Masalah Tidur Tidak Tidur Dalam Tempoh 24 Jam Ini Boleh Berlaku Kepada Anda



Tidur merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan kepada setiap individu berikutan ia mempengaruhi tahap kesihatan secara menyeluruh.

Pelbagai jenis penyakit kronik sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sebagai punca utamanya.

Bagaimanapun, masalah insomnia (masalah berkaitan tidur) adalah antara masalah yang lazim dialami oleh populasi umum terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Kesannya, mereka yang kurang tidur akan mengalami permasalahan yang berkaitan dengan prestasi kerja, ketidakstabilan emosi dan masalah kesihatan.


Kurang tidur boleh membunuh

Pada tahun 2012, telah tular berkenaan dengan seorang lelaki Jiang Xiaoshan (bukan nama sebenar) yang berusia 26 tahun mati akibat tidak tidur selama 11 hari berturut-turut.

Jiang berbuat demikian kerana dia mahu menonton kesemua perlawanan bola sepak liga Eropah.

Menurut doktor yang merawatnya, tahap kesihatan Jiang berada pada tahap yang baik sebelum dia mula menonton rancangan tersebut.

Bagaimanapun, sistem pertahanan tubuh yang kian lemah akibat kurang tidur, ditambah lagi dengan tabiat merokok dan pengambilan minuman alkohol menjadikan keadaan kesihatannya merudum teruk.

Namun ditekankan, perkara ini tidak bermakna seseorang itu hanya akan mati sekiranya mereka tidak tidur selama 11 hari berturut-turut. Bilangan hari tersebut tidak objektif dan ia bergantung kepada faktor kesihatan seseorang individu.

Perkara penting yang perlu diambil daripada kisah Jiang adalah masalah kurang tidur boleh membunuh. Apabila anda kurang tidur, sistem fisiologi badan anda akan mula menjadi porak peranda.

Sistem pertahanan badan anda akan menjadi lemah membuatkan anda cenderung untuk mendapat jangkitan kuman.

Hormon stress, kortisol, juga akan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak menyebabkan tekanan darah anda meningkat dan suhu dalaman anda menurun.

Kajian terhadap subjek ini tidak pernah dibuat melebihi 3 hari. Ini kerana kesan kepada individu boleh menyebabkan kematian dan ia dianggap tidak beretika. Kajian terhadap tikus makmal pula menunjukkan mereka boleh hidup sehingga 32 hari sebelum mati.

Hakikatnya, manusia dan hidupan yang lain memerlukan tidur. Jika tidak, semuanya akan mati.


Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak tidur untuk 24 jam?

Mungkin sukar untuk anda memahami kesan kurang tidur lebih daripada tempoh masa 24 jam memandangkan kebanyakan individu kebiasaannya tumbang jika tidak tidur hanya semalaman.

Barangkali anda teringat akan kesusahan menjadi pelajar suatu masa dahulu, sanggup mengorbankan masa tidur untuk belajar atau siapkan tugasan yang tertunggak.

Manusia kebiasaannya akan hilang keupayaan untuk menjalankan fungsi kognitif apabila mereka sudah 17 jam berjaga tanpa tidur.

Perasaan resah, rimas dan letih mula menyelubungi diri. Jika terlanggar sesuatu, kesakitan yang anda alami terasa lebih daripada biasa. Badan manusia mempunyai sistem yang ingin mengekalkan kadar keseimbangan pada nilai sifar.

Jika ada nilai positif atau negatif pada proses fisiologi badan, reaksi kimia lain akan berlaku bagi menyeimbangi perkara tersebut. Sistem ini dinamakan homeostasis.

Tanpa tidur yang cukup, badan anda mula merembeskan kortisol supaya anda akan kekal berjaga. Sebahagian daripada otak anda mula untuk mengalami proses tidur setempat (local sleep).

Ia keadaan di mana sebahagian otak anda tidur manakala yang lain kekal aktif. Apabila proses tidur setempat tidak dapat memenuhi keperluan badan, anda mungkin akan tertidur sejenak dalam proses yang dipanggil sebagai tidur mikro (microsleep).

Ia bagaikan anda termenung dan minda anda mula di awang-awangan. Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa mereka berada pada keadaan tidur mikro. Ia berlangsung selama 15 hingga 30 saat. Ini merupakan keadaan yang sering menyebabkan kemalangan dalam kalangan mereka yang tidak cukup tidur.

15 saat yang boleh mengubah segala-galanya. Oleh sebab itulah, jika anda berasa mengantuk, anda digalakkan untuk berehat di kawasan rehat sehingga betul-betul segar.


Berapa lama anda perlu tidur setiap malam?

Kebanyakan pakar kesihatan menyarankan individu untuk tidur di antara 7 hingga 9 jam sehari. Ia bagi menampung keperluan badan untuk berehat dan pulih dari sebarang kecederaan (jika ada).

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu pada masa kini adalah masalah kurang tidur. Ia boleh didefinisikan sebagai waktu tidur kurang daripada 7 jam.

Mungkin anda mempunyai timbunan kerja atau anda perlu menghantar tugasan yang belum siap pada esok hari. Tanpa tidur yang cukup anda bukan sahaja akan mengalami masalah kawalan emosi dan berasa penat sepanjang masa.

Menurut kajian yang diterbitkan di laman jurnal Current Biology pada tahun 2019, mereka yang tidak mendapatkan jumlah tidur yang mencukupi akan mengalami kemerosotan fungsi insulin.

Akibatnya, anda akan lebih berisiko untuk mendapat masalah obesiti dan kencing manis.


Bagaimana jika anda menggantikan tidur pada hujung minggu?

Walaupun saintis mempunyai percanggahan pendapat mengenai isu ini, banyak kajian menunjukkan bahawa ia tidak akan memberikan kesembuhan atau menghalang berlakunya komplikasi kesihatan yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur.

Jadi, apa yang anda buat? Berikut merupakan tip untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:

Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang sama setiap hariSebelum masuk tidur, ambil makanan yang mengandungi asid amino triptofan seperti susu dan teh kamomil bagi menggalakkan rasa ingin tidur. Terdapat juga suplemen melatonin namun, sebelum menggunakannya, dapatkan nasihat daripada doktor andaPastikan tempat tidur anda kondusifBerhenti menggunakan alat elektronik 1 jam sebelum waktu tidurLakukan senaman secara kerap. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan senaman berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit semingguLaburkan duit pada tilam yang berkualitiJangan ambil mudah jika ia berkaitan dengan tidur! 

Pastikan anda amalkan tip yang diberi! Sekiranya anda masih mengalami kesukaran untuk tidur, pastikan anda mendapatkan bantuan pakar agar masalah ini tidak melarat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/masalah-tidur-tidak-tidur-dalam-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Fakta Desa Kasuran Di Sleman Penduduknya Tak Boleh Tidur Pakai Kasur

5 Fakta Desa Kasuran Di Sleman Penduduknya Tak Boleh Tidur Pakai Kasur

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 142 hits
Kasuran adalah salah satu dukuh yang berada di Desa Margodadi Kecamatan Seyegan Kabupaten Sleman Penduduk di desa itu memiliki budaya yang unik Tidak sesuai namanya Desa Kasuran penduduk di desa ini mempunyai pantangan tidak boleh tidur men...
Masalah Jerawat Parut Jerawat Apa Obssess Treatment Foundation Boleh Buat

Masalah Jerawat Parut Jerawat Apa Obssess Treatment Foundation Boleh Buat

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 529 hits
Siapa yang tak ada jerawat tipu lah kalau kata tak ada Majoriti semua ada kan Mula dari jerawat bila jerawat dah pecah berbekas jadi parut jerawat pula Dah jadi parut bukan senang nak hilang Makan masa weii Skincare main peranan sebagai sal...
Puak Puak Ni Kalau Sehari Tidak Hina Orang Islam Memang Tak Boleh Tidur Ker

Puak Puak Ni Kalau Sehari Tidak Hina Orang Islam Memang Tak Boleh Tidur Ker

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 358 hits
Sedap sungguh mereka ni menghina orang Islam dalam konteks perkahwinan bawah umur Kononnya apabila PAS memegang portfolio KPWKM maka orang Islam akan gembira dapat bersedap sedap dengan budak bawah umur Apa yang mereka ini tidak tahu bahawa...
Ramai Pemimpin Ph Yang Tak Boleh Tidur Lena Semalam Disebabkan Isu Ini

Ramai Pemimpin Ph Yang Tak Boleh Tidur Lena Semalam Disebabkan Isu Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 472 hits
Foto Harian MetroSeluruh rakyat Malaysia tertumpu pada desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berlangsung di beberapa lokasi berbeza semalam Berikut adalah kro...
Ag Tiada Had Tempoh Pm Interim Boleh Melantik Menteri

Ag Tiada Had Tempoh Pm Interim Boleh Melantik Menteri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 690 hits
KUALA LUMPUR nbsp Tiada had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri interim yang boleh memutuskan atas budi bicaranya untuk melantik menteri kabinet kata Peguam Negara Tommy Thomas Perdana menteri interim memiliki semua kuasa yang diletakkan di...
Terkini Dalam Tempoh 24 Jam Iran Catat 958 Kes Baru 63 Kematian

Terkini Dalam Tempoh 24 Jam Iran Catat 958 Kes Baru 63 Kematian

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 231 hits
Iran dilanda gelombang besar koronavirus apabila mencatatkan pertambahan 958 kes baharu positif jangkitan dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 9 000 pada Rabu Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran ...
Cukup Tidur Bisa Bantu Remaja Atasi Stres Akibat Masalah Sosial

Cukup Tidur Bisa Bantu Remaja Atasi Stres Akibat Masalah Sosial

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 189 hits
Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa cukup tidur bisa membantu remaja tak hanya secara fisik Hal ini diketahui bisa membantu mereka mengatasi stres secara sosial secara efisien
Bagaimana Mereka Boleh Tidur Malam Bee Yin

Bagaimana Mereka Boleh Tidur Malam Bee Yin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 339 hits
Bagaimana seseorang yang berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi kini sedang berbincang dengan Perdana Menteri berhubung senarai barisan Kabinet Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Bakri Yeo ...
Penyerang Lain Boleh Contohi Ighalo

Penyerang Lain Boleh Contohi Ighalo

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 175 hits
Ole Gunnar Solskjaer jelas gembira dengan impak yang dibawa oleh Odion Ighalo kepada selepas pemain itu menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester United menewaskan Derby County 3 0 di pusingan kelima Piala FA pada awal pagi tadi Ketiba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids