Masjid Qiblatain Di Madina
Masjid Qiblatain Di Madina
Asalamualaikum & Salam SejahteraBertemu lagi di ruangan maya, menerusi paparan blog Etuza Warna Kehidupan. Harap semua sudah mengambil sarapan ya.
Kali ini Etuza paparakan beberapa gambar MASJID QIBLATAIN yang terdapat di Madinah dalam kiraan 5 kilometer jarak dari Masjid Nabawi Madina. Etuza baru ada kesempatan mengemudikan semula blog Etuza ini. Tidak dinafikan ya, kadang ada mood tak baik, seperti juga badan kita ini, kekadang alami masalah kesihatan hingga membuat kita rasa lemah dan tidak gembira. Begitulah mood berblog menurut Etuza pasti ada kekangan mengurus blog mengikut kita masing-masing.
Etuza dan isteri pertama kali memijak sekitar Masjid Qiblatain ini, rasa kagum, putih bersinar Masjid ini apabila di pancari cahaya Matahari, situasi di sekitar Masjid Qibalatain SEJUK dan amat damai. Kala memasuki ruang dalam Masjid Qiblataian bulu roma Etuza berdiri dan rasa aman yang luar biasa menyelinap dalam diri. Air sangat sejuk kala mengambil air wuduk. Subahanallah. Majid Qiblataian ini di bina ketika Zaman Nabi Muhammad SAW. Dan ada sejarahnya sendiri tentang Masjid yang menjadi tumpuan jemaah Umrah atau Jemaah Haji ini.nak baca Sejarah Masjid Qiblataian SILA KLIK SINI
Ketika Etuza dan rombongan Umrah datang ke masjid Qiblatain, lautan manusia datang bersoalat di Majsid ini dalam kiraan paling kurang 2 rakaat sunat dan kena masuk ke dalam ruangan solat untuk menyembah sujud kepada Allah, justru inilah peluang merai rahmat pahala berganda dari Allah. Jika melakukan Umrah atau Haji Masjid Qiblatain ini hendaklah disenaraikan sebagai tempat berkunjung anda.
Dikatakan Masjid ini ada dua Kiblat, namun Etuza hanya mengetahui dari pembacaan Etuza. Mungkin anda lebih tahu tentang sejarah Qiblataian kenapa nama Masjid ini seumpama ini iaitu Qiblatain. Masjid ini sungguh indah, cantik, unik struktur teguh di atas bukit yang sederhana. Terdapat pokok-pokok kurma menghiasi hadapan Majsid Qiblatain dan memang hebat Masjid ini tinggalan Nabi Muhammad SAW di sekitar Madina. Mari kita lafazkan zikir SUBAHANALLAH.
Abadikan memori terindah di kawasan sekitar Masjid Qiblatain, Madina Arab Saudi 2019.
Gambar Masjid Qiblatain Etuza ambil dari dalam Bas persiaran Madinah
Wife Etuza dan jemaah wanita lain
Subahanallah...segar ketika berada di sini masa itu
Kawasan keluar nak ambil air wuduk..bersesak di kawasan air wuduk..
Men area... subahanallah sesak..jemaah yang sangat berhemah..sesak begini tak ada yang tolak menolak...
Sempat berbual mesra dengan Jemaah dari arah negara lain..Tak suremereka Malaysian atau Indonesian. Masa Etuza ke sini Indonedian mendominasikan jemaah ya.
Ruang dalaman masjid Qiblataian Madina,,Silih berganti..non stop..Ya Allah ...damainya..seoalh tak nak keluar dari Majsid ini.Apakan daya Etuza orang Malaysia.
Etnik orang Arab, Orang Melayu Malaysia, Pakistan, India, Indonesoapelbagai Etuza temui di kala ziarah di Masjid Qiblatain Madina 2019
Saiz Masjid Qiblatain ini besar juga...menariknya Masjid ini sangat bersih dan seolah bersinarapabila fajar menyinsing. Sejuk sekali berada di sekitarnya. ya Allah..damainya bukan kepalang.Terima kasih ya Allah beri kami peluang ke Masjid Qiblataian masjid NABI SAW
Kenangan ..indahna ukuhuwa
ini moment nak meninggalkan Masjid Qiblataian Madina..ya Allah adakah lagi peluang untuk ku datang ke sini...
Rindu sekali ke Mekah nak lagi datang ke sini..moga Allah limpahkan peluangkepada yang ada impian nak Umrah atau Haji..InshaAllah..
by ~etuza~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2021/09/masjid-qiblatain-di-madinah.html