Masalah Masalah Ini Biasa Berlaku Pada Ibu Menyusu Tapi Jangan Pula Hentikan Penyusuan Susu Ibu


Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda.

Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu:
Kebengkakkan payu dara Puting melecet Tidak cukup susu Kebengkakkan payu dara Sebab-sebab:
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.
Tanda-tanda dan gejala:
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat. Bahagian areola kelihatan pejal. Komplikasi/kesan sampingan:
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
Kesukaran untuk bayi menyusu Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
Jangan berhentikan penyusuan. Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah. Susukan bayi anda dengan kerap. Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya. Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada. Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan. Pencegahan:
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari. Teknik penyusuan yang betul. Puting melecet
Sebab-sebab:
Meletakkan bayi dalam posisi yang salah. Teknik penyusuan yang tidak betul. Penjagaan puting yang tidak betul. Faktor-faktor lain;
Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Rawatan
Jangan hentikan penyusuan Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah. Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet. Tidak perlu gunakan losyen. Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema. Pencegahan
Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul. Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh. Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara. Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit. Tidak cukup susu
Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar .
Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi. Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan. Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal. Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal. Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja. Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi. Ibu mengalami tekanan emosi. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi. Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam. Pastikan bayi melekap dengan betul. Menyusu dari kedua-dua belah payu dara. Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi. Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam. Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan. Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat. Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam. Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan. Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi. Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan. Kredit: MyHealth Portal

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Masalah-Masalah Ini Biasa Berlaku Pada Ibu Menyusu, Tapi Jangan Pula Hentikan Penyusuan Susu Ibu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/masalah-masalah-ini-biasa-berlaku-pada-ibu-menyusu-tapi-jangan-pula-hentikan-penyusuan-susu-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Jelaskan 3 Kesalahan Ini Biasa Ibu Bapa Lakukan Dalam Mendidik Anak

Pakar Jelaskan 3 Kesalahan Ini Biasa Ibu Bapa Lakukan Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 216 hits
Dalam mendidik anak ibu bapa adalah orang penting yang memainkan peranan membentuk diri anak Jika dari awal anak anak berada dalam persekitaran yang positif sampai besar mereka akan menjadi anak yang menyenangkan hati semua orang Jika kita ...
Kanak Kanak Disleksia Golongan Luar Biasa Ibu Ayah Kena Bantu Mereka

Kanak Kanak Disleksia Golongan Luar Biasa Ibu Ayah Kena Bantu Mereka

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 193 hits
Kanak kanak yang menghidapi disleksia iaitu mereka yang mempunyai masalah dengan membaca menulis dan mengeja dan telah disahkan pakar perubatan perlu mendapatkan kelas intensif disleksia dengan segera Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia Ja...
Video Lofaa Turun Padang Support Pak Ustaz Main Futsal Tapi Penampilan Neelofa Di Gelanggang Futsal Pula Jadi Perhatian

Video Lofaa Turun Padang Support Pak Ustaz Main Futsal Tapi Penampilan Neelofa Di Gelanggang Futsal Pula Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 289 hits
Sebenarnya golongan artis juga boleh menjadi orang biasa bila pemakaian mereka seperti orang biasa dan jika mereka tidak dikenali Tetapi artis sering menjadi tumpuan dan disebabkan itulah mereka susah untuk menjadi orang biasa Bukan mudah u...
Sifu Saham Honeymoon Atas Kapal Tapi Ramai Pula Geram Bila Tengok Aksi Isteri Dia

Sifu Saham Honeymoon Atas Kapal Tapi Ramai Pula Geram Bila Tengok Aksi Isteri Dia

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 171 hits
Selepas hampir dua minggu pakar saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari nampaknya kini pasangan merpati dua sejoli itu sedang berbulan ma...
Jokowi Ingatkan Pengusaha Jangan Bangun Pabrik Tapi Lingkungan Sekitar Masih Miskin

Jokowi Ingatkan Pengusaha Jangan Bangun Pabrik Tapi Lingkungan Sekitar Masih Miskin

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 133 hits
Presiden Jokowi ingin agar pengusaha besar dan Usaha Mikro Kecil dan Menengah kompak khususnya dalam menghadapi tantangan ekonomi global Dia mengingatkan agar jangan sampai ada perusahaan besar di satu daerah mendirikan pabrik yang kelihata...
Ajar Anak Minum Air Masak Dari Cawan Seawal Mula Makan Tapi Jangan Lebih 4oz Sehari

Ajar Anak Minum Air Masak Dari Cawan Seawal Mula Makan Tapi Jangan Lebih 4oz Sehari

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 201 hits
Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu air masak sangat penting untuk 1 Latih anak minum menggunakan cawan 2 Bersihkan mu...
Kolustrum Susu Ibu Pertama Tahu Teknik Pasti Dapat Mamanicufighter

Kolustrum Susu Ibu Pertama Tahu Teknik Pasti Dapat Mamanicufighter

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 378 hits
Kolustrum pertama Satu jam lebih usahanya Penat Leka dibuatnya Ramai yang nak tau perkembangan harian juju di NICU Allah ni pun salah satu suntikan semangat untuk juju jadi pejuang ibu NICU mamaNICUfighterTau tak lepas 4 hari prematurebirth...
Tengah Malam Susu Ibu Banyak Lemak Waktu Terbaik Bf Naikkan Berat Bayi

Tengah Malam Susu Ibu Banyak Lemak Waktu Terbaik Bf Naikkan Berat Bayi

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 394 hits
Biarlah mengantuk sekalipun bangunlah untuk menyusukan bayi anda pada waktu malam Banyak kelebihan menyusukan anak ketika orang lain sedang nyenyak tidur ni Salah satunya adalah kandungan hormon prolaktin yang tinggi itulah yang menjadi pen...
I Teringat Pudina Boleh Halang Penghasilan Susu Ibu Dr Halina Kongsi Pengalaman Cerai Susu Badan

I Teringat Pudina Boleh Halang Penghasilan Susu Ibu Dr Halina Kongsi Pengalaman Cerai Susu Badan

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 221 hits
Isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina berkongsi pengalaman wean off susu badan untuk anak keenamnya si kembar Emelia dan Eusoff Menurutnya perjalanan cerai susu bukanya mudah kerana melibatkan emosi si ibu dan juga anak namun di...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu