Masalah Yang Biasa Dihadapi Oleh Social Media Influencer


Pernah tak anda terfikir nak jadi salah seorang Social Media Influencer di Malaysia? 
 
Saya pernah tulis mengenai social media influencer dalam blog ni sebelum ini. Kalau anda masih belum jelas, apa sebenarnya bidang tugas dan macam mana cara kerja sebagai seorang Social Media Influencer, saya nak jemput anda baca dulu artikel saya yang sebelum ini.
Baca disini: Kerjaya sebagai Social Media Influencer
 
Adakah kerja menggunakan social media ini, senang?

Persepsi orang yang tidak berada dalam lapangan ini, mungkin akan mengatakan kerjanya senang. Hanya perlu mengadap smartphone, update status, buat live, dan… itu sahaja!
 
Pada asasnya, anda perlu jadi seorang yang aktif di media sosial.
 
Tapi, tak adillah kalau kita nak katakan yang kerjanya senang, hanya disebabkan kerja ini boleh dilakukan hanya menerusi smartphone. Kadang-kadang ada yang tak faham, walaupun seseorang yang bergelar influencer ini menghasilkan posting yang nampak tak cerdik, video yang macam agak bodoh, namun sebenarnya proses untuk menghasilkan karya sedemikian bukannya mudah.
 
Dekat sini, saya akan ceritakan 10 cabaran yang sering dan terpaksa dihadapi oleh seorang Social Media Influencer. Kalau sanggup hadapi cabaran ini, In Shaa Allah anda akan ada masa depan yang cerah dalam bidang ini.
 
Jom kita lihat apa dia masalah lazim yang sering dihadapi oleh seorang influencer di media sosial.

 
(1) Kehabisan idea Perkara ini terpaksa dihadapi oleh mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan kreativiti.
 
Mereka yang bekerja sebagai seorang penulis, pengarah filem, pereka grafik, penceramah, penghibur dan sebagainya. Lambat laun pasti akan berdepan dengan masalah ini.
 
Tak kan asyik nak buat posting yang sama? Kalau nak shoot video pula, tak akan asyik nak buat video yang lebih kurang sama.
 
Persembahan dan konten perlu unik dan lain daripada yang lain. Kena jadi seseorang yang mempunyai originaliti. Kalau ada dalam kalangan pengikut anda, yang merasakan anda telah menciplak hasil kerja dan karya orang lain, pada waktu itu anda akan mula hilang pengaruh di media sosial.
 
Nak hasilkan konten yang baik bukannya mudah. Kena banyak membaca, kena banyak buat kajian, dan macam-macam lagi pengorbanan yang perlu dilakukan.
 
Oleh sebab bukan mudah untuk hasilkan sebuah karya, jadi saya nak menyeru pembaca yang membaca tulisan saya ini, agar tidak dengan sewenang-wenangnya mencuri hasil kreativiti orang lain. 
 
Pada mata anda, anda mungkin lihatnya ianya seperti tiada apa-apa, tapi hakikatnya orang yang menghasilkan karya tersebut telah menghasilkannya dengan susah payah.
 
(2) Perubahan citarasa dalam kalangan follower Citarasa manusia ini sentiasa berubah. Kadang-kadang dengan bertambahnya usia, bila dah jadi makin matang, citarasa manusia mula berubah.
 
Satu masa dulu, saya cukup suka baca dan beli komik. Tapi pada hari ini, saya dah jadi kurang minat untuk baca komik.
 
Citarasa ini juga boleh berubah dengan faktor bertambahnya ilmu. Bila ilmu seseorang itu makin bertambah, dia juga mula nampak apa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada sesuatu perkara.
 
Dulu saya suka follow dan dengar ceramah seorang ustaz di Facebook dan juga di Youtube. Ceramahnya ada banyak kisah-kisah yang sangat menarik dan seronok didengar. Kemudian apabila saya mula berkenalan dengan ustaz lain yang mengkaji bidang hadis, barulah saya tahu ada banyak cerita-cerita dari mulut penceramah yang sebenarnya tak sahih.
 
Mula dari saat itu, saya mula kurangkan dengar ceramah dari ustaz yang mula-mula tu dan kini beralih kepada ustaz yang ceramahnya berpandukan kepada dalil quran dan kitab hadis yang sahih.
 
(3) Jadi tidak relevan Lebih kurang macam dah expired.
 
Kalau dulu, seseorang itu boleh jadi sangat popular dan kebanyakkan posting dia akan viral, tapi lama kelamaan bila berlaku perubahan citarasa, persepsi dan pandangan ini boleh membuatkan seseorang itu menjadi tidak relevan.
 
(4) Kurang atau tiada interaksi Ya, ada masanya kita terlupa, fungsi media sosial itu adalah untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang lain. Kita terlalu fokus untuk hasilkan konten yang menarik perhatian, yang boleh dapat banyak like, share dan viral… sampaikan terlupa nak berkawan dan membina perhubungan yang baik dengan pengguna akaun yang lain.
 
Apabila tiada interaksi, maka hubungan yang terjalin juga akan jadi tak begitu kuat. Pada bila-bila masa, follower akan meninggalkan anda.
 
Memang betul, follower silih berganti dan tak akan habis manusia atas muka bumi ini, tapi bukankah lebih baik kalau kita boleh dapat pengikut setia? Mereka ini sentiasa bersama kita dan support setiap projek yang kita jalankan.
 
(5) Feedback negatif dari kalangan pengikut Feedback negatif adakalanya betul dan adakalanya boleh diabaikan sahaja. Apa-apahal kena lihat dulu, apa yang diperkatakan oleh para pengikut anda.
 
Jika komen negatif itu memang berasas, walaupun menyakitkan hati, namun ambil ia sebagai satu kritikan yang membina untuk kita perbaiki diri.
 
Tapi kalau kritikan dan komen tersebut, hanya untuk mengecam semata-mata, komen macam tu kita boleh abaikan sahaja. In fact, lebih baik kita banned atau block sahaja profile orang yang berikan komen tu.
 
Tak perlu risau kena label dengan perkataan seperti “hati tisu” dan sebagainya. Sebenarnya orang yang kena block tu yang hati tisu. Dia patut tahu, tindakan dia mengecam tak tentu hala pasti akan buatkan orang rasa menyampah dan tak mau dah berkawan dengan dia.
 
(6) Kemunculan pemain baru sebagai pesaing Sekali lagi saya nak highlight tentang faktor susah atau senang nak jadi seorang social media influencer. Pada pendapat saya, semua orang boleh jadi seorang social media influencer. 
 
Malahan saya percaya, semua orang melakukan perkara ini, tak kira sama ada secara sedar ataupun tidak. Contohnya, pada satu hari anda buat satu posting di akaun media sosial dan anda tulis tentang betapa seronoknya buat snorkeling di Pulau Payar, Langkawi.
 
Daripada posting tersebut, ada beberapa kenalan anda yang baca dan tak lama lepas tu mereka pun mula merancang untuk pergi buat aktiviti yang sama. Sebelum ini, mereka tak pernah pun terfikir atau tergerak hati nak buat snorkeling. Tapi disebabkan dia baca posting yang anda buat dan tengok gambar-gambar yang anda kongsikan, ini buatkan mereka rasa nak buat snorkeling juga.
 
Sama ada anda sedar atau tidak, dengan niat atau tanpa niat, anda sebenarnya telah menjadi seorang influencer.
 
Ada orang memang secara semulajadi mempunyai kelebihan untuk memberi pengaruh kepada orang lain untuk melakukan dan mencuba sesuatu.
 
Ada orang pula kena belajar skil dan teknik, bagaimana nak mempengaruhi orang lain untuk buat perkara yang kita mahukan.
 
Memandangkan kerja-kerja mempengaruhi orang untuk bertindak dan mencuba sesuatu yang baru, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun media sosial, ini secara tak langsung akan menyebabkan ramai orang untuk masuk dalam bidang ini.
 
Sama ada mereka akan berjaya atau tidak, akan konsisten atau pun tidak, itu bukan persoalan utama. Apa yang saya nak anda nampak ialah, melakukan kerja-kerja seorang influencer ini sangat mudah dan sesiapa pun boleh lakukannya.
 
(7) Kewujudan akaun media sosial yang baru Dulu saya cuma tahu tentang Friendster dan Myspace sahaja. Kemudian tak lama lepas tu, muncul pula Facebook, lepas tu, ada twitter, tagged, LinkedIn, Instagram, wechat dan macam-macam lagi.

Bila ada banyak laman media sosial, kita pun jadi pening… nak fokus yang mana satu? Perlukah kita fokus dua atau tiga media sosial atau sebenarnya kita fokus satu media sosial sahaja dah pun mencukupi?
 
Macam mana kalau setelah kita fokus pada satu media sosial, tiba-tiba muncul media sosial yang baru, dan semua atau kebanyakkan follower yang kita ada mula lari ke platform yang baru itu pula? Apa akan jadi dengan kerjaya kita sebagai seorang social media influencer nanti?
 
(8) Perubahan pada polisi dan algorithm media sosial Ini pun satu perkara yang biasa berlaku pada platform media sosial. Kalau satu masa dulu, satu posting yang kita buat di media sosial boleh dapat jumlah tontonan atau capaian (organic reach) yang agak banyak, namun lama-kelamaan pengendali media sosial mula mengehadkan capaian tersebut.
 
Kalau nak dapat banyak reach, kena buat iklan berbayar. Kalau platform Facebook, kena guna FBAds. Kalau platform Instagram kena guna pula Instagram Ads.

Dari segi kos pula, ia makin lama makin mahal. Saya masih ingat lagi, dulu dengan mudah kita boleh dapat kos iklan serendah RM0.01 untuk setiap klik di Facebook. Tapi sekarang? Masih boleh dapat ke kos sebegini rendah?
 
(9) Buat keputusan yang silap dengan bekerjasama dengan jenama yang salah Perkara ini memang kena diberikan perhatian dan perlu berhati-hati. Satu hari nanti, apabila anda sudah mula jadi terkenal, pada waktu itu akan ada ramai orang yang cuba nak dekati anda nak ingin bekerjasama dengan anda.
 
Termasuklah scammer.
 
Hati-hati.
 
(10) Menghasilkan RESULT seperti yang dimahukan oleh klien Akhir sekali, kita cerita pasal result!
 
Kenapa klien sanggup nak keluarkan duit dan bayar mahal-mahal? Simple. Sebab dia nak tengok result. Apakah result yang dimaksudkan?
 
Benda ini kita kena tahu dengan jelas. Sebaik-baiknya kita dapatkan kepastian dengan klien kita tu tadi, apakah hasil akhir yang dia mahukan.
 
Dari situ barulah kita boleh tahu, sama ada kita telah melaksanakan tugas kita dengan baik ataupun tidak.
 
Kalau matlamatnya adalah untuk dapatkan likes, maka kita kena pastikan posting berbayar yang telah kita hasilkan itu telahpun memperolehi likes yang banyak. Berapa banyak? Mungkin 1,000, 10,000 atau satu jumlah yang dipersetujui bersama.
 
Tapi bagaimana pula kalau pihak klien mengharapkan sales conversion atau jualan? Maka dekat sini, ia mula menjadi sedikit tricky. Macam mana kita dapat pastikan, berapa banyak jualan yang berlaku sebenarnya adalah berpunca daripada posting yang telah kita hasilkan di media sosial.
 
Kalau tugasan mempromosikan produk ini didatangkan bersama dengan program affiliate, ia boleh dijadikan sebagai satu sistem tracking bagi mengenalpasti, sama ada usaha kita menghasilkan konten di media sosial itu sebenarnya berhasil ataupun tidak.
 
Ini contohnya yang saya maksudkan.

Bila ada sistem tracking seperti ini setidak-tidaknya saya tahu, dan klien saya juga tahu, yang dari usaha pemasaran yang saya jalankan, ia memang telah terbukti berjaya mendatangkan jualan.
 
Setelah sampai satu tempoh masa, kita sama-sama boleh lihat berapa banyak yang telah saya hasilkan untuk menjalankan kempen promosi bagi perniagaan miliknya. Kemudian dari situ, mereka boleh dapatkan gambaran sama ada berbaloi ataupun tidak mengupah saya sebagai seorang freelancer untuk jalankan kerja promosi bagi pihaknya.
 
Baiklah, rasanya dah cukup panjang ini.
 
Saya berhenti dulu sampai sini. Jika ada sebarang komen mahupun kritikan, boleh tulis di bahagian komen dibawah ya.
 
Kalau ada pembaca yang minat nak cuba memohon kerja dengan syarikat yang berkaitan dengan pemasaran media sosial, saya syorkan anda lihat senarai kerja yang diiklankan di laman web ini.
 
 
 
 
The post Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/masalah-social-media-influencer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chinese Indonesians Brace For Worst After Racist Social Media Posts Trigger Deadly Riots

Chinese Indonesians Brace For Worst After Racist Social Media Posts Trigger Deadly Riots

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 458 hits
Indonesian police arrested a man on Friday accused of creating an anti Chinese disinformation campaign to incite racial hatred amid a proliferation of rumours alleging Chinese involvement in post election unrest that has raised fears of eth...
Najib Gaining Ground In The Perception Game On Social Media

Najib Gaining Ground In The Perception Game On Social Media

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 292 hits
Cyberspace is now the battleground in the perception war and former prime minister Datuk Seri Najib Abdul Razak seems to be gaining the upper hand Despite his ignominious downfall on May 9 last year he has been slowly but surely gaining sup...
Toksah Bangga Kat Media Sosial Social Services Uk Mai Melawat Doktor Bidas Suami Agungkan Khidmat Bersalin Di Uk

Toksah Bangga Kat Media Sosial Social Services Uk Mai Melawat Doktor Bidas Suami Agungkan Khidmat Bersalin Di Uk

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 291 hits
The ReporterViral di media sosial mengenai kelebihan perkhidmatan bagi ibu hamil yang disediakan di United Kingdom Netizen memuji kelebihan yang diperoleh oleh rakyat di negara berkenaan dan membandingkan kemudahan yang disediakan di Malays...
Benda Dah Lepas Jadi Kita Cerita Yang Ke Depan Sahaja Bella Astillah Dianggap Wanita Tabah Oleh Netizen

Benda Dah Lepas Jadi Kita Cerita Yang Ke Depan Sahaja Bella Astillah Dianggap Wanita Tabah Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 257 hits
Benda dah lepas jadi kita cerita yang ke depan sahaja Bella Astillah Dianggap Wanita Tabah Oleh Netizen Kemunculannya dalam Meletop semalam mendapat reaksi pelbagai Peminat bagai menanti serta mahukan jawapan daripada mulut Bella Astillah u...
Nampak Maknyah Terkial Kial Cari Ruang Tapi Dinafikan Saf Oleh Jemaah Yang Ada

Nampak Maknyah Terkial Kial Cari Ruang Tapi Dinafikan Saf Oleh Jemaah Yang Ada

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 424 hits
The ReporterIsu transgender bukan satu isu baru yang diperkatakan dan isu ini bukan sahaja menarik perhatian para pendakwah malah masyarakat turut memandang serius kepada isu ini Pelbagai isu yang telah dikaitkan dengan golongan ini sehingg...
Kangen Saipul Jamil Ingin Dijenguk Oleh Mantan Istrinya Dewi Perssik

Kangen Saipul Jamil Ingin Dijenguk Oleh Mantan Istrinya Dewi Perssik

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 179 hits
Penyanyi dangdut Saipul Jamil yang masih mendekam di Rumah Tahanan Kelas 1 Cipinang Jakarta Timur
Cadangan Hapus Sekolah Vernakular Tidak Pernah Dibincang Oleh Kerajaan

Cadangan Hapus Sekolah Vernakular Tidak Pernah Dibincang Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 314 hits
foto sumber internetBUKIT MERTAJAM 25 Mei Tidak ada sebarang perbincangan oleh kerajaan berhubung cadangan menghapuskan sekolah vernakular nbsp kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan berhubung per...
Tak Salam Kerabat Diraja Negeri Johor Mukhriz Mahathir Dicop Angkuh Oleh Netizen

Tak Salam Kerabat Diraja Negeri Johor Mukhriz Mahathir Dicop Angkuh Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 411 hits
Rabu lalu ayahanda KDYMM Seri Paduka Baginda Agung Sultan Haji Ahmad Shah dilaporkan mangkat dan telah dimakamkan nbsp nbsp semalam di Makam Diraja Pekan Pahang Namun sebelum bergerak ke pemakaman jenazah baginda telah diberi penghormatan t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt