5 Peristiwa Serangan Pengganas Yang Berlaku Mensasarkan Masjid Al Haram Mekah Dan Madinah
Serangan keganasan telah berlaku di pelbagai tempat sepanjang sejarah di seluruh dunia. Tempat-tempat suci seperti Masjid Al Haram, Makkah dan Madinah juga tidak terkecuali mengalami peristiwa serangan seperti itu. Orang mungkin tidak begitu menyedari serangan ini, tetapi ia memang benar-benar berlaku.
Masjid Agung pernah menjadi mangsa serangan teroris atau pengganas beberapa kali. Serangan ini telah meragut nyawa beberapa orang umat Islam.
Berikut adalah 5 peristiwa serangan teroris yang berlaku ke atas Masjid al-Haram, Makkah dan Madinah:
1. Masjid Agung Makkah, Masjidil Haram merupakan tempat suci bagi semua umat Islam, mengalami serangan pengganas pada tahun 1979. Serangan ini dianggap paling lama. Serangan tersebut dilakukan oleh Juhayman al-‘Utaibi dan Muhammad al-Qahtani. Mereka mengaku sebagai Imam Mahadi dan mahu mengambil alih Masjidil Haram. Mereka disertai oleh 200 orang yang lengkap bersenjata. 200 orang ini yang mempunyai fahaman ekstremis dan menyebabkan kematian banyak umat Islam. Para syuhada ini termasuk orang awam dan anggota keselamatan. Setelah fatwa dikeluarkan, pasukan keselamatan Saudi pun melancarkan tindak balas melaksanakan operasi dan menghapuskannya.
Rampasan Masjidil Haram ini telah mengejutkan dunia Islam di mana beratus-ratus jemaah yang datang untuk ibadah haji telah di dijadikan sebagai tebusan, dan beratus-ratus militan, pasukan keselamatan dan tebusan yang terlibat dalam kejadian tembak-menembak telah terbunuh berikutan pertempuran untuk mendapatkan penguasaan tempat. Pengepungan berakhir 2 minggu selepas pengambilalihan bermula dengan penghapusan militan dari masjid.
2. Masjidil Haram mengalami serangan sekali lagi pada tahun 1989. Serangan kedua di tempat suci ini dilakukan semasa musim haji menggunakan bahan letupan. Dua letupan berlaku. Pertama di sebatang jalan yang merupakan laluan menuju ke Masjidil Haram dan letupan kedua berlaku di jambatan berhampirannya. 16 orang cedera parah sementara seorang kehilangan nyawa akibat letupan tersebut.
3. Pada Julai 2016, Arab Saudi menjadi mangsa serangan pengganas. Serangan itu cukup membimbangkan dan mengerikan. Tiga orang pengebom berani mati telah menyebabkan kemusnahan besar di bandar. Salah satu daripada tiga orang itu meletupkan dirinya sendiri dan menyebabkan kematian 4 orang pegawai keselamatan. Kejadian serangan berani mati meletupkan dirinya berlaku di kawasan parkir. Kawasan letak kenderaan dikhaskan untuk pasukan keselamatan dan cukup dekat dengan masjid Nabawi.
4. Militan Houthi yang berasal dari negara Yaman, menyerang kota suci itu. Pada Oktober 2016, militan melancarkan roket untuk menyerang dan menghancurkan kota suci itu. Namun, pertahanan Liga Arab dapat mengatasiinya dan kota itu selamat dari kehancuran besar-besaran.
5. Pada bulan Jun 2017, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di kawasan Ajyad, berhampiran Masjidil Haram Mekah. Pengganas tersebut yang bersembunyi menembak pasukan keselamatan terlebih dahulu dan kemudian meletupkan dirinya sendiri. Serangan ini telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/09/5-peristiwa-serangan-pengganas-yang.html