Masjid Terapung Di Melaka Melawat Masjid Selat



Diah pernah kongsi dengan suami, impian Diah adalah nak bawa anak-anak singgah dan ziarah Masjid utama di setiap negeri yang ada dalam Malaysia.

Kiranya macam sambil bercuti pusing satu Malaysia sambil tu boleh tick masjid yang kami dah pergi. Dapat lawat dan lakukan solat sunat pun rasa bersyukur sangat.

Sehingga hari ini impian tu masih belum terkubur dan harapnya tercapai sebelum kami masing-masing dah tiada di atas muka bumi Tuhan.

Artikel kali ini Diah nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga melawat Masjid Selat yang terletak di Negeri Melaka.

Lebih istimewa Diah bawa emak datang bercuti ke Melaka. Nak cipta kenangan banyak-banyak dengan emak selagi boleh. 
Alang-alang tu adik bongsu dan anak saudara pun ikut sekali. 

Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Sumpah impress bila jejakkan kaki di masjid ni. Reka bentuk dan hiasan masjid memang cantik. Paling utama masjid Selat sangat menenangkan.  

Pembinaan Masjid Selat merupakan idea asal oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendapat ilham ketika menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.

Dari segi binaan, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi. Sumber Tourism Melaka

Apa yang menariknya ialah Masjid ni terapung di atas air laut dan pemandangan dia memang sangat cantik. Tenang sangat nampak laut yang terbentang luas depan mata.

Pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Selat memang Diah jatuh cinta dengan kawasan persekitaran masjid yang terjaga rapi.


Bila masuk dalam kawasan masjid yang luas tu rasa tenang sangat. Susah nak gambarkan keadaan tu. Dalam masjid juga diletakkan informasi sejarah berkaitan manusia & agama Islam.

Disediakan juga tempat berehat, boleh minum air dan berehat hilangkan penat. Ada kawasan kecil disediakan rak buku dan kerusi.

Seperti mana-mana masjid di Malaysia, Masjid Selat menerima tetamu tak kira agama, bangsa mahupun jantina dengan syarat berpakaian sopan dan berkelakuan senonoh.

Waktu kami sampai sekitar 10 pagi dan dah ramai pengunjung memenuhi kawasan masjid. Ada bangsa Cina, India dan tak kurang juga pengunjung dari luar negara.

Masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar. Ada yang cadangkan untuk datang pada waktu petang untuk tengok matahari terbenam. Memang cantik.


Lokasi Masjid Selat, Masjid Terapung Melaka

Lokasi masjid Selat ni strategik, hanya ambil lebih kurang lima minit untuk ke Pusat Bandar Melaka, Ayer keroh dan dekat juga dengan Batu Berendam.

Dah sampai Bandar melaka boleh singgah makan di Waronk Avenue tempat tumpuan mereka yang datang Melaka. 
Percutian kali ni kami check in di Hotel berhampiran iaitu Hotel Riviera Suites Melaka yang terletak sejauh 9 minit berjalan kaki dari Masjid Selat Melaka. 
Sebelum ni kami pernah menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka. Alang-alang dah sampai, suami dan anak tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sini.


Masjid dibuka kepada orang ramai bermula waktu Solat subuh sehingga lewat malam.

Waktu kami melawat kawasan sekitar sempat bertegur sapa dengan pekerja masjid yang sedang bertugas. Memang ramah orangnya.

Katanya, ramai orang berebut untuk solat terutama pada hari Jumaat. Masjid ini juga jadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadi di kawasan sekitar.




Petugas juga beri amaran supaya tidak turun ke pantai kerana dikhuatiri ada ular berbisa. Walaupun ada papan tanda larangan tapi ada saja pengunjung yang tak endahkan amaran bahaya tersebut.

Jadi kalau korang datang kesini, sila patuhi arahan ya. Risiko atas tanggungjawab masing-masing. Jom bawa anak-anak datang Masjid Selat.
Melaka Straits Mosque, 
Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Malacca



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/01/masjid-terapung-melaka-masjid-selat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Kesihatan Melaka Keluar Kompaun Rm27 500 Dalam Ops Tbc

Jabatan Kesihatan Melaka Keluar Kompaun Rm27 500 Dalam Ops Tbc

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 199 hits
Jabatan Kesihatan Melaka keluar kompaun RM27 500 dalam Ops TBC Pegawai JKNM memeriksa barangan yang dijual di premis dalam Ops TBC 2023 Foto ihsan JKNM MELAKA Kompaun bernilai lebih RM27 000 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka atas ...
Jom Playing Tourist Di Kota Melaka Jalan Jalan Makan Dan Bergambar Sakan Ala Pempengaruh

Jom Playing Tourist Di Kota Melaka Jalan Jalan Makan Dan Bergambar Sakan Ala Pempengaruh

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Tajuk tu macam gempak tak Harap dapat duk 1 page google lah kan Haha Bosan tajuk cliche je lagi pun jalan jalan kat Melaka bukan pelik sangat pun Bukan apa anak anak tak pernah lagi jejak kaki kat Melaka Alang alang ada job ...
Staycation Melaka Pengalaman Menginap Di The Shore Hotel Residences

Staycation Melaka Pengalaman Menginap Di The Shore Hotel Residences

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum Lama jugak tak staycation kat Melaka Kalau setakat singgah tu selalu tapi nak stay hotel seingat Fiza last bercuti tahun 2014 Waktu itu pregnantkan Thaqif Sekarang Thaqif dan umur 7 tahun Kebetulan ada job kat Melaka alang a...
Pengalaman Menginap Di Hotel Casa Bonita Melaka

Pengalaman Menginap Di Hotel Casa Bonita Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 681 hits
Ini post tertunggak Sebenarnya moment menginap di Hotel Casa Bonita ni pada penghujung tahun 2021 Tapi takpelah nak cerita jugaklah Masa mula mula nak book hotel ni rasa hesitate juga sebab dengar banyak cerita tak best Lokasi pun terletak ...
An Extra Special Chinese New Year For Melaka Peranakan

An Extra Special Chinese New Year For Melaka Peranakan

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 415 hits
Persatuan Peranakan Cina Melaka s Lim Eng Leong says many overseas based members of the community are looking forward to returning home for the festive season MELAKA It will be an extra special Chinese New Year for many Melaka Peranakan bas...
Bekalan Telur Ayam Di Melaka Pulih Susulan Kemasukan Telur Import

Bekalan Telur Ayam Di Melaka Pulih Susulan Kemasukan Telur Import

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 160 hits
Tiada had jualan telur dalam kuantiti tertentu seperti minyak masak bersubsidi kata Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar MELAKA Bekalan telur ayam di Melaka pulih ekoran kemasukan bekalan import dari India baru baru ini kata Pengarah Kementer...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation