Masjid Tolong Jangan Tambah Peraturan Tidak Wajib


TERDAPAT 11 garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Garis panduan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun lalu.

Antaranya Kaedah Pelaksanaan Ibadah Dalam Bulan Ramadan, Garis Panduan Kedudukan Saf Solat, Tip Menghadapi Covid-19: Panduan Menurut Perspektif Islam dan Garis Panduan Solat Musafir dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19.

Terdapat juga Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Garis Panduan Pelaksanaan Perkahwinan Orang Islam Secara Dalam Talian serta Garis Panduan Solat Jumaat, Solat Jemaah dan Solat Jenazah.

Daripada pemerhatian saya, ada inisiatif oleh beberapa masjid atau surau yang membuat peraturan tambahan seperti memperkenalkan jalan masuk sehala ke dalam dewan sembahyang dan jalan keluar sehala melalui pintu berlainan.

Jemaah dilarang keluar masuk melalui pintu sama kononnya untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Maksudnya, jemaah masuk ke dalam dewan masjid atau surau melalui pintu masuk yang berlainan daripada pintu keluar.

Pada pendapat saya, ia boleh mengelirukan orang ramai yang tidak arif dengan peraturan tambahan terutama para musafir serta jemaah baharu.

Secara logiknya, peraturan sebegini tidak perlu diamalkan di masjid atau surau kerana proses aliran masuk jemaah tidak sama seperti pusat beli-belah yang kerap berlaku pertembungan pengguna di pintu masuk dan keluar yang sama.

Di masjid atau surau, jemaah masuk ke dewan solat mengikut SOP yang diwajibkan.

Setelah selesai solat, mereka keluar dewan masjid atau surau secara berjemaah dan teratur tanpa bertembung atau berdepan (face to face) dengan jemaah lain seperti yang berlaku di pusat beli-belah dan sebagainya.

Jadi, kebarangkalian jangkitan wabak amat rendah kerana jemaah keluar dari dewan masjid dan surau tidak bertentangan muka dengan jemaah lain.

Terdapat beberapa kelemahan jika peraturan tambahan ini diteruskan terutama semasa solat tarawih nanti.

Pertama, pihak surau terpaksa menugaskan sukarelawan di pintu-pintu masuk dan keluar untuk memastikan pematuhan.

Kedua, jemaah yang sedang khusyuk beribadah di dalam dewan solat terganggu dengan suara teguran dan arahan kepada jemaah yang tidak sedar tentang peraturan itu.

Ketiga, para musafir dari pelbagai tempat ‘diganggu’ dengan peraturan tambahan ini dan keempat, kebarangkalian langkah-langkah ini akan menyusahkan orang kurang upaya (OKU).

Oleh itu, disyorkan semua masjid atau surau mengikut SOP teras yang telah diwartakan iaitu menjaga penjarakan fizikal, mengenakan pelitup muka dan membawa sejadah sebagai piawaian wajib di mana-mana masjid atau surau.

Janganlah ditambah peraturan-peraturan remeh dan tidak praktikal yang sukar untuk dilaksanakan.

Oleh: TENGKU MAN
          Senawang, Negeri Sembilan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/masjid-tolong-jangan-tambah-peraturan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Rampas Hak Anak Untuk Bermain Paksa Mereka Belajar Anak Bawah 5 Tahun Lumrah Bermain Meneroka

Jangan Rampas Hak Anak Untuk Bermain Paksa Mereka Belajar Anak Bawah 5 Tahun Lumrah Bermain Meneroka

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 248 hits
Saya tertarik dengan kata akhir Adi Putra yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kebijaksanaannya di dalam Matematik pada usia yang muda Katanya Talent is just a talent it does not mean success Ibu bapa sentiasa inginkan anak yang pandai...
Penjawat Awam Jangan Terlibat Kempen Antivaksin Kata Ksn

Penjawat Awam Jangan Terlibat Kempen Antivaksin Kata Ksn

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 285 hits
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Jabatan Perdana Menteri hari ini PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dengan g...
Lirik Jangan Menangis Norlela Kulit

Lirik Jangan Menangis Norlela Kulit

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 581 hits
Airmata yang kau titiskanBukanlah penyudah deritaBisa sengsara kerana lukaTak mungkin kan terpadamMemang lumrahnya percintaanBanyak durian dan senyumanMadu terhidang racun terminumDan sengsaralah
Jangan Ada Sesiapa Yang Nak Jadi Abang Long Kepada Sesiapa

Jangan Ada Sesiapa Yang Nak Jadi Abang Long Kepada Sesiapa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 313 hits
JANGAN ADA SESIAPA YANG NAK JADI ABANG LONG KEPADA SESIAPA KERANA ABANG LONG TETAP TIDAK MAMPU HIDUP SENDIRI TANPA ABANG NGAH ABANG CHIK DALAM SITUASI POLITIK KINI Okay takyah citer panjang pun semua orang dah tau yang UMNO ni abang long da...
Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 306 hits
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah anak saya tak dapat terima dan mengamuk marah Dia tak boleh terima dia salah Jika cikgu puji jawapan kawan kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah ...
Ini Apa Adik Jangan Terus Jawapkan Untuk Anak Guna Konsep Tunggu Dahulu Bagi Anak Masa Untuk Jawab

Ini Apa Adik Jangan Terus Jawapkan Untuk Anak Guna Konsep Tunggu Dahulu Bagi Anak Masa Untuk Jawab

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 293 hits
Sebelum memulakan teknik teknik yang lebih kompleks perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah kenali anak terlebih dahulu KENALI ANAK ANDA TERLEBIH DAHULU Di sini ada 3 cara untuk anda kenali BAHASA TINGKAH LAKU EMOSI anak anda iaitu P...
Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 236 hits
April 3 2021 Pas boleh menyatakan pendirian mereka dengan cara lebih berhemah sekiranya tidak mahu lagi bersama UMNO Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata cara itu lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan k...
Masa Menyusu Digigit Ibu Jangan Menjerit Terus Lepaskan Risau Bayi Merajuk

Masa Menyusu Digigit Ibu Jangan Menjerit Terus Lepaskan Risau Bayi Merajuk

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 290 hits
Pastinya mama yang menyusu badan ada pengalaman digigit puting oleh bayi Lagi lagi bayi yang baru tumbuh gigi Ini antara yang paling dirisaukan ibu Insiden ini akan berlaku secara mengejut dan tak dijangka Memang kebanyakan masanya kita tak...
Ketum Lebih Kurang Sama Jangan Ambil Kesempatan Pula

Ketum Lebih Kurang Sama Jangan Ambil Kesempatan Pula

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 319 hits
BAGAN SERAI Polis Perak berharap masyarakat tidak akan mengambil kesempatan daripada galakan kerajaan negeri berhubung penanaman ketum ayam dengan menanam pokok ketum Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata ketum ayam dan ketum ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah