAMUNTING Semalam saya mendapat jemputan dari ahli maljis tertinggi MCA utk bersama mereka semasa penamaan calon pagi i...
Tak Masuk Akal Warisan Tawar Tanah Kawasan Rizab Kepada Penduduk Di Kinabatangan

Tak Masuk Akal Warisan Tawar Tanah Kawasan Rizab Kepada Penduduk Di Kinabatangan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 214 hits
Kerajaan negeri dipimpin Parti Warisan Sabah dilihat sudah ketandusan idea untuk mengalahkan Datuk Seri Bung Moktar Radin di kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag apabila mereka dikatakan menawarkan tanah seluas 5 000 hektar di kawasan Hutan S...
Perasaannya Macam Mula Mula Nak Jadi Artis Dulu Rasa Teruja Linda Nanuwil Sertai Gv7

Perasaannya Macam Mula Mula Nak Jadi Artis Dulu Rasa Teruja Linda Nanuwil Sertai Gv7

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 918 hits
Naib juara program realiti Akademi Fantasia musim ke 2 iaitu Linda Nanuwil muncul kembali mewarnai industri seni setelah lebih 10 tahun menghilangkan diri source
Homestay Muslim Best Dan Murah Di Pantai Klebang Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri

Homestay Muslim Best Dan Murah Di Pantai Klebang Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 583 hits
Homestay Muslim Best dan Murah di Klebang Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri l Assalamualaikum Lamanya rasa tak pergi bercuti Last bulan 11 tahun lepas masa bercuti di Port Dickson Lepas tu tak ke mana mana dah Lagi lagi sejak PKP hari tu Homes...
Tak Percaya Kita Dah Kahwin Mesti Orang Lain Nampak Macam Senang Raja Afiq

Tak Percaya Kita Dah Kahwin Mesti Orang Lain Nampak Macam Senang Raja Afiq

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 1259 hits
Pelakon Raja Afiq yang kurang sebulan mendirikan rumah tangga itu menerusi laman Instagram miliknya telah berkata laluan untuknya dan isteri yang juga seorang anggota polis iaitu Soffwany Yusoff untuk berkahwin tidak semudah seperti yang di...
Rasa Macam Mimpi Saya Lahirkan Malaikat Kecil Ini Dian Pelangi

Rasa Macam Mimpi Saya Lahirkan Malaikat Kecil Ini Dian Pelangi

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 315 hits
Siapapun yang sudah melahirkan pastinya seakan tidak percaya bahawa anak yang dikandung sekian lama kita sudah mula menceriakan kehidupan seorang ibu Masih terasa saat hangat di dalam perut ibu Terasa satu kenikmatan yang sukar diungkapkan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat