Masalah New Interface Blogger Tak Mencapai Tahap Mesra Pengguna Lagi
Rasanya semua blogger yang menggunakan platform blogspot dah boleh adapt dengan New Interface Blogger yang diperkenalkan sejak tahun lepas. Bulan July kalau tak silap. Lepas tu automatic semua blogger kena hadap new interface blogger
Tak ada pilihan dan tak boleh nak revert to classic. Mulanya memang tak biasa. Benda baru nak belajar dan adapt, agak ambil masa. Lepas beberapa hari bertukar minggu bertukar bulan, barulah macam okaylah senang hati dengan new interface blogger
Walaupun nampak nice dah lebih bagus katanya. Katanya lah kan. Tapi masih banyak kekurangan dengan new interface blogger ni
1. Susah update menggunakan handphone.Ini perkara paling dibenci oleh blogger. Cara post blog menggunakan handphone tersangatlah mencabarnya. Ada yang susah nak upload gambar. Ada yang boleh upload tapi tengok dari laptop/desktop gambar tu tak ada. Lepas tu susunan ayat dan gambar kacau bilau dalam entry. Sakit mata tengok
Kena juga upload guna laptop/dekstop untuk kemaskan entry. Haihhh.
2. Tak ada pilihan delete dalam komen blogpostIni saya baru perasan sebab nak delete broken link yang ada dalam blog. Terpinga pinga mencari mana pilihan delete komen dalam blogpost/entry. Sekali tak ada daaa..yang ada cuma pilihan reply je
Jenuh godek godek html dan setting. Tukar itu tukar ini, tak juga muncul pilihan delete tu. Sudahnya tanya pada blogger Shida. Lepas dia check, dia pun baru perasan juga pilihan delete komen tu tak ada. Maksudnya memang tak ada pilihan delete pada komen.
gambar contoh sahaja
Tak kan kena delete komen melalui dashboard pulak?. Siyes aaaaa..komen ada puluhan ribu, nak scroll sampai jumpa komen entry lama lama tu entah bila nak jumpa.
Baru scroll sampai bulan December 2020 pun berkurun. Inikan pulak nak scroll ke tahun 2009. Aiyooo
Tambah lagi internet slow siput sedut. Macamana nak delete broken link komen blogger tu dalam blogpost yang dulu dulu.
Ada sesiapa tahu cara mudah? Kalau tak delete, beranak pinak lah broken link dalam blog.
3. Setting BerubahDah setting tick iklan show antara post. Tapi dia jadi sekejap je. Lepas check semula, dah untick. Jenuh lah kalau nak tick untick. Masalah betul
Setakat ni tu je yang tak mencapai tahap mesra pengguna macam yang klasik dulu.
Apa lagi new blogger interface problems
Alang-alang tu nak tanya jugak. Siapa tahu widget komentator yang lebih bagus, ada pilihan bulanan dan tarikh. Sebab widget yang sekarang ni dia sambung kira dari tahun lepas. Walaupun dah reset dan limitkan hari, tetap kira dari tahun lepas.
Macamana eh nak setting dia mula kira tahun 2021? Kalau ada, share dalam kotak komen ye. Terima kasih semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/01/masalah-new-interface-blogger-tak.html