Masjid Negara Masjid Yang Seronok Untuk Bersolat Tarawih


Masjid Negara | Masjid yang seronok untuk bersolat Tarawih | Assalamualaikum semua... salam Ramadan al mubarak. Sekejap saja dah hari kelima kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu kan? Semoga amal ibadah kita selama ini diterima Allah.
Dari sehari ke sehari nak menulis tentang Masjid Negara sejak kami bercuti di Kuala Lumpur Disember lalu. Seumur hidup inilah kali pertama aku ke sana, sedih betul padahal ia destinasi wajib para pelancong asing. Boleh kata semua memuji keindahan senibinanya, kebersihan lantainya. Mujur ada anak-anak kecil maka tercapai hasrat aku. Mak mereka ni kan macam tour guide, tunjukkan mana Planetarium Negara, Parlimen, kediaman bekas-bekas Perdana Menteri, Tugu Negara dan memacam lagilah. Memang sejenis percutian pendidikan. Kita kena cipta kenangan, hal kecil seperti inilah yang anak-anak akan ingat suatu hari nanti. Kau melaung sampai naik angin kejutkan mereka bangun sahur mereka takkan ingat pun

2 Ramadan 1440H anak dara WA gambar dia dan kengkawannya solat tarawih di Masjid Negara. Katanya, "best ma... ramai jemaah. Kat sini solat 20 rakaat. Imam baca surah panjang tapi 9.30pm dah selesai".  Wah bagusnya! surau kat tempat aku 9.30pm tu untuk 8 rakaat je, tapi... lepas rakaat ke lapan ramai orang Malaysia balik 😃, katanya.  Nak balik makan heavy meal kot eh. Menggigil dah kot berbuka puasa makan kurma je hahahah...

Sumber KL Pass
Masjid Negara lambang keagungan IslamMasjid ini menjadi simbol yang menyatakan bahawa agama rasmi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu ialah Islam. Ia dirasmikan pada 27 Ogos 1965 oleh Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan, setelah dua tahun dibina.
Waktu itu, masjid ini merupakan antara masjid yang termoden di Asia Tenggara. Bangunan masjid ini menggunakan tanah seluas lima ekar daripada keseluruhan 13 ekar dan mampu mengisi 15,000 jemaah. Lokasinya pula strategik di tengah kotaraya Kuala Lumpur dengan diapit oleh Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat cantik binaannya, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird's Park), Pos Malaysia dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Lokasi ini dikatakan dipilih oleh Tunku Abdul Rahman untuk memudahkan orang kampung yang tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk bersolat
Terdapat tujuh pintu masuk untuk kemudahan pengguna. Dindingnya dipasang batu berlubang yang memberikan pengudaraan yang baik. Ruang terbukanya pula luas untuk menampung limpahan jemaah ketika solat Jumaat dan solat sunat hari raya. 
Sebagai tanda penghargaan kepada terhadap jasa-jasa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada rakyat, sebulan sebelum hari kemerdekaan Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid. Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut kemerdekaan dicapai. Bagaimanapun, Tunku menolak untuk dinamakan sempena nama beliau sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”

Pada tahun 1987 Masjid Negara diubahsuai dengan menyeluruh, dan atap yang dahulunya kusam kini bergemerlapan dengan jubin hijau dan biru. Hari ini Masjid Negara berdiri megah dan bergaya dikaki langit Kuala Lumpur. Laluan bawah tanah menyambungkannya dengan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur


Senibina moden bercirikan IslamReka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka

Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan. 
Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden. - wikipedia. Maklumat lanjut di sini.
Kerajaan Brunei telah menderma RM25,000, Yayasan Shaw RM26,000, lebih seribu orang menderma RM1,000 seorang dan sejak kempen pembinaan masjid dimulakan, Senator J.S. Crawford (ahli Dewan Negara) mendermakan RM250 setiap bulan sehingga Masjid Negara siap sepenuhnya, Kerajaan Persekutuan tentunya menjadi penyumbang terbesar projek ini.









Makam Pahlawan
Di sisinya ialah kawasan perkuburan khas untuk pemimpin dan ahli politik tertentu yang banyak berjasa kepada negara. Makam Pahlawan turut memiliki struktur atap konkrit bintang bucu 7 sepertimana masjid itu sendiri

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007

Penghuni pertama Makam Pahlawan ini ialah Tun Dr Ismail pada 1973. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990 dalam usia 87 tahun disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.

Makam Pahlawan di Masjid Negara. Makam yang di dalam kubah ini ialah milik Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak, Tun Huseein Onn dan Tun Ghafar Baba. Jenazah pemimpin lain disemadikan di luar kubah. Sumber goKL.my
For non muslim visitors, you are welcome to see our amazing National Mosque outside the prayer time. Visitors a required to be appropriately dressed while visiting this mosque. Robes and headscarves will be provided for ladies and sarong for man. Guided tour by volunteer also available


Masjid NegaraJalan Perdana
Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur

**Panduan solat Tarawih oleh JAKIM di sini.



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/05/masjid-negara-masjid-yang-seronok-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letusan Tembakan Terdengar Di Luar Masjid Kota London Saat Salat Tarawih

Letusan Tembakan Terdengar Di Luar Masjid Kota London Saat Salat Tarawih

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 227 hits
Sejauh ini insiden itu belum dipastikan terkait terorisme Pistol yang digunakan menembak adalah pistol dengan peluru kosong Tidak ada yang dilaporkan cedera atau bangunan yang rusak
Mak Tenang Solat Anak Pun Happy Sedia Ruangan Kanak2 Masjid Ini Jadi Pilihan Jemaah Tarawih

Mak Tenang Solat Anak Pun Happy Sedia Ruangan Kanak2 Masjid Ini Jadi Pilihan Jemaah Tarawih

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 478 hits
Mak tenang solat anak pun happy Sedia ruangan kanak2 masjid ini jadi pilihan jemaah tarawih Solat tarawih adalah ibadah khusus yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja Tidak hairanlah kebanyakan masjid dan surau sentiasa penuh ...
Basikal Percuma Untuk Kanak2 Rajin Bersolat Masjid Mahmudi Dipuji Netizens

Basikal Percuma Untuk Kanak2 Rajin Bersolat Masjid Mahmudi Dipuji Netizens

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 403 hits
Nampaknya tindakan AJK Masjid Mahmudi yang memberikan hadiah basikal percuma kepada kanak kanak yang rajin ke masjid setiap hari selama sebulan mendapat pujian netizens Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak kanak berusia 10 hingga 12 ta...
Tiba Di Kalteng Jokowi Salat Tarawih Di Masjid Darul Arqam Palangka Raya

Tiba Di Kalteng Jokowi Salat Tarawih Di Masjid Darul Arqam Palangka Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 220 hits
Jokowi kemudian mendengarkan ceramah Ustaz H M Zuhri yang juga Wakil Ketua PW Muhammadiyah Kalteng Ia mengangkat topik tentang sejarah Muhammadiyah
Jokowi Salat Tarawih Di Masjid Jenderal Besar Soedirman Bogor

Jokowi Salat Tarawih Di Masjid Jenderal Besar Soedirman Bogor

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 251 hits
Deputi Bidang Protokol Pers dan Media Sekretariat Presiden Bey Machmudin mengatakan dengan menggunakan baju koko sarung serta peci Jokowi tiba di lokasi pada pukul 18 50 WIB disambut oleh Ketua DKM Masjid
Keindahan 5 Masjid Pink Dari Berbagai Negara Termasuk Indonesia

Keindahan 5 Masjid Pink Dari Berbagai Negara Termasuk Indonesia

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 278 hits
Keindahan 5 masjid pink dari berbagai belahan dunia termasuk Indonesia Ada Masjid Nasir Al Mulk di Iran Masjid Putra di Malaysia sampai Masjid Dimaukom kepunyaan Filipina
Warga Kota Malang Penuhi Masjid Jami Di Tarawih Hari Pertama

Warga Kota Malang Penuhi Masjid Jami Di Tarawih Hari Pertama

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 206 hits
Masyarakat Kota Malang menyambut bulan Ramadan 1440 H dengan penuh antusias Masjid masjid dipenuhi dengan jemaah salat tarawih hingga meluber ke halaman teras di malam pertama Ramadan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian