Masjid Nabawi Didakwa Kosong Pelajar Dedah Keadaan Sebenar
Sejak beberapa hari ini, tular beberapa foto yang menunjukkan suasana lengang di sekitar Masjid Nabawi susulan daripada tercetusnya kes virus Covid-19 di negara itu. Secara tidak langsung, wujud rasa kebimbangan dalam kalangan orang ramai termasuk para jemaah Haji dan Umrah.
Walaupun begitu, seorang pelajar dari Islamic University of Madinah, Najmi Farisham menafikan cerita yang digembar-gemburkan itu. Menurutnya, jemaah di Masjid Nabawi masih lagi ada cuma tidak ramai.
Dia juga turut menasihatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dengan berita yang tidak benar supaya tidak timbul rasa bimbang dan panik kepada orang lain. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Masjid Nabawi lengang
Malam tadi sempat singgah solat isyak di Masjid Nabawi. Aku sampai dalam 10 ke 20 minit nak azan. Kira adalah masa nak jalan-jalan, round tengok kawasan sekitar.
Sehari dua ini duk tular katanya Masjid Nabawi dah kosong, lengang daripada kelibat jemaah. Entah gambar bilalah yang digunakan itu. Bukan tak nak percaya, cuma susah. Sebab kita duduk sini dan kita tahu situasi semasa.
Ada sesetengah pihak, bila dapat tahu Madinah dah lengang, mulalah gelabah. Katanya ini petanda buruk bla bla. Mudah sangat terpengaruh dan percaya benda bukan-bukan.
“Ramai je ni”
“Duk viral Madinah lengang. Tang mananya?” soal aku kepada seorang kawan ketika duduk menanti iqamat dilaungkan.
“Entah, ramai ja ni. Mungkin gambar yang dia ambil tu masa waktu duha. Orang tak keluar, duduk bilik ja,” jawabnya selamba.
Kami duduk bersila, memerhatikan gelagat para jemaah yang masih berbaki di Madinah ini.
Memang benar pintu masuk ke Arab Saudi ini sudah ditutup oleh pihak kerajaan bagi mengawal dan mengekang jangkitan virus COVID-19. Jemaah yang ada sekarang ini pun, mungkin menanti masa saja untuk berangkat pulang.
Jemaah masih ada, cuma tak ramai
Cuma tak usahlah bombastik sangat ayatnya sampai orang bayangkan Madinah dah betul-betul kosong. Buat biasa-biasa sudahlah.
Sebetulnya tak adalah kosong terus macam dalam gambar yang tersebar itu ha. Jemaah masih ada cuma tak adalah ramai dan sesak seperti musim biasa.
Penduduk setempat pun ramai yang ada datang solat dan berpiknik di dataran. Universiti tempat kami belajar ini, pelajarnya mencecah 20 ribu orang semuanya. Boleh jadi separuh daripadanya datang solat setiap 5 waktu. Jadi nak kata kosong itu, sangatlah tidak logik.
Aku tiada untung mahupun rugi dalam soal ini. Cumanya nak kasi tahu supaya kita semua tenang dan relaks saja. Tak usah panik dan gelabah.
Saf dalam masjid penuh
Peraturan ini diketatkan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua pihak, sama ada rakyat mereka mahupun jemaah negara lain. Nyawa insan, semuanya penting. Tiada konspirasi murahan yang boleh dikaitkan.
Sebagai bukti, aku ada tangkapkan gambar suasana malam tadi. Dari sebelum solat, ketika nak solat dan selepas solat. Masih meriah dan ramai yang ada. Saf dalam masjid pun penuh. Sampaikan bini aku kata dia terpaksa solat atas lantai marmar sebab tak sempat berebut masuk saf atas karpet.
Setakat duduk sini, ada satu masa ja jemaah di Masjid Nabawi betul-betul berkurang, saf depan pun banyak kosong. Iaitu masa perjalanan haji 8, 9, 10, 11, 12 Zulhijjah.
Sebab ramainya rakyat mereka masuk ke Mekah untuk buat haji. Ada yang keluar negara, sempena cuti musim panas. Pelajar universiti pun pulang bercuti ke negara masing-masing. Yang tinggal hanya saki baki.
Sumber: Najmi Farisham
The post Masjid Nabawi Didakwa Kosong, Pelajar Dedah Keadaan Sebenar appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/03/03/masjid-nabawi-didakwa-kosong-pelajar-dedah-keadaan-sebenar/