Tak Masuk Akal Warisan Tawar Tanah Kawasan Rizab Kepada Penduduk Di Kinabatangan


Kerajaan negeri dipimpin Parti Warisan Sabah dilihat sudah ketandusan idea untuk mengalahkan Datuk Seri Bung Moktar Radin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, apabila mereka dikatakan menawarkan tanah seluas 5,000 hektar di kawasan Hutan Simpan Long Manis di Kinabatangan, untuk pembinaan penempatan semula penduduk.
Bung Moktar yang Pengerusi BN, Sabah berkata beliau mendapat maklumat bahawa ada pihak tertentu mendakwa wakil kerajaan negeri Warisan sudah masuk ke kampung-kampung di pedalaman Kinabatangan untuk mengambil nama dan mengedarkan surat permohonan untuk mendapat tanah terbabit.
Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) BN Sabah itu menjelaskan antara syarat diberikan oleh pihak terbabit bagi membolehkan penduduk di Kinabatangan khususnya di DUN Lamag memperoleh tanah anugerah berkenaan adalah dengan mengundi calon parti Warisan dan mengalahkan Bung Moktar, pada 26 September nanti.
“Saya difahamkan terdapat satu surat yang disokong dan ditandatangan oleh Ketua Menteri, (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) bagi permohonan untuk mendapatkan tanah untuk penduduk dan masyarakat Kinabatangan berkeluasan lebih 5,000 hektar untuk membuat perkampungan baharu.
“Bagaimanapun, malangnya saya tengok (teliti) adalah kawasan rizab hutan kelas 6 terletak Hutan Simpan Long Manis yang tidak boleh dibangunkan kerana terletak dilokasi tadahan air utama dan terdapat bermacam-macam khazanah alam yang tidak boleh diusik.
“Malah, saiz kayu balaknya memang besar kerana kawasan hutan terbabit tidak pernah dikacau atau dicerobohi… Jadi bagaimana kerajaan Warisan boleh menggunakan taktik berkenaan untuk memancing undi dan menewaskan saya di DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan
“Namun penduduk berkenaan hanya mendapatkan surat hak milik tanah terbabit jika Warisan berjaya menewaskan saya di kerusi DUN Lamag. Jadi ini adalah satu pembohongan untuk kerja tidak masuk akal untuk berhadapan saya di DUN Lamag,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan jentera BN bagi DUN Libaran di Sandakan, hari ini.
Bung Moktar akan berhadapan dengan saingan lima penjuru di DUN Lamag termasuk Ismail Haji Ayob dari Warisan, Razman Magah (Parti Cinta Sabah), Junny @ Keruak Abdullah (Bebas) dan Mohd Al Ruzaini @ Sairin Abdul Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).
Ditanya mengenai kedudukan terkini kempen BN bagi menghadapi PRN Sabah, Bung Moktar mengakui jentera BN memang bergerak agak perlahan di peringkat awal ini seperti enjin kereta yang baru panas.
“Perkara ini memang biasa kerana jentera BN ibarat kereta yang enjinnya baru panas, tetapi insya-Allah apabila masuk hari kelima dan seterusnya mereka akan terus bergerak lebih laju umpama kereta sudah memasuki gear lima seterusnya menawan kembali Sabah daripada Warisan.
“Justeru itu mulai hari ini saya akan terbang ke seluruh Sabah dengan menggunakan helikopter bagi membantu calon BN dan parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk BERSATU untuk menang PRN ini,” katanya.
Sehubungan itu, Bung Moktar berharap semua calon BN dan PN sentiasa dalam keadaan baik dan sihat supaya mereka boleh bekerja keras siang malam bagi memastikan gabungan berkenaan mampu membentuk kerajaan selepas 26 September ini. BN
The post Tak Masuk Akal Warisan Tawar Tanah Kawasan Rizab kepada penduduk di Kinabatangan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/15/tak-masuk-akal-warisan-tawar-tanah-kawasan-rizab-kepada-penduduk-di-kinabatangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Krisis Tanduo Hanyalah Sandiwara Tidak Masuk Akal Bung Mokhtar

Kenyataan Krisis Tanduo Hanyalah Sandiwara Tidak Masuk Akal Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 340 hits
Tawau Kenyataan calon DUN N61 Segama Mohamadin Ketapi berkenaan krisis Tanduo pada 2013 adalah sandiwara kerajaan ketika itu adalah terlalu kebudak budakan dan tidak masuk akal Dalam temubual bersama Suara Tv di Tawau Bung Mokhtar yang juga...
Ahli Pas Bengang Kawasan Melayu Pbs Masuk

Ahli Pas Bengang Kawasan Melayu Pbs Masuk

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 277 hits
Luahan walaon Pas sebelum penamaan calon PAS sudah berkorban tapi kamu MCA dan PBS masih berebut sesama sendiri di DUN KARAMUNTING Semalam saya mendapat jemputan dari ahli maljis tertinggi MCA utk bersama mereka semasa penamaan calon pagi i...
Penduduk Gesa Mb Campurtangan Hentikan Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Hutan Sungai Gapoi Bentong

Penduduk Gesa Mb Campurtangan Hentikan Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Hutan Sungai Gapoi Bentong

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 339 hits
BENTONG Penduduk dari 17 penempatan di Karak dekat sini menggesa campur tangan Menteri Besar Pahang supaya menghentikan segera aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Sungai Gapoi Wakil penduduk Borhan Jamaluddin 57 dari Kampung Shafie d...
Dakwaan Shafie Berhubung Isu Filipina Tidak Masuk Akal Kata Anifah

Dakwaan Shafie Berhubung Isu Filipina Tidak Masuk Akal Kata Anifah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 275 hits
Parti Cinta Sabah menolak dakwaan Presiden Warisan Shafie Apdal bahawa kontroversi yang dicetuskan oleh Filipina berhubung tuntutan terhadap Sabah dipolitikkan pada musim pilihan raya Presiden Anifah Aman menyifatkan dakwaan Shafie yang jug...
Penduduk Kg Baru Kecewa Kerajaan Tak Naik Harga Tanah Lebih Rm1 000

Penduduk Kg Baru Kecewa Kerajaan Tak Naik Harga Tanah Lebih Rm1 000

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 301 hits
Penduduk Kampong Bharu terkejut apabila kerajaan sekarang tidak boleh membeli tanah mereka lebih dari kadar RM1 000 sekaki persegi tidak seperti yang dihebohkan oleh beberapa pemimpinnya semasa mereka mengkritik tawaran pentadbiran Pakatan ...
Penduduk Di Kawasan Rendah Dinasihat Pindah

Penduduk Di Kawasan Rendah Dinasihat Pindah

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 226 hits
M Update 14 9 2020 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menasihatkan penduduk di dua kawasan rendah di daerah Kapit wilayah tengah Sarawak untuk berpindah ke lokasi lebih tinggi berikutan paras air yang semakin meningkat ekoran hujan yang ...
Putra Saran Kerajaan Pahang Gazetkan Tanah Ceroboh Di Raub Sebagai Tanah Rizab Melayu

Putra Saran Kerajaan Pahang Gazetkan Tanah Ceroboh Di Raub Sebagai Tanah Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 356 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang disaran agar menggazetkan kira kira 4 400 hektar tanah yang diceroboh untuk tanaman durian musang king di Raub sebagai tanah rizab Melayu Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman ber...
Kita Bangunkan Tanah Rizab Melayu Jangan Jual Pada Bangsa Asing

Kita Bangunkan Tanah Rizab Melayu Jangan Jual Pada Bangsa Asing

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 361 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Bina kilang komersial atas tanah rizab sewa atau jual pada orang Melayu Pengkaji Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia Zaharah Sulaiman BANGI Tidak perlu bimbang sekiranya anda memiliki Tanah Rizab Melayu kerana ...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025