Masih Hidup Walaupun Jantung Kena Peluru Kisah Kanang Anak Langkau Komando Paling Berani Dalam Sejarah


Kanang Anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak di mana beliau merupakan cucu seorang ketua Iban.
Kanang telah menerima pelbagai jenis pendidikan sebagai kanak-kanak dari datuknya walaupun beliau membesar di sebuah kawasan terpencil di Sarawak di mana pendidikan formal adalah terhad.
Kanang selalu ikut datuk dia memburu di dalam hutan dan telah belajar untuk membaca tanda-tanda tumbuh-tumbuhan, bunyi haiwan, bauan dalam angin, dan cara-cara untuk menjadi penjejak.
Pada tahun 1961, Kanang mendaftar untuk menyertai Sarawak Rangers, sebuah angkatan di bawah kuasa tentera British. Pada asalnya angkatan ini dibentuk oleh Brookes, dan kemudiannya menjadi askar sukarela Sarawak dalam Perang Dunia Kedua.
Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sarawak Rangers telah diserap sebagai sebahagian daripada tentera Malaysia, membentuk Rejimen Renjer Diraja hari ini di mana Kanang bertugas di Batalion ke-8.
Kanang kemudian telah ditugaskan dalam pasukan Komando 42 yang berkhidmat semasa Pemberontakan Brunei dan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia.
Kisah pertemburan dengan komunis di Perak yang hampir meng0rbankan nyawa Kanang.. Mendiang sebelum ini pernah disangka mening gal dunia apabila tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena temb4kan dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980.
Mengimbau kembali peristiwa itu, seorang anggota yang menjadi saksi paling dekat dengan Kanang waktu itu, Pegawai Waran II, S. Rajagopal berkata, kejadian serang hendap berlaku ketika pasukan 8 RRD yang diketuai oleh Kanang (Sarjan pada masa itu) mengetuai satu pasukan menjejak dan mengesan musuh dalam Ops Setia Khas.
Kejadian berlaku ketika pasukan yang mempunyai rekod cemerlang dalam operasi mengesan dan menjejak musuh itu sedang menuruni sebatang denai di sebuah bukit yang dikelilingi cerun curam di bahagian kiri dan kanannya di Tanah Hitam, Chemor, Perak.
” Ketika kami sedang mengikut jejak yang terdapat di denai ini, tiba-tiba saya terdengar letupan dan melihat salah seorang anggota perubatan, Koperal Salleh yang berada di belakang terpijak jerangkap samar sehingga putus kaki,” kata Rajagopal.
Rajagopal memberitahu, ketika anggota lain termasuk beliau dan Kanang berpaling ke belakang sambil menundukkan diri, pasukan mereka pada masa itu berada di kawasan terbuka terus dihujani peluru musuh.

Kanang terkulai terkena 3 das temb4kan.. Dalam keadaan kelam kabut itu, kata beliau, Kanang akhirnya terkulai akibat terkena tiga das tembakan daripada musuh. Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya.
Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.
Dalam kejadian itu, Kanang ditemb4k tiga kali dan hampir menemui aj4l selepas peluru mengenai jantung, merosakkan satu buah pinggang, selain usus perut terburai.
Kanang yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi idup agi ngelaban’ (Berjuang selagi masih hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut m4ti demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British.

Kanang menyertai bidang ketenteraan secara kebetulan ketika dipelawa oleh seorang tentera British.
Mengimbas sedikit latar belakang wira negara ini, Kanang merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan beliau dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang yang berasal daripada komuniti Dayak (Iban) itu bersekolah hingga darjah tiga di Sekolah Local Authority sebelum melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin.
Beliau menjadi tentera secara kebetulan setelah dipelawa seorang anggota tentera British ketika menghantar 20 orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya.
Kanang kemudian diserap ke dalam Renjer Malaysia setahun selepas itu apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor.
Dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.. Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan trackers profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapten Johnson Anak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan, ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menemb4k m4ti seorang anggota 25 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) beberapa hari sebelumnya.
Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh.
Mengenang jasanya membun0h musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981 manakala pingat PGB pada 7 Jun 1987.

Gambar kenangan Kanang (depan, duduk kiri) semasa bertugas di Jambatan Nyulong Sarikei, Sarawak.
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda dan pada 1 Mei 1981, beliau dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan.
Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986 selepas berkhidmat selama 21 tahun.
Bagi mengisi masa terluang, beliau aktif memberikan ceramah kenegaraan di seluruh negara selain dilantik sebagai Temenggong Bahagian Sri Aman pada 2009.
Antara sumbangan utama beliau selepas bersara ialah menjayakan Ops Mai Pulai (Ops Bawa Balik).
Melalui operasi berkenaan, rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 dibawa balik ke Sarawak untuk dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuching pada 27 Julai 2011.
Kanang wira paling berani.. Pencetus idea berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berkata, Kanang memainkan peranan penting dalam usaha itu malah menganggotai jawatankuasanya sejak 2009.
Katanya, Kanang merupakan seorang yang komited walaupun operasi berkenaan pada mulanya hampir menemui kebuntuan sebelum penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak.
” Dia seorang yang amat bertanggungjawab dan kita berikannya peranan untuk melaksanakan tugas-tugas khas. Tanpa Kanang, mungkin operasi itu tidak akan berjaya.
” Kanang juga mengetuai operasi penggalian kub0r-kub0r pejuang terbabit di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak malah menyempurnakan upacara khas ‘Miring Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan’,” ujarnya.
Kanang disifatkan sebagai seorang wirawan contoh yang mengukir nama dengan darah serta air mata.
Menurut penulis buku biografi Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Mejar (B) Dr. Maznan Noordin, tidak akan ada manusia seperti Kanang selepas ini kecuali jika berlaku lagi peperangan di negara ini.
Jelas beliau, Kanang adalah ikon patriotisme yang akan abadi di hati rakyat buat selamanya kerana sanggup meng0rbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara.
” Mendiang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, ini digambarkan dalam Operasi Pukat yang mana Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.
” Mendiang telah cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis, namun Kanang meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang kumpulan pengganas berkenaan.
” Selepas bersara, Kanang meneruskan kehidupan yang sederhana sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun kehidupannya agak perit selepas bersara, mendiang bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkannya kepada negara,” ujarnya.
‘Pemergian’ Kanang dikenang sepanjang zaman… Tanggal 3 Januari 2013, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang pahlawan yang terkenal dengan sifat keberaniannya mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, disahkan mening gal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada pukul 1.45 pagi, dua jam selepas beliau dilaporkan rebah di rumahnya di Sungai Apong, Kuching, Sarawak.
Anak jati Sarawak yang dilahirkan di Julau pada 2 Mac 1945 itu meninggalkan seorang isteri, Datin Brawang Chunggot, 55, dan enam orang anak serta lapan cucu hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Helen Latai Intie yang mening gal dunia akibat kanser pada Januari 2011.
Mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, bagaimanapun filem yang bertajuk Kanang Anak Langkau belum sempat disiapkan semasa hayatnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: kosmo & utusan via NewsViral


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/masih-hidup-walaupun-jantung-kena-peluru-kisah-kanang-anak-langkau-komando-paling-berani-dalam-sejarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syukur Jantung Anak Tiada Komplikasi

Syukur Jantung Anak Tiada Komplikasi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 382 hits
ANAK kepada pelakon Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie yang berusia dua bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah injap sempit di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur kira kira jam 5 petang hari ini Lana 40 keti
Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular Ini Bantuan Yang Dia Terima

Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular Ini Bantuan Yang Dia Terima

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 369 hits
PELAKON pengarah dan pelawak veteran AR Badul 70 dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari Institut Jantung Negara Kuala Lumpur jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular Ini Ba...
Jantung Terhenti 10 Minit Cpr Amp Kejutan Elektrik 2 Kali Sebak Lihat Lana Menangis Mohon Doakan Anak Keduanya

Jantung Terhenti 10 Minit Cpr Amp Kejutan Elektrik 2 Kali Sebak Lihat Lana Menangis Mohon Doakan Anak Keduanya

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 338 hits
Please follow and like us 1 Pelakon Lana Nodin memaklumkan pembedahan jantung anak keduanya William Daud McKienzie yang berusia dua bulan terpaksa ditangguhkan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit semalam Menurut Lana jantung W...
Kebiasaan Konsumsi Gula Berlebihan Pada Anak Bisa Picu Masalah Jantung

Kebiasaan Konsumsi Gula Berlebihan Pada Anak Bisa Picu Masalah Jantung

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 240 hits
Energi dari minuman manis itu cepat masuk ke dalam darah sehingga menyebabkan anak menjadi hiperaktif setelah itu anak akan lemas dan butuh asupan energi lagi Akibatnya anak akan terus terusan minum yang manis kata pakar nutrisi Saptawati B...
Apa Sahaja Demi Mu Anak Ibu Diuji Dua Anak Jantung Berlubang Anak Kedua Bengkak Hati

Apa Sahaja Demi Mu Anak Ibu Diuji Dua Anak Jantung Berlubang Anak Kedua Bengkak Hati

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 515 hits
Ibu muda ini tabah menghadapi ujian apabila anak pertamanya mengalami jantung berlubang manakala anak kedua pula jantung berlubang dan bengkak hati Apa sahaja demimu anak Demikian yang dikatakan ibu tunggal tabah Puan Normala Syakilla Arman...
Jantung Anak Terhenti 10 Minit Lana Nodin Mohon Doa Orang Ramai

Jantung Anak Terhenti 10 Minit Lana Nodin Mohon Doa Orang Ramai

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 349 hits
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Lana Nordin apabila diberitahu jantung anaknya William Daud McKienzie terhenti secara tiba tiba selama 10 minit dan pembedahan The post appeared first on
7 Masalah Ini Penghalang Wanita Untuk Hamil Masih Ada Harapan Jika Ubah Gaya Hidup

7 Masalah Ini Penghalang Wanita Untuk Hamil Masih Ada Harapan Jika Ubah Gaya Hidup

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 447 hits
Dr period saya lewat tapi UPT negatif Dr period saya dah 3 bulan tak datang Dr period saya yang terakhir 3 tahun lepas Dr saya ni dalam setahun tu berkali kali kena makan ubat lawas period Kalau tak makan ubat period tak mai langsung Dr ada...
Orang Tua Kurang Edukasi Masalah Gizi Buruk Masih Mengancam Anak Indonesia

Orang Tua Kurang Edukasi Masalah Gizi Buruk Masih Mengancam Anak Indonesia

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 282 hits
Adanya gizi buruk berawal dari masalah pendidikan orang tua Masih banyak yang tidak tahu kalau susu kental manis itu bukanlah susu formula Kandungan gulanya sangat banyak kata Arif Hidayat Ketua Umum Koalisi Perlindungan Kesehatan Masyaraka...
Survei Hsbc Mayoritas Orang Indonesia Masih Khawatir Hidup Di Masa Pensiun

Survei Hsbc Mayoritas Orang Indonesia Masih Khawatir Hidup Di Masa Pensiun

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 323 hits
Sebesar 86 persen khawatir akan dapat hidup dengan nyaman 83 persen khawatir akan meningkatnya kebutuhan biaya kesehatan dan 77 persen khawatir akan kehabisan dana pensiun
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya