Masalah Gangguan Thyroid Pemakanan


Masalah Gangguan Thyroid & Pemakanan – Thyroid adalah kelenjar yang kecil berbentuk seperti kupu-kupu di bahagian hadapan leher kita dekat dengan halkum. Ia berfungsi sebagai thermostat yang meregulasi suhu badan, selera makan dan penggunaan tenaga serta metabolisma tubuh manusia. Kekurangan (hypothyroid) dan berlebihan (hyperthyroid) iaitu peningkatan paras hormon thyroid adalah satu gangguan dan akan menyebabkan masalah kepada kesihatan manusia.
Secara umumnya 20% masyarakat kita sekarang mengalami masalah gangguan fungsi thyroid. Jumlah masyarakat yang mempunyai masalah rendah hormon thyroid (hypothyroid) adalah lebih banyak berlaku berbanding dengan masalah terlebih hormon thyroid (hyperthyroid). Kebanyakan orang yang mengalami masalah thyroid sebenarnya tidak menyedari mereka masalah thyroid yang rendah (suboptimal thyroid) dan mungkin menghadapi masalah berat badan dan rasa lesu yang kronik. Kajian menunjukkan wanita lebih ramai mendapat masalah thyroid berbanding lelaki dan statistik menunjukkan seorang daripada setiap 8 wanita mempunyai masalah rendah thyroid.
APA ITU HORMON THYROID?
Hormon thyroid adalah hormon yang di hasilkan di kelenjar thyroid yang berfungsi untuk mengawal metabolisma tubuh manusia.Ia penting dalam mengawal produksi pelbagai hormon yang penting untuk pelbagai sistem dalam tubuh seperti pencernaan, reproduksi dan tumbesaran.
Oleh kerana itu apabila kelenjar thyroid tidak menghasilkan cukup hormon thyroid atau berlebihan hormon thyroid maka ia akan menyebabkan gangguan pelbagai sistem tubuh manusia dan menyebabkan masalah regulasi berat badan, gangguan mood, suhu badan, tekstur kulit, paras tenaga tubuh dan sebagainya.
Dua jenis hormon yang di hasilkan oleh kelenjar thyroid iaitu hormon thyroid T3 (Tri-Iodo Thyroxine) dan T4 (Tetra-Iodo Thyroxine). Kedua-dua hormon ini akan mengalir melalui saluran darah ke seluruh tubuh dan membantu dalam fungsi metabolisma sel-sel tubuh manusia. Fungsi utama hormon thyroid ini dalam meregulasi fungsi kognitif otak, mood, penghadaman, nafsu seksual dan pelbagai lagi .
Terdapat beberapa jenis nutrisi yang amat penting untuk fungsi thyroid yang normal seperti iodin dan selenium yang merupakan 2 jenis mineral terpenting dalam memastikan fungsi thyroid yang normal. Iodin dan asid amino akan di tukarkan menjadi hormon thyroid T3 dan T4. Kajian menunjukkan terlalu kurang atau terlebih iodin akan memberikan impak kepada penghasilan hormon thyroid yang normal dan boleh menyebabkan gangguan fungsi thyroid yang normal. Kita perlu mendapat jumlah iodin yang optimum untuk kesihatan thyroid yang baik .
Apabila seseorang mengalami masalah kekurangan vitamin B kompleks, zink dan mineral yang lain juga akan mengalami masalah gangguan hormon thyroid. Masalah gangguan penyerapan nutrisi dan zat-zat penting untuk fungsi thyroid akan menyebabkan masalah gangguan fungsi thyroid . Masalah ‘Sindrom Ketirisan Usus’ (Leaky Gut Syndrome) adalah diantara faktor yang menyebabkan masalah gangguan thyroid ini kerana ia menyebabkan gangguan kepada penyerapan nutrien penting ,keradangan dan gangguan sistem metabolik tubuh kita.
MASALAH GANGGUAN THYROID YANG PALING BIASA
Masalah thyroid ini akan mempunyai kesan negatif ke atas seluruh sistem tubuh manusia dan boleh menyebabkan masalah berat badan & Kerisauan melampau ( anxiety) iaitu ia mengganggu keseimbangan kesihatan fizikal, mental dan emosional seseorang.
Dua masalah utama gangguan fungsi thyroid adalah kekurangan hormon thyroid (hypothyroid) dan berlebihan hormon thyroid (hyperthyroid). Kajian menunjukkan wanita dalam umur reproduktif dan umur pertengahan adalah lebih ramai mempunyai masalah rendah thyroid (hypothyroid). Masalah kekurangan hormon thyroid (hypothyroid) adalah lebih banyak berlaku berbanding masalah terlebih hormon thyroid(hyperthyroid).
TANDA-TANDA MASALAH THYROID
Dalam kes ‘HYPOTHYROIDISM’, secara asasnya sistem metabolisma tubuh menjadi perlahan dan seseorang akan merasa tidak bertenaga dan lesu sepanjang masa. Di samping itu mereka akan mempunyai masalah berat badan yang susah untuk turun, otak rasa susah berfikir dan mudah keliru (brain fog), tidak tahan suhu sejuk, tangan dan kaki merasa sejuk dan pergerakan menjadi perlahan.
Dalam kes ‘HYPERTHYROIDISM’ pula, kesan yang bertentangan berlaku iaitu metabolisma tubuh menjadi tinggi dan menyebabkan seseorang itu menjadi kurus, jantung berdebar-debar, badan merasa panas, suka suhu sejuk, tangan menggigil, hilang selera makan, rasa lesu, cepat letih dan susah tidur.
Kita boleh melihat disini fungsi thyroid adalah mengawal selera makan, suhu tubuh dan penggunaan tenaga dalam tubuh. Gangguan hormon thyroid akan menyebabkan metabolisma samada akan melonjak tinggi atau menjadi sangat perlahan. Keadaan yang kita kena pastikan adalah keseimbangan hormon thyroid iaitu ‘Eu-thyroid’ yang akan memastikan kesihatan yang baik.
TANDA-TANDA HYPOTHYROIDISM
Rasa lesu dan letih yang berpanjangan. Tiada mood dan rasa kemurungan (Depressi). Masalah Kerisauan Melampau (Anxiety). Tiada tenaga untuk bergerak dan bersenam. Tidak tahan suhu sejuk (tidak suka aircond) dan selalu rasa sejuk kaki tangan. Kulit kering & kasar dan rambut rapuh (kering). Kulit rasa sejuk bila di sentuh dan jari-jari kebiruan seperti dalam cuaca sejuk. Masalah gangguan fokus pemikiran, keliru dan pelupa. Suara berubah menjadi lebih garau. Berat badan naik dan masalah kegemukan walaupun makan sedikit. Sembelit, kembung perut dan angin, perut memulas dan gangguan penghadaman. Otot menjadi lemah dengan bisa-bisa otot dan sendi serta rasa sakit yang tidak khusus pada bahagian-bahagian tertentu tubuh. TANDA-TANDA HYPERTHYROIDISM:
Rasa gelisah dan kerisauan melampau. Susah untuk tidur (Insomnia) atau mudah terjaga. Jantung Berdebar-debar. Berat Badan turun mendadak. Berpeluh berlebihan walaupun dengan aktiviti ringan. Otot rasa lemah dan kurang bertenaga. Cirit-birit dan perut sentiasa memulas. Rambut jadi nipis dan rapuh serta mudah gugur. Mata mungkin seperti terbeliak. Tangan menggigil apabila di kembangkan. APA PUNCA MASALAH GANGGUAN THYROID?
HYPOTHYROIDISM
Hypothyroidism adalah kerana kelenjar thyroid tidak menghasilkan cukup hormon thyroid T3 & T4. Berdasarkan laporan oleh American Thyroid Association di USA, punca utama masalah thyroid sekarang adalah masalah yang dipanggil HASHIMOTO’S THYROIDITIS iaitu sistem antibodi tubuh menyerang sel-sel kelenjar thyroid dan ianya menyebabkan fungsi thyroid terganggu. Ia adalah penyakit dalam kategori penyakit ‘auto-immune’. Punca penyakit Hashimoto’s ini adalah kerana:
Stres melampau. Gangguan nutrisi – kekurangan iodin dalam makanan. Sindrom Ketirisan Usus (Leaky Gut Syndrome) akibat pengambilan gula & gluten yang berlebihan dan berterusan. Sistem imuniti yang rendah (immunosupression). Toksin. HYPERTHYROIDISM
Hyperthyroidism pula berpunca apabila kelenjar thyroid menghasilkan hormone thyroid secara berlebihan. Berdasarkan American Thyroid Association, punca utama berlakunya masalah hyperthyroid adalah kerana penyakit GRAVES’s . Masalah hyperthyroid juga boleh berlaku jika terdapat ketumbuhan kecil yang menghasilkan hormon thyroid secara berlebihan dan juga akibat pengambilan ubat thyroid T4 (thyroxine) melebihi dos untuk tempoh yang lama.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENDAPAT GANGGUAN HORMON THYROID
Terdapat banyak faktor yang menyumbangkan kepada masalah gangguan thyroid ini. Kajian telah menunjukkan di antara penyumbang utama yang menyebabkan masalah gangguan hormon thyroid adalah:
1. Kekurangan Nutrien.
Kekurangan nutrien yang penting untuk penghasilan hormon thyroid seperti iodin, selenium dan zink.
2. Pemakanan yang buruk.
Pengambilan makanan proses (tepung gandum) dan bergula tinggi untuk tempoh yang panjang dan berterusan. Pengambilan alkohol dan kafein secara berlebihan juga menyumbang kepada masalah thyroid. Ini akan merosakkan kesihatan usus dan menyebabkan masalah sindrom ketirisan usus dan akan menyebabkan gangguan penyerapan nutrisi yang penting.
3. Makanan Goitrogen.
Terdapat makanan tertentu yang boleh mengganggu penghasilan hormon thyroid yang normal dan menyebabkan kelenjar thyroid menjadi bengkak atau ‘goiter’. Terdapat 3 jenis goitrogen iaitu goitrin, thiocyanate dan flavonoid. Goitrgen ini bertindak dengan cara menghalang penyerapan iodin oleh kelenjar thyroid, mengganggu enzim thyroxine peroxidase penting dalam penghasilan hormon thyroid dan mengurangkan paras hormon TSH yang di hasilkan oleh kelenjar pituitari.
Makanan yang mengandungi bahan goitrogen ini adalah makanan krusiferus seperti kobis, bunga kobis, brokoli, kale, kubis cina, lobak putih, kailan, turnip dsbgnya.
Makanan ini jika di masak sepenuhnya maka ia akan mengurangkan paras goitrogen di dalamnya. Pesakit yang mengalami masalah kekurangan thyroid (hypothyroid) perlu mengelakkan pengambilan yang mengandungi goitrogen ini secara berlebihan.
4. Stres Emosional, Kerisauan melampau dan depressi.
Stres mental dan emosional akan mengganggu fungsi adrenal dan membebankan sistem imuniti tubuh, buah pinggang, hati dan kelenjar thyroid berdasarkan kajian .
5. Tidur yang tidak cukup.
Gangguan tidur akan memburukkan lagi kesan stres kepada tubuh dan akan mengganggu fungsi thyroid yang normal.
6. Kesihatan Usus yang Buruk.
Kesihtan usus berkaitan dengan masalah sindrom ketirisan usus dan akan mencetuskan keradangan dalam tubuh. Ini merosakkan penyerapan nutrisi penting tubuh kita dan menyebabkan aksi auto-immun, mengganggu pengoksigenan organ dan usus serta menyebabkan gangguan pengaliran darah kepada usus. Ia menganggu penghasilan enzim-enzim pencernaan dan mengganggu proses penghadaman yang sempurna dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan nutrien yang kronik.
Kesannya juga mengganggu proses penghadaman makanan seperti bijirin, serat, lemak dan protin.
7. Pengambilan ubat Immunosuppresif.
Reaksi kepada sesetengah ubat immunosupressif yang di berikan kepada pesakit dengan masalah auto-immun atau pesakit kanser boleh mengganggu fungsi hormon thyroid.
8. Perubahan Hormon.
Perubahan hormon estrogen dan kortisol boleh menyebabkan gangguan hormon thyroid. Wanita yang mengandung juga boleh mengalami gangguan hormon thyroid akibat perubahan hormon.
9. Genetik/Keturunan.
Kajian menunjukkan masalah gangguan hormon thyroid berkaitan dengan faktor genetik atau keturunan. Bagi bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah hormon thyroid sebenarnya berkait rapat dengan faktor genetik yang berkaitan dengan masalah kelenjar pituitari, kerosakan kepada kelenjar thyroid .
10. Gaya Hidup Sedentari.
Gaya hidup yang tidak aktif (sedentary) dan malas bersenam adalah faktor yang boleh mengganggu hormon thyroid menyebabkan fungsi hormon thyroid menurun .
11. Toksin / Pencemaran.
Kajian menunjukkan pendedahan kepada toksin dan bahan pencemaran seperti PCB, BPA, racun organoklorin, PBDE, Isoflavone dan Triclosan boleh mengganggu fungsi hormon thyroid .
12. Logam Berat.
Masalah thyroid rendah atau ‘hypothyroidism’ bukan selalunya di sebabkan masalah tidak cukup iodin dalam pemakanan (pengambilan makanan tinggi iodin boleh menyebabkan masalah semakin teruk). Ia juga boleh berpunca daripada toksik akibat logam berat seperti merkuri. Terdapat pendapat saintis yang menyatakan sumber toksik mercuri dalam tubuh adalah daripada produk kosmetik untuk pencerahan kulit dan juga daripada tampalan gigi dengan ‘amalgam’ yang mengandungi merkuri. Jika anda mempunyai tampalan gigi dari amalgam, elok la di tukar dengan tampalan gigi daripada ceramik yang lebih selamat dan kurang kontroversinya.
RAWATAN UNTUK MASALAH THYROID
Oleh kerana masalah gangguan thyroid ini samada melibatkan hypothyroid atau hyperthyroid yang bersifat bertentangan antara satu sama lain maka rawatannya juga adalah berbeza.
Rawatan adalah bergantung kepada masalah yang di hadapi iaitu samada untuk meningkatkan paras hormon thyrpid bagi pesakit hypothyroid dan menurunkan paras hormon thyroid bagi pesakit yang mempunyai masalah hyperthyroid.
RAWATAN SECARA KONVENSIONAL
1. HYPOTHYROID
Dalam masalah ini badan memerlukan lebih banyak hormon thyroid. Oleh kerana itu rawatan yang diberikan adalah dengan memberikan pesakit rawatan gantian hormon sintetik thyroid menggunakan ubat thyroid iaitu Thyroxine (T4). Kebanyakan pesakit akan memberikan respon yang baik dengan rawatan ini .
Rawatan menggunakan hormon asli iaitu hormon yang di panggil bioidentical hormon menggunakan kombinasi hormon T3 & T4 yang mana tubuh akan menukarkan T3 kepada T4 apabila ada keperluan yang lebih oleh tubuh. Rawatan ini di berikan oleh doktor-doktor tertentu yang belajar secara khusus bidang Integrative Medicine.
2. HYPERTHYROID
Dalam masalah hyperthyroidism ini rawatannya adalah untuk menurunkan paras hormon thyroid yang berlebihan menggunakan ubat-ubat tertentu seperti carbimazole, methimazole atau propylthiouracil. Ia akan menstabilkan hormon thyroid yang berlebihan selepas beberapa minggu dan perlu di selaraskan dos nya mengikut keadaan.
Rawatan yang agak biasa di berikan adalah dengan memberikan ubat ‘Radioactive iodine’ yang akan memusnahkan kelenjar thyroid dan menurunkan paras thyroid dengan cepat dan kekal. Tetapi dengan rawatan ini pesakit perlu mengambil rawatan gantian thyroid sehingga akhir hayat.
Rawatan dengan pembedahan juga boleh di lakukan dengan membuang sebahagian atau sepenuhnya kelenjar thyroid. Semua rawatan konvensional ini di berikan oleh pihak hospital atau klinik dan masih mempunyai kesan sampingan tertentu yang perlu di awasi dan di pantau secara berkala.
RAWATAN DENGAN NUTRISI & GAYA HIDUP
Terdapat beberapa nutrisi yang penting yang perlu diambil oleh seseorang dengan masalah gangguan thyroid ini, iaitu:
1. Iodine, Selenium & Zinc
Pesakit yang mempunyai masalah hypothyroid selalunya mengalami masalah kekurangan iodin. Iodin adalah mineral yang sangat penting untuk penghasilan hormon thyroid.
Oleh itu mereka perlu mengambil makanan yang tinggi iodin seperti rumpai laut, minyak kelapa (santan), makanan laut, susu segar , garam laut, brokoli, sayur hijau, buah teen, almond, sayur daun hijau, kekacang, lentil, kacang merah, quinoa dan banyak lagi.
Pengambilan suplemen iodin dalam dos yang rendah boleh juga di amalkan untuk masalah hypothyroid. Tetapi pengambilan suplemen iodin berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk iaitu semua simptom gangguan thyroid akan menjadi bertambah teruk. Oleh kerana itu pengambilan suplemen iodin tanpa pengawasan dan pemantauan adalah tidak digalakkan.
Pengambilan mineral selenium menyeimbangkan paras hormon T4 oleh itu seseorang perlu makan makanan yang kaya dengan selenium seperti kacang Brazil, bayam, ikan tuna, ikan halibut, ikan sardin, daging lembu, hati lembu dan daging ayam.
Pengambilan mineral zink dan vitamin B kompleks terutama vitamin B12 adalah sangat penting untuk kesihatan kelenjar thyroid terutama yang tidak makan makanan daripada haiwan. Makanan yang kaya dengan sumber ini adalah makanan sumber haiwan seperti daging, telur, ayam dsbgnya dan juga makanan tumbuhan yang bersifat anti keradangan seperti kacang pis, asparagus, kacang kuda, koko, taugeh, bijan, flaxseed, pistachio dan cendawan.
2. Mengawal Stres & Rehat yang cukup
Apabila kita mengalami stres fizikal dan emosional yang tinggi maka tubuh kita akan merembeskan hormon adrenalin dan kortisol dengan lebih banyak. Ia akan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi, saluran darah menajdi sempit dan perembesan agen pro-keradangan dan antibodi yang akan menekan sistem imuniti dan merosakkan kelenjar thyroid. Ini adalah punca kenapa seseorang yang mempunyai masalah thyroid akan mempunyai masalah gangguan syahwat, tidak subur, gangguan mood dsbgnya.
Oleh itu untuk mengelakkan kelenjar endokrin menjadi terlebih aktif berkerja (overload) maka mengawal stres adalah kuncinya. Mengawal stres adalah sangat penting untuk kesihatan thyroid yang baik iaitu dengan mendapat rehat yang cukup, tidur yang cukup, meditasi, bersenam dsbgnya.
3. Mengurangkan Toksin
Pencemaran bahan toksin kimia daripada persekitaran, merokok, ubat-ubatan, pil perancang, produk penjagaan kulit, peroduk pencuci akan menyebabkan masalah ketirisan usus dan reaksi keradangan.
Minimakan menggunakan bahan kimia, jangan mengambil ubat-ubatan yang tidak perlu, elakkan makanan proses dan berhenti merokok.
4. Suplemen
Disamping pengambilan makanan yang sihat setiap hari , seseorang dengan masalah gangguan thyroid juga boleh mengambil suplemenyang tertentu untuk membantu memulihkan kesihatan kelenjar thyroid dan mengelakkan komplikasi thyroid.
Vitamin B Kompleks Vitamin C Vitamin E Vitamin D Dos rendah Iodin (jika perlu) Mineral selenium dan zink Probiotik Ia bertujuan untuk memulihkan kesihatan usus dan meningkatkan imuniti tubuh. Ia akan memulihkan masalah gangguan mood dan menyokong fungsi adrenal dan thyroid.
Probiotik adalah bakteria baik dalam usus dan akan berkomunikasi dengan organ otak kita tentang kesihatan umum tubuh kita. Probiotik banyak terdapat dalam makanan yang di peram seperti yogurt, susu kultur, budu, belacan, cencalok, tempoyak, tempe, kimchi dan juga di jual di pasaran sebagai suplemen.
Herba Adaptogen
Beberapa jenis herba yang bersifat adaptogen yang membantu tubuh kita melawan kesan negatif akibat stres yang melampau dan menyokong fungsi adrenal serta menyeimbangkan hormon dalam tubuh.
Contoh herba adaptogen adalah seperti ashwaganda, tulsi, ginseng, akar likoris, akar astralagus, cendawan cordiceps dan rhodiola.
KESIMPULAN
Jika anda mempunyai tanda-tanda yang di nayatkan dalam artikel ini maka anda perlu berjumpa doctor untuk konsultasi, pemeriksaan dan ujian darah untuk memastikan tahap status kesihatan thyroid anda. Jangan mengambil apa-apa suplemen tanpa nasihat doctor dan tanpa merujuk doctor yang faham dahulu.
Simptom-simptomnya adalah terlalu umum dan tidak spesifik dan mungkin anda sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Nasihat didalam artikel ini hanyalah bersifat umum dan tidak boleh menggantikan nasihat khusus oleh doktor anda. Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MSc(UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
Rujukan :
1. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/thyroid-disease
2. https://www.thyroid.org/media-main/press-room/
3. Kostoglou-Athanassiou I, Ntalles K. Hypothyroidism – new aspects of an old disease. Hippokratia. 2010;14(2):82–87.
4. Reinhardt, W., Luster, M., Rudorff, KH., Heckmann, C., Petrasch, S., Lederbogen, S., Haase, R., Saller, B., Reiners, C., Reinwein, D., & Mann, K. (1998). Effect of small doses of iodine on thyroid function in patients with Hashimoto’s thyroiditis residing in an area of mild iodine deficiency, European Journal of Endocrinology Eur J Endocrinol, 139(1), 23-28.
5. Costantini A, Pala MI. Thiamine and Hashimoto’s thyroiditis: a report of three cases. J Altern Complement Med. 2014 Mar;20(3):208-11. doi: 10.1089/acm.2012.0612. Epub 2013 Sep 25.
6. Gessl A., Lemmens-Gruber R., Kautzky-Willer A. (2013) Thyroid Disorders. In: Regitz-Zagrosek V. (eds) Sex and Gender Differences in Pharmacology. Handbook of Experimental Pharmacology, vol 214. Springer, Berlin, Heidelberg
7. Underactive thyroid: Overview, Created: October 8, 2014; Last Update: August 10, 2017; Next update: 2020. InformedHealth.org
8. https://draxe.com/health/hashimotos-disease/
9. Nussey S, Whitehead S. Oxford: BIOS Scientific Publishers; 2001. Endocrinology: An Integrated Approach : Chapter 3- The thyroid gland
10. https://draxe.com/health/graves-disease/
11. https://draxe.com/nutrition/processed-foods/
12. McCarrison, R. “A Paper on FOOD AND GOITRE.” British medical journal vol. 2,3797 (1933): 671-5. doi:10.1136/bmj.2.3797.671
13. https://www.endocrineweb.com/conditions/thyroid/how-stress-affects-your-thyroid
14. Bunevičius, Robertasa; Prange, Arthur J Jrb Thyroid disease and mental disorders: cause and effect or only comorbidity?, Current Opinion in Psychiatry: July 2010 – Volume 23 – Issue 4 – p 363-368 doi: 10.1097/YCO.0b013e3283387b50
15. https://www.webmd.com/women/guide/understanding-thyroid-problems-basics
16. https://draxe.com/health/sedentary-lifestyle/
17. Brent, Gregory A. “Environmental exposures and autoimmune thyroid disease.” Thyroid : official journal of the American Thyroid Association vol. 20,7 (2010): 755-61. doi:10.1089/thy.2010.1636
18. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hypothyroidism/symptoms-causes/syc-20350284
19. https://draxe.com/nutrition/selenium-foods/
20. https://draxe.com/health/stress-relievers/
21. https://draxe.com/nutrition/probiotics-benefits-foods-supplements/
22. https://draxe.com/nutrition/adaptogenic-herbs-adaptogens/
The post Masalah Gangguan Thyroid & Pemakanan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/masalah-gangguan-thyroid-pemakanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Syaitan Dirantai Ketika Ramadhan Kenapa Gangguan Makhluk Halus Masih Ada

Jika Syaitan Dirantai Ketika Ramadhan Kenapa Gangguan Makhluk Halus Masih Ada

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 655 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraJIKA SYAITAN DIRANTAI KETIKA RAMADHAN KENAPA GANGGUAN MAKHLUK HALUS MASIH ADA Mungkin ada yang tidak memikirkan perkara sebegini tapi sebenarnya agak merungsingkan juga bila mana melihat ada kisah kisah di...
Netizen Mempunyai Masalah Untuk Memahami Gambar Anjing Ini

Netizen Mempunyai Masalah Untuk Memahami Gambar Anjing Ini

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 473 hits
Gambar seekor anjing tular di Reddit membuat netizen keliru dan panik melihat rupa haiwan itu Gambar anjing tersebut diambil dari sudut yang membuatkan kepalanya tersembunyi dari pandangan menyebabkan ramai yang percaya haiwan tersebut tida...
Pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Pemfokusan Kamera

Pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Pemfokusan Kamera

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 186 hits
Dengan harga jualan hampir mencecah RM5000 di Malaysia Samsung Galaxy S20 Ultra ialah antara telefon pintar paling premium di Malaysia Secara lazimnya apabila harga jualan tinggi pengguna mengharapkan peranti akan dapat digunakan tanpa seba...
Bermodalkan Hanya Rm12 Je Lelaki Tunjuk Cara Baiki Masalah Peti Sejuk Yang Tak Sejuk

Bermodalkan Hanya Rm12 Je Lelaki Tunjuk Cara Baiki Masalah Peti Sejuk Yang Tak Sejuk

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 314 hits
Peti ais merupakan kelengkapan terpenting bagi setiap rumah lagi lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tanpa peti ais pastinya kerja kerja menyimpan stok barangan mentah sepanjang PKP akan menjadi sukar dan hampir mustahil untuk dilakukan...
Tiada Masalah Tangguh Cuti Umum Aidilfitri Mufti Pulau Pinang

Tiada Masalah Tangguh Cuti Umum Aidilfitri Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 314 hits
Tiada masalah sekiranya kerajaan menangguhkan cuti sempena sambutan Aidilfitri bagi melindungi orang awam dari wabak Covid 19 seperti yang dilaksanakan Indonesia kata Dr Wan Salim Mohd Noor Wan Salim menjelaskan umat Islam sudah dianggap me...
Pemuda Di Gresik Hina Nabi Muhammad Diduga Alami Gangguan Jiwa

Pemuda Di Gresik Hina Nabi Muhammad Diduga Alami Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 259 hits
MS pemilik akun facebook Vladimir Ronin harus berurusan dengan Polres Gresik setelah postingannya di grup facebook menuai kecaman Pria asal Desa Sidorukun Kecamatan Gresik ini memposting gambar dengan simbol penghinaan kepada Nabi Muhammad ...
1 2 Juta Pengguna Di Selangor Kuala Lumpur Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air

1 2 Juta Pengguna Di Selangor Kuala Lumpur Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 311 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kira kira 1 2 juta pengguna di tujuh wilayah di Lembah Klang dan Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan penurunan paras air di kolam kolam utama kawasan tersebut Penurunan paras...
Pemakanan Yang Tidak Baik Untuk Kanak Kanak

Pemakanan Yang Tidak Baik Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 208 hits
Ibu bapa pada masa kini banyak memberi anak makanan yang ringan seperti biskut gula gula dan makanan segera sehingga menyebabkan mereka ketagih Namun ibu bapa tidak mengetahui bahawa makanan tersebut boleh membuatkan perkembangan otak anak ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah