Masih Nak Undi Pemimpin Poyo



TIDAK lama lagi akan berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Kedah memiliki sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang (40 kerusi DUN) Selangor (56 kerusi DUN), Negeri Sembilan (36 kerusi DUN), Kelantan (45 kerusi DUN) dan Terengganu (32 kerusi DUN). Seperti biasa akan berlaku proses pilih memilih siapa wakil rakyat yang hendak diundi.
- Pastinya, calon terbaik menjadi pilihan pengundi di enam negeri tersebut. Cuma paling dibimbangi mereka memilih calon yang hanya pandai menjual janji manis kerana tidak semua orang pandai menilai kebolehan kepimpinan seseorang. Tidak keterlaluan dikatakan, calon perangai jelek pun boleh menang undi.
Jika difikirkan semula adakah kita boleh menyalahkan pemimpin yang tidak berapa bagus ini.
Membaca kenyataan di akhbar dan menilai lontaran idea mereka di media sosial kadang-kadang dapat memberikan kita satu pandangan terhadap seseorang calon pilihan raya.
Ironinya kita sudah tahu, perangai seseorang begitu, tetapi masih undi dia. Kemudian tak sampai berakhir penggal PRU dan PRN, baru hendak komen itu ini. Jadi, dalam soal begini hendak dipersalahkan yang memilih atau dipilih?
Malam semalam, berlangsung sudah Wacana Siri ke-400 menampilkan tajuk PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih menampilkan beberapa figura politik tanah air.
Menyentuh sedikit latar belakang program Wacana terbitan Sinar Harian ini. Sejak pertama kali diadakan pada Februari 2011, Wacana tidak pernah gagal menampilkan figura politik daripada pelbagai latar belakang untuk berdiskusi di atas satu pentas. Kami meraikan pandangan setiap panel.
Sebenarnya bukan mudah untuk menyatukan semua panel di atas pentas. Ada yang memilih rakan panel, ada yang memilih topik. Ada juga pemimpin yang ‘poyo’ dan skeptikal terhadap program ini.
Selepas 12 tahun , Wacana tampil dengan siri ke-400. Melihat tajuk sahaja, kita sudah tahu bahawa program ini secara halus mendidik rakyat untuk memilih pemimpin yang betul-betul mereka mahu iaitu selepas menilai individu terbaik untuk diangkat sebagai pemimpin.
Bukan sahaja bagi enam negeri terlibat PRN itu, nasib rakyat di seluruh negara sangat memerlukan pemimpin berwibawa untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.
Kurang bercakap, kerja jalan rasanya lebih jadi pilihan berbanding pemimpin yang kuat berceloteh tetapi masalah di kawasan masing-masing tidak berkesudahan.
Keadaan politik kita bukan calang-calang juga untuk dinilai. Perdana Menteri sahaja bertukar tiga kali dalam tempoh sepenggal.
Merujuk pada situasi ini, nak kata rakyat salah pun tak tahulah wajar atau tidak. Cuma apa yang dilihat, proses hendak berkuasa itu berlaku dalam kalangan pemimpin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan apabila gabungan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen sementara gabungan Perikatan Nasional sebanyak 73 kerusi.
Proses kematangan demokrasi berlaku dalam keadaan mencabar. Sehingga kini masih terdapat spekulasi bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tidak dapat bertahan sehingga hujung penggal.
Masalahnya, biarpun kita menyaksikan pemimpin bertukar ganti, namun rakyat tetap juga terbeban masalah dan kos sara hidup masih tinggi termasuk nilai mata wang masih rendah. Janji-janji ketika kempen pilihan raya seperti jadi mainan bukan untuk ditepati.
Sempena PRN ini, kita sebagai pengundi perlu bijak menilai siapa pemimpin yang kita percayai yang boleh memimpin rakyat dan membantu menyelesaikan aduan penduduk.
Menjelang PRN ini juga, mungkin sahaja kita tidak boleh membuat tafsiran awal sama ada rakyat akan memilih parti atau calon.
Tetapi sekali lagi diperingatkan, nilailah calon yang bekerja dengan baik dan mampu membawa suara rakyat.
Pilihlah bakal pemimpin yang tidak 'poyo' supaya anda tidak kecewa. Pemimpin lama yang tidak capai indeks prestasi utama (KPI), tidak perlu lagi diberi undi. Berilah peluang kepada yang lebih berwibawa.
Jika tersalah memilih pemimpin, hasilnya memang dapat tahi. 

Anita Abu Hasan Produser Wacana Sinar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/masih-nak-undi-pemimpin-poyo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jadi Pemimpin Perlu Punya Perwatakan Baik

Nak Jadi Pemimpin Perlu Punya Perwatakan Baik

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 150 hits
Seorang pemimpin mesti menunjukkan perwatakan yang baik Sebab dia dalam perhatian masyarakat Bukan sebab hipokrit tapi sebab tak mahu jadi contoh tak elok Kalau jenis suka gelak terbahak bahak tak bolehlah macam tu bila di tempat awam sebag...
Pemimpin Pn Bodoh Jangan Diikut Kalau Ikut Sama Jadi Bodoh Kerajaan Nak Bantu Dia Pertikai Memang Pertikaian National

Pemimpin Pn Bodoh Jangan Diikut Kalau Ikut Sama Jadi Bodoh Kerajaan Nak Bantu Dia Pertikai Memang Pertikaian National

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 190 hits
Nampak tak pemimpin PN ni jenis cerdik tak boleh ikut Tapi bodoh pun jenis tak boleh diajar juga Kononnya nak kutuk PMX dan Kerajaan Perpaduan flip flop kerana umum untuk teruskan subsidi telur dan ayam serta pemberian biasiswa JPA dalam bi...
Adik Nak Tidur Dengan Ayah Rintihan Hiba Anak Shuk Sahar Sebelum Berpisah Undang Sendu

Adik Nak Tidur Dengan Ayah Rintihan Hiba Anak Shuk Sahar Sebelum Berpisah Undang Sendu

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 321 hits
Baru baru ini pelawak Shuk Sahar telah berkongsi momennya meluangkan masa bersama anak anak ketika pulang ke kampung halaman Rossa Sera di Sabah
Ayat Yang Sama Dengan 2 Tafsiran Makna Yang Berbeza Nak Ikut Yang Mana Satu

Ayat Yang Sama Dengan 2 Tafsiran Makna Yang Berbeza Nak Ikut Yang Mana Satu

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 302 hits
Ada seorang kawan berpangkat abang yang rajin kongsikan satu hari satu ayat Al Quran pada saya dah bertahun lamanya Dia akan hantar masuk dalam Whatsapp setiap pagi sebelum subuh Untuk tidak sia siakan usaha baiknya maka saya akan biarkan s...
Formula Tarik Rezeki Punca Susah Nak Dapat Sales

Formula Tarik Rezeki Punca Susah Nak Dapat Sales

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 215 hits
Ada banyak sebab Antaranya 1 Hubungan kita dengan Allah tu sendiri bermasalah 2 Hubungan kita dengan orang sekeliling kita bermasalah Dendam sakit hati dan sebagainya 3 Kita tak tahu siapa kita nak sasarkan Kita tak paham value produk yang ...
Hiburan Pakcik Nak Pakai Duit Warga Emas Cuba Jual Phone Nokia Untuk Beli Beras Undang Sebak Ramai

Hiburan Pakcik Nak Pakai Duit Warga Emas Cuba Jual Phone Nokia Untuk Beli Beras Undang Sebak Ramai

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 266 hits
Baru baru ini tular di aplikasi memaparkan seorang lelaki warga emas yang cuba untuk menjual telefon bimbit lama jenis Nokia di sebuah kedai telefon bimbit di Kedah Menerusi video tersebut lelaki warga emas berkenaan difahamkan ingin menjua...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Intense Rainfall Triggers Flash Floods In Selangor Impacting Four Areas

Resepi Boko Ubi Kayu Lapisan Bawah 1 Cawan Gula Merah Cawan Gula Pasir

Oppo Find X8s X8s Turut Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9400

Ada Unsur Hiburan Melampau Umat Islam Dilarang Sertai Festival Songkran Mufti Pulau Pinang

Strategi Jitu Menangkan Event Mahjong Ways Pialabet Untuk Pemain Pemula