Jika Syaitan Dirantai Ketika Ramadhan Kenapa Gangguan Makhluk Halus Masih Ada


Assalamualaikum dan salam sejahtera



JIKA SYAITAN DIRANTAI KETIKA RAMADHAN, KENAPA GANGGUAN MAKHLUK HALUS MASIH ADA?


Mungkin ada yang tidak memikirkan perkara sebegini, tapi sebenarnya agak merungsingkan juga bila mana melihat ada kisah-kisah diganggu makhluk halus dan sebagainya ketika bulan ramadhan. Ada juga yang disihir, terkena buatan orang dan sebagainya, bukankah semuanya berpunca dari pada syaitan

Jadi, untuk menjawab persoalan yang tidaklah berat ini tetapi agak mengelirukan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjawab persoalan ini dengan padat dan begitu jelas

-------


Soalan: Jika benar syaitan dirantai, mengapakah masih ada kejadian gangguan makhluk halus dalam bulan Ramadhan?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat

Pertanyaan ini mungkin berpunca daripada dua buah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 1899)
Dalam riwayat Muslim, no. 1079, disebutkan (وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: “...Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim... (sebagaimana di atas).” (Lihat Fath al-Bari, 4/114)
Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:
بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ
Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188)
Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu syaitan-syaitan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” (Lihat Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari, 3/327)
Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,
“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)
Baca Juga : [ Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda ]
KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kami cenderung bahawa maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:
👉Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada

👉Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain

Gangguan boleh dielakkan dengan memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan seperti amalan puasa itu sendiri, membaca al-Qur’an, berzikir dan sebagainya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Hulaimi yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai memberi ujian/godaan kepada umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir. (Lihat Fath al-Bari, 4/114)
Dalam masa yang sama, kami juga mencadangkan kepada mereka yang berhadapan dengan individu yang mengalami gangguan sebegini untuk merujuk juga kepada pakar perubatan kerana kemungkinan ia berkait rapat dengan masalah psikiatri dan bukannya gangguan makhluk halus semata-mata

Sekian
Artikel Berkaitan : [ Cara Lindungi Diri Anda Daripada  Terkena Sihir ]
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/04/jika-syaitan-dirantai-ketika-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resepi Paling Dicari Ketika Bulan Ramadhan Di Aynorablogs

10 Resepi Paling Dicari Ketika Bulan Ramadhan Di Aynorablogs

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 507 hits
10 Resepi Paling Dicari Ketika Bulan Ramadhan Di Aynorablogs Nak review sikit tentang resepi yang paling dicari dari blog ini ketika dalam bulan Ramadhan Bagi saya koleksi resepi yang saya kongsi dalam blog semuanya agak mudah dan murah Sem...
Kereta Elektrik Kelak Boleh Mengecas Sesama Sendiri Ketika Masih Di Jalan Raya

Kereta Elektrik Kelak Boleh Mengecas Sesama Sendiri Ketika Masih Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 413 hits
Tidak seperti kereta bahan api fosil proses mengecas kenderaan elektrik adalah jauh lebih memakan masa Tanpa sistem pengecasan pantas kenderaan elektrik memerlukan sehingga 9 jam untuk dicas sepenuhnya Bagi mereka yang melakukan perjalanan ...
Covid 19 Masih Berleluasa Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

Covid 19 Masih Berleluasa Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 471 hits
Siapa tak kenal pelakon kacak Song Seung hun Meskipun lelaki ini boleh dikatakan sempurna daripada pelbagai aspek tetapi dia nampaknya masih lagi belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai untuk melangkah ke fasa hisup yang lebih serius Sel...
Kekal Sihat Ketika Di Bulan Ramadhan Dengan Pemakanan Yang Seimbang

Kekal Sihat Ketika Di Bulan Ramadhan Dengan Pemakanan Yang Seimbang

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 575 hits
Ketika bulan Ramadhan sajalah kita sebagai umat Islam dapat melakukan amal ibadat solat terawih dan berpeluang berkumpul berbuka puasa bersama keluarga tersayang Dan masa ini jugalah kita perlu menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang agar...
Masih Lagi Berseronok Ketika Musibah Ambil Kesempatan Ketika Suasana Sunyi Pkp Pasangan Disyaki Berkhalwat Ditahan

Masih Lagi Berseronok Ketika Musibah Ambil Kesempatan Ketika Suasana Sunyi Pkp Pasangan Disyaki Berkhalwat Ditahan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 303 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang menjalankan operasi mendedahkan ada yang masih mengambil kesempatan untuk bermadu kasih dipercayai ambil kesempatan keadaan sekeliling agak sepi dek arahan PKP Berdasarkan kenyataan laporan di Fac...
Ramadhan Me Challenge

Ramadhan Me Challenge

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 835 hits
RAMADHAN AND ME CHALLENGE Adik adik dah bersedia nak puasa Adik adik ada bermacam idea kreatif untuk hidupkan bulan Ramadhan Jom kongsikan idea menarik adik adik
Keseronokkan Menyambut Ramadhan Di Kaherah Mesir

Keseronokkan Menyambut Ramadhan Di Kaherah Mesir

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 487 hits
Ramadan di Mesir disambut dengan hiasan besar doa dan aktiviti kebudayaan yang memberi pengalaman baharu Rumah restoran pasar dan jalanan didominasi Fanoos yang berwarna warni untuk meraikan Ramadan Bandar purba ini sentiasa penuh dengan te...
Destinasi Mesra Muslim Pada Bulan Ramadhan Di Marrakesh Maghribi

Destinasi Mesra Muslim Pada Bulan Ramadhan Di Marrakesh Maghribi

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 438 hits
Destinasi mesra muslim paling unik di benua Afrika yang kaya dengan warisan tradisi dan gabungan budaya Arab Afrika yang mengagumkan Sertai masyarakat tempatan bersolat di masjid terbesar di Afrika Masjid Hassan II sambil menyaksikan Laut A...
Kunjungi Turki Pada Bulan Ramadhan Ini

Kunjungi Turki Pada Bulan Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 493 hits
Terletak di sempadan Asia dan Eropah Turki adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang paling unik di dunia kerana ia merentasi dua benua Kebudayaan tradisi dan sejarahnya yang luas membawa kepada pengalaman Ramadan yang luar bi...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam