Masalah Mental Berpunca Dari Rumah Pakar


KUALA LUMPUR, 1 Oktober (Bernama) – Peningkatan masalah kesihatan mental terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini dilihat berada pada tahap membimbangkan apabila banyak kes berkaitan penyakit itu dilaporkan kebelakangan ini.
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami pelbagai penyakit kesihatan mental manakala tinjauan NHMS 2017 mendedahkan satu daripada lima remaja berasa tertekan; dua daripada lima berasa bimbang; 11.2 peratus mempunyai idea untuk bunuh diri dan 10.1 peratus cuba bunuh diri.
Menurut statistik dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, setiap tahun sebanyak satu juta orang membunuh diri bersamaan dengan satu kematian bagi setiap 40 saat dan diramalkan menjelang 2020, kadar membunuh diri akan meningkat pada satu kematian bagi setiap 20 saat.
Pakar Psikoterapi dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din berkata kebanyakan masalah kesihatan mental yang semakin serius adalah berpunca dari rumah.
“Sebenarnya masalah kesihatan mental banyak berpunca dari dalam rumah apabila faktor persekitaran anak-anak mempunyai pengalaman pahit dialaminya sewaktu usia kecil (kanak-kanak) di rumah akan memberi kesan jangka panjang yang serius sehingga dewasa.
“Malah, sekiranya dicampur pula dengan sejarah keluarga (faktor genetik) yang mempunyai masalah kesihatan mental, ia akan membuatkan keadaan individu tersebut menjadi semakin sukar untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Dr Meriam turut mengakui kemajuan teknologi dan perkembangan penggunaan media sosial pada masa kini turut menjadi antara penyumbang tertinggi kepada masalah kesihatan mental yang dialami oleh remaja dan kanak-kanak.
“Budaya buli siber antara salah satu faktor masalah ini semakin serius. Bukan hanya orang yang dibuli boleh menghadapi tekanan jiwa, tetapi orang yang suka membuli juga adalah petanda tingkah laku ganas yang ada kaitan dengan kesihatan mental.
“Hal seperti itu telah banyak terjadi kepada pesakit yang mengalami kemurungan dan sebagainya sehingga ada yang membunuh diri akibat tidak tahan dengan komen negatif diterima di laman sosial mereka sendiri,” ujarnya.
Beliau berkata masalah kesihatan mental boleh dirawat sekiranya setiap individu memainkan peranan dengan sentiasa peka terhadap keadaan pesakit (mangsa) dalam usaha mendapatkan rawatan awal.
“Sebenarnya individu-individu yang penting dalam hidup pesakit iaitu orang terdekat dengannya harus peka terhadap perubahan atau tingkah laku mereka termasuklah guru, keluarga dan kawan-kawan.
“Guru ialah individu paling mudah untuk kesan pesakit ini kerana mereka boleh lihat dengan jelas melalui kehadirannya ke sekolah dan juga cara pergaulan dengan rakan-rakan. Jadi, di sinilah peranan orang sekeliling untuk bertindak segera dalam membantu membawa anak-anak itu mendapatkan khidmat kaunseling dan sebagainya,” kata beliau.
Beliau turut menyarankan supaya keluarga sentiasa peka dengan kemurungan anak-anak dan harus rujuk kepada pakar psikiatri jika ada hantaran status di laman sosial anak-anak atau pelajar yang ingin membunuh diri.
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri (Kanak-Kanak dan Remaja) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr Aminah Kassim berkata aktiviti seni merupakan komponen terpenting dalam membantu penyembuhan dan pemulihan masalah kesihatan mental yang dihadapi masyarakat.
“Aktiviti seni seperti belaian, sentuhan, nyanyian dan pelbagai aspek yang melibatkan deria rasa sebenarnya perlu dipraktikkan dari peringkat pra persenyawaan hingga ke usia tua.
“Keadaan kesihatan ibu bapa turut mendorong kepada perkembangan sel bayi sewaktu proses persenyawaan berlaku. Jika keadaan ibu bapa mampu mencapai aspek ketenangan diri, maka sel bayi tadi mampu berkembang dalam suasana yang harmoni sejak di awal usia kandungan lagi,” katanya.
Dr Aminah berkata seni juga amat penting bagi mempromosi aktiviti yang positif bukan hanya kepada kanak-kanak dan remaja yang bermasalah, tetapi ia sebagai langkah pencegahan awal agar emosi dan kesihatan mental mereka tidak terjejas.
“Sekiranya kita penuhkan aktiviti anak-anak dengan mengajak mereka melakukan aktiviti berfaedah seperti melukis, bermain permainan interaktif, berlakon dan sebagainya ia mampu menjauhkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan gejala negatif,” tegasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata aktiviti seni mampu mencetuskan kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
“Contohnya, bayi akan rasa tenang dan damai apabila ibunya berada dalam keadaan positif kerana dia boleh dengar pernafasan ibu sejak dalam rahim. Tetapi, jika ibu dipukul, ditendang dan dalam keadaan ketakutan, bayi itu sendiri akan lahir dalam keadaan yang tidak selesa.
“Apabila selepas kelahiran dan keadaan tersebut terus berlaku, ia akan menyebabkan masalah emosi sekali gus mengakibatkan kemurungan yang mencetuskan masalah kesihatan mental. Anak-anak yang mempunyai masalah tingkah laku kebiasaannya disebabkan jalinan kasih sayang dari peringkat awal kehidupan tidak cukup kuat,” katanya.
Jelas Dr Aminah, elemen kesenian dalam ilmu keibubapaan juga antara yang paling penting bagi mencegah dan merawat masalah kesihatan mental seseorang individu memandangkan ia adalah asas kepada perkembangan anak-anak.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/01/masalah-mental-berpunca-dari-rumah-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui 40 Tip Ringkas Membeli Rumah Dari Pakar Hartanah

Ketahui 40 Tip Ringkas Membeli Rumah Dari Pakar Hartanah

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 247 hits
Tips ini telah diterbitkan dalam majalah Impiana yang ditulis oleh Tuan Azizul Azli seorang Pensyarah Kanan di Fakluti Senibina Perancangan dan Ukur dari Jabatan Senibina Dalaman 40 TIPS RINGKAS BELI RUMAH1 Sebaiknya elakkan membeli unit pa...
Mak Aku Pesan Jangan Bukak Sebab Arwah Atok Tak Bagi Pemuda Temui Uncang Misteri Di Rumah Pusaka

Mak Aku Pesan Jangan Bukak Sebab Arwah Atok Tak Bagi Pemuda Temui Uncang Misteri Di Rumah Pusaka

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 411 hits
Misteri tidak dinafikan genre ini memang ramai penggemarnya Cerita yang sentiasa mewujudkan tanda tanya hingga memacu adrenalin untuk seseorang mencari tahu kebenaran sesuatu perkara Mungkin benar ada sesetangah orang yang terpilih untuk me...
Intip Rumah Mewah Natasha Wilona Harganya Miliaran

Intip Rumah Mewah Natasha Wilona Harganya Miliaran

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 210 hits
Mendengar nama Natasha Wilona pasti sudah tidak asing lagi Mantan kekasih Verrell Bramasta ini merupakan salah satu artis muda berbakat tanah air
Peguam Dakwa Pembantu Rumah Mungkin Buah Catur Politik

Peguam Dakwa Pembantu Rumah Mungkin Buah Catur Politik

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 357 hits
MALAYSIAKINI Sebutan semula kes exco kerajaan negeri Perak Paul Yong Choo Kiong yang didakwa atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia Julai lalu gempar apabila peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa Gabriel Susayan men...
Indonesia Terpilih Jadi Tuan Rumah Sidang Parlemen Eurasia 2020

Indonesia Terpilih Jadi Tuan Rumah Sidang Parlemen Eurasia 2020

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 178 hits
Sidang Meeting of Speakers of Eurasian Countries Parliaments ke 4 kali ini diikuti oleh delegasi dari 65 negara serta 13 organisasi internasional Tahun ini MSEAP diselenggarakan di Nur Sultan Kazakhstan Rencananya sidang ke 5 akan digelar d...
Gambar Sisa Domestik Kenapa Kita Perlu Mengasingkan Sisa Pepejal Di Rumah

Gambar Sisa Domestik Kenapa Kita Perlu Mengasingkan Sisa Pepejal Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 515 hits
Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1 September 2015 Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan SisaPepejal dan Pembersihan Awam 2007 Secara umumnya pengasingan sisapepejal di r...
Ketua Dpr Kami Sudah Penuhi Tuntutan Tolong Mahasiswa Kembali Ke Rumah

Ketua Dpr Kami Sudah Penuhi Tuntutan Tolong Mahasiswa Kembali Ke Rumah

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 175 hits
Saya minta tolong kepada mahasiswa sebaiknya sudah cukup penyampaian aspirasi kepada kami kembali ke rumah masing masing ujar politikus disapa Bamsoet itu di Kompleks Parlemen Senayan Jakarta Pusat Selasa
Hari Hari Pergi Sekolah Bawa Balik Homework Ini Rupanya Wajah Manusia Yang Cipta Kerja Rumah

Hari Hari Pergi Sekolah Bawa Balik Homework Ini Rupanya Wajah Manusia Yang Cipta Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 586 hits
Kerja rumah diberikan oleh guru bagi tujuan latihan terhadap pendidikan kanak kanak Perkara ini terbukti apabila kekerapan membuat kerja rumah dapat meningkatkan ilmu pendidikan dalam diri setiap pelajar Kerja rumah juga dianggap sebagai se...
Rumah Sakit Ambon Segera Dibuka Untuk Masyarakat

Rumah Sakit Ambon Segera Dibuka Untuk Masyarakat

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 273 hits
Senyumperawat com Kementerian Kesehatan telah membangun Rumah Sakit Ambon untuk memberikan pelayanan kesehatan bagi masyarakat Provinsi Maluku dan sekitarnya Rumah Sakit Umum Pusat itu rencananya mulai dioperasikan pada Oktober tahun ini Ke...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator