Masih Ada Harga Ayam Berpatutan Guna Aplikasi Price Catcher


Kumara Sabapatty KPDNHEP memandang serius isu berkaitan kenaikan harga ayam sejurus
selepas tamat perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.-
Gambar hiasan. PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu berkaitan kenaikan harga ayam sejurus selepas tamat perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) seperti yang dilaporkan di media tempatan baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Alexander Nantha Linggi pada masa yang sama mengakui terdapat juga segelintir kawasan dan peniaga yang menjual  ayam dengan harga yang berpatutan selepas SHMMP.
Bagaimanapun ia hanyalah bersifat sementara ekoran bekalan terhad yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan selama ini dan akan pulih kelak.
Beliau menasihatkan orang ramai khususnya pengguna supaya menggunakan aplikasi Price Catcher yang diperkenalkan kementeriannya untuk membuat perbandingan harga barang serta premis yang terbaik serta membuat pilihan yang bijaksana.
Bagaimanapun beliau menjelaskan pihaknya mengambilkira pandangan semua pihak termasuk pembekal, peniaga dan pengguna berkenaan isu harga ayam yang merupakan sumber protein dan makanan utama rakyat Malaysia.
Katanya, apa jua keputusan dan tindakan yang diambil kerajaan sentiasa seimbang untuk semua pihak berdasarkan kepada kaedah menang-menang.
“KPDNHEP telah mengadakan sesi libat-urus dengan lima syarikat penternak ayam baru-baru ini untuk mendapatkan pandangan dan input lapangan yang mempengaruhi harga ayam di pasaran terkini.
“Pihak kami telah mengeluarkan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada semua penternak bagi mendapatkan maklumat dalam mengesan rantaian bekalan sebelum tiba kepada peniaga dan pengguna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini.
Tambah Alexander, kementerian juga sentiasa mendapatkan data terkini di mana beliau dan pasukannya turun padang mendapatkan input dari peniaga dan pengguna yang ditemui di pasar awam dan pasar raya.
Justeru katanya, KPDNHEP juga menggerakkan lebih 1,000 pemantau harga yang mengumpul harga barangan asas termasuk ayam setiap hari di seluruh negara di mana daftar harga tersebut boleh diperolehi dari aplikasi Price Catcher.
Disamping itu, seramai 2,300 pegawai peguat kuasa juga memantau dan memeriksa premis perniagaan termasuk bekalan dan harga ayam di kedai runcit, pasar awam dan pasar raya dan bertindak terhadap aduan pengguna.
Alexander memberitahu kementeriannya sentiasa membuka pintu kepada peniaga dan pengguna mengenai isu-isu yang berkaitan dengan isu harga barang keperluan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin dan menzahirkan ekosistem perdagangan dalam negeri yang beretika dan adil.
Berdasarkan kepada kajian Bahagian Harga Barang Negara, KPDNHEP dan data harga ayam yang dikumpul selama 10 tahun serta pemantauan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP mendapati harga ayam turun naik berdasarkan permintaan dan bekalan.
Kenaikan selepas SHMMP didapati dipengaruhi daripada bekalan yang terhad selepas permintaan yang menguncup dan terjejas akibat PKP selama lebih dua bulan di mana premis perniagaan, restoran, hotel dan majlis keraian tidak boleh beroperasi.
“Kementerian yakin ini merupakan fenomena cyclicle bekalan yang bersifat sementara di mana bekalan dijangka akan pulih dalam sedikit masa lagi.
“Kementerian akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan di bawah kuasa dan peruntukan akta yang diberikan jika perlu,” ujar beliau.
Dalam perkembangan sama beliau menasihatkan semua pemain industri, pemborong dan peniaga agar bersikap adil dan tidak mengambil kesempatan di dalam situasi sekarang.
Menurut Alexander lagi, kelonggaran yang diberikan membolehkan semua sektor ekonomi beroperasi sepenuhnya setelah terhenti seketika, tidak dijadikan peluang untuk mengaut keuntungan secara tidak munasabah.
Ujarnya, pengguna pula harus sentiasa menjadi pengguna bestari dengan menggunakan semua pilihan yang ada untuk berbelanja.
“Masih ada premis yang menjual ayam dengan harga yang berpatutan. Pengguna dinasihatkan agar membuat perbandingan harga ayam dan barang keperluan pengguna melalui aplikasi Price Catcher (pengesanan harga) yang diperkenalkan oleh KPDNHEP bagi mendapatkan harga dan premis yang terbaik sebelum berbelanja.
Pengguna pula disaran agar melaporkan sebarang aduan berkaitan harga barangan pengguna ke kementerian melalui lapan saluran aduan yang disediakan untuk pengguna dan boleh diperolehi menerusi laman web rasmi KPDNHEP.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/masih-ada-harga-ayam-berpatutan-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Rangup Ala Ala Kfc Guna Lima Bahan

Ayam Rangup Ala Ala Kfc Guna Lima Bahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 612 hits
Back to basic Cara paling mudah goreng ayam rangup ala ala kfc Jimat dan boleh di nikmati panas panas Jom ikut cara Puan Noorastella masak ayam rangup Pasti tak cukup satu nanti Bahan di perlukan Sayap ayam Tepung gandum Tepung jagungTelur ...
Pemilik Premis Dinasihat Tidak Guna Pengimbas Suhu Cap Ayam

Pemilik Premis Dinasihat Tidak Guna Pengimbas Suhu Cap Ayam

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 497 hits
PUTRAJAYA Pemilik premis dinasihatkan membeli pengimbas suhu yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan bacaan suhu pelanggan lebih tepat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya pelanggan berasa ti...
Jangan Guna Aplikasi Faceapp Kata Mufti Wp

Jangan Guna Aplikasi Faceapp Kata Mufti Wp

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 344 hits
Umat Islam dilarang menggunakan aplikasi yang menukar gambar wajah seseorang seperti FaceApp kerana beberapa sebab kata Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah Menjelaskan hal itu hari ini beliau berkata aplikasi berkenaan mempunyai un...
Kerajaan Guna Syarikat As Bina Aplikasi Mysejahtera Selamatkah Data

Kerajaan Guna Syarikat As Bina Aplikasi Mysejahtera Selamatkah Data

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 490 hits
Kerajaan Malaysia digesa mengesahkan sama ada mereka menggunakan kepakaran syarikat asing dalam membangunkan aplikasi MySejahtera dan beberapa aplikasi lain berkaitan pemerintah NEF hari ini menyuarakan pendapat mereka serta mendesak agar k...
Telur Masin Homemade Hanya Guna Telur Ayam

Telur Masin Homemade Hanya Guna Telur Ayam

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 834 hits
Jika selama ni kita hanya beli telur masin di kedai apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah Hanya menggunakan telur ayam sahaja Jom kita intai resipi yang dikongsi oleh Dapur Indonesia ini Katanya bukan sahaja mudah rasanya pun le...
Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 774 hits
Bismillah AssalamualaikumResepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender Sejak dua menjak ni sha teringin makan yang manis manis kalau menu nasi akhir trimester ni dah tiada selera nak makan proses dalam pengurangan berat badan mungkin so diseba...
Tanpa Kenal Penat Lelah Artis Ini Mampu Guna Kereta Import Selepas 10 Tahun Rupa Rupanya Ini Yang Beliau Buat

Tanpa Kenal Penat Lelah Artis Ini Mampu Guna Kereta Import Selepas 10 Tahun Rupa Rupanya Ini Yang Beliau Buat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 441 hits
Sesuatu yang diperoleh dari hasil kerja keras sendiri merupakan salah satu kebahagiaan untuk diri sendiri Tambahan pula apa yang diperoleh itu mampu memberi impak yang baik kepada insan terdekat Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita gem...
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Guna Tepung Gula Jer Memang Sedap

Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Guna Tepung Gula Jer Memang Sedap

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 965 hits
Menyediakan hidangan buat seisi keluarga kadang kala boleh menyebabkan ibu ibu garu kepala Pening dan buntu apa yang disediakan dan yang penting boleh memikat selera keluarga Untuk hidangan minum petang misalnya tak perlu susah susah cuba r...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu