Masih Di Isu Yang Sama


 
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2396-alkafi-738-permasalahan-berhutang-dengan-along?highlight=WyJodXRhbmciXQ
SOALAN
Si mati (isteri) telah meninggalkan suami dan anak lelaki. Si mati pernah berhutang daripada Along (ceti haram) sebanyak RM 5000 dan telah membayar hutang tersebut lebih daripada jumlah pinjaman. Bayaran tersebut adalah bunga sahaja belum lagi bayar hutang. Apakah yang perlu dilakukan pewaris terhadap hutang si mati? Adakah perlu membayar lagi atau dah dikira sudah habis hutangnya?
 
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga Baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat.
Permasalahan hutang merupakan satu isu yang diberi perhatian yang besar di dalam Islam. Allah menyebut berkenaan permasalahan ini dalam satu ayat yang cukup panjang di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ ۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَن يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّـهُ ۚ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّـهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا ۚ فَإِن كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ ۚ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْ ۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَن تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَىٰ ۚ وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا ۚ وَلَا تَسْأَمُوا أَن تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰ أَجَلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ اللَّـهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَىٰ أَلَّا تَرْتَابُوا ۖ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا ۗ وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ ۚ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ ۚ وَإِن تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّـهُ ۗ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. 
Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. 
Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.
Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. 
Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.
Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. 
Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Baqarah: 282)
Ayat di atas jelas menunjukkan beberapa perkara. Antaranya:
Hendaklah menulis ketika berhutang.Hendaklah ada saksi dan itulah sebaik-baiknya.Jauhi daripada riba.Jauhi daripada menjadi zalim dan dizalimi.Inilah irsyad atau petunjuk daripada al-Quran agar mansuia selamat dalam mengemudikan kehidupan termasuklah dalam isu keberhutangan.
Along didefinisikan sebagai orang yg memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yg sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat)
Dalam isu ini, saya nasihatkan agar berjumpa dengan badan-badan NGO yang terlibat secara langsung untuk berkomunikasi dengan along. 
Antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Mungkin buah nasihat dan cadangan daripadanya boleh diambil kira. 
Saya juga mengesyorkan agar bertemu dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapat maklumat dan nasihat secara menyusun semula perbelanjaan dan menguruskan hutang agar perjalanan kehidupan dalam pengurusan kewangan menjadi baik dan stabil.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan kepada rakan taulan dan sahabat handai supaya menjauhkan diri daripada berhutang dengan along atau mereka yang tidak berlesen serta yang adanya unsur riba keran sifatnya menindas dan menzalimi. Inilah yang difirmankan oleh Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ  ﴿٢٧٩﴾
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. 
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. 
(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
(Surah al-Baqarah: 278-279)
Semoga kemelut hutang ini dapat diselesaikan dengan baik dan selamat daripada belenggu keberhutangan. Kami teringat satu doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada yang berhutang:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan dukacita. Aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas. 
Aku berlindung dengan-Mu daripada penakut dan kebakhilan. Aku berlindung dengan-Mu daripada dikalahkan hutang dan dikuasai oleh lelaki.”
Riwayat Abu Daud (1557), al-Baihaqi (305)
dan al-Tabarani (1553)
Walahua’lam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kluangmanexpress.blogspot.com/2023/06/masih-di-isu-yang-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tular 2 Individu Miliki Nombor Mykad Sama Selesai

Isu Tular 2 Individu Miliki Nombor Mykad Sama Selesai

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 117 hits
Kes dua individu yang tular memiliki nombor kad pengenalan sama berlaku pada 2020 dan sudah lama selesai kata Jabatan Pendaftaran Negara PUTRAJAYA Dakwaan terdapat dua individu yang memiliki nombor kad pengenalan sama didapati tular kembali...
Masih Lagi Isu Peningkatan Bil Elektrik Ada Pihak Yang Menuduh Cytro Ph Menafikan Kebenaran

Masih Lagi Isu Peningkatan Bil Elektrik Ada Pihak Yang Menuduh Cytro Ph Menafikan Kebenaran

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 148 hits
Masih lagi isu peningkatan bil elektrik Ada pihak yang menuduh cytro PH menafikan kebenaran Benda ni tak susah nak check Tengok je dekat bil bulanan tu Dekat situ ada tertera kadar bagi setiap blok Aku lampirkan bil aku sendiri sebagai cont...
Kpm Akan Teliti Isu 14 858 Calon Spm Tak Hadir

Kpm Akan Teliti Isu 14 858 Calon Spm Tak Hadir

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 131 hits
Fadhlina Sidek berkata terdapat banyak faktor dan punca yang mengakibatkan 3 8 calon terlibat tidak hadir menduduki peperiksaan SPM tahun lalu PETALING JAYA Kementerian Pendidikan akan meneliti isu ketidakhadiran 14 858 atau 3 8 daripada 38...
Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 138 hits
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor b...
Wah Selesai Isu Ayaq Nohhh

Wah Selesai Isu Ayaq Nohhh

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 139 hits
RMS Alhamdulilah settel semua masalah rakyat diKedah Berkonvoi Bersama Isley
Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 193 hits
KOSMO Ustaz Wadi Annuar ketika membaca doa dalam majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann PETALING JAYA Pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar menjawab persoalan orang ramai apabila tular video dirinya menghadiri majlis res...
Hiburan Gambar Kahwin Pun Delete Fatin Afeefa Amp Opai Padam Foto Di Ig Masing Masing Lepas Isu Sindir Supercar

Hiburan Gambar Kahwin Pun Delete Fatin Afeefa Amp Opai Padam Foto Di Ig Masing Masing Lepas Isu Sindir Supercar

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 196 hits
Nama Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial selepas tular satu video menunjukkan dia melabel kereta yang bukan supercar sebagai najis Sudah tentu isterinya yang juga pelakon Fatin Afeef...
Suami Tetap Dosa Dan Dayus Isu Pilih Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat Ini Penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki

Suami Tetap Dosa Dan Dayus Isu Pilih Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat Ini Penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 154 hits
Seperti diketahui ramai minggu lalu kecoh dengan satu isu mengenai seorang selebriti berkongsikan pandangan lebih memilih wanita tidak bertudung tetapi solat daripada wanita bertudung tetapi tidak solat Menjawab pandangan tersebut Ustaz Ahm...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu