Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo Air Tak Sejuk


Assalamualaikum. Entri kali ni, Diah nak kongsikan pengalaman survival kami selama hampir tiga bulan tanpa Penapis Air (Water Dispenser) Cuckoo.


Amatlah mencabar sebab memang bergantung harap sepenuhnya pada penapis air kalau nak bancuh air panas dan bekalan air sejuk anak-anak ke sekolah.

Setelah berkhidmat hampir tujuh tahun lamanya, water dispenser cuckoo tumbang ya. Ikut kata technician tu compressor dia rosak.

Punca Compressor Water Dispenser Cuckoo tu rosak sebab ikut tempoh memang dah sampai masa dia rosak.

Ajal dah sampai. Normal lah kan semua benda ada tarikh luput.

 

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk

Jangan tanya detail sebab saya ini kosong ilmu bab teknikal mesin ahaks. Jadi bila dia kata compressor terbayang compressor aircond.

Lebih kurang la kot fungsi dia kan, bila compressor tu rosak dia tak dapat sejukkan air. Air yang sepatutnya sejuk dia jadi suam ko.

Anak-anak suka bawa air sejuk letak dalam thumbler tahan sejuk beli dekat TikTok. Gigih sepanjang tiga bulan buat air batu setiap hari.






Water Dispenser Cuckoo, Air Tak Sejuk

Water dispenser dekat rumah ni model lama, Fusion - Table Top yang ada air panas dan air sejuk je. Mampu ambil model yang tu je ikut tahap ketebalan poket.

Kami beli pada 31 Ogos 2016. Beli secara tunai sebab lepas buat kiraan, beza hutang dengan beli tunai ada beza dalam seribu lebih juga lah.

Sepanjang tujuh tahun, customer service semua okay. Ada sekali masalah air panas tak keluar. Itu je sekali.

Staff yang datang untuk servis beberapa kali setahun tu pun okay. Lepas habis kontrak, Diah sambung lagi renew yang bayar secara tahunan.

Ikut model Water Dispenser kami kena bayar RM400 setahun. All in semua la tukar penapis semua yang patut.






Cara Buat Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak

Dijadikan cerita, timing penapis air Cuckoo ni rosak betul-betul selepas tarikh servis bulanan. Kiranya staff tu baru je servis mesin esok lusanya air sejuk dah tak sejuk.

Diah pun tanya la staff dan dia bantu buka laporan. Ikut kan kalau korang pengguna Cuckoo boleh je masuk laman web dia ada cerita lebih detail cara buat report.

Oh setakat yang diberitahu, tiada sebarang caj dikenakan untuk kerosakan compressor Cuckoo ni. Harapnya benar lah.  

Tak lama lepas tu dapat panggilan daripada juruteknik Cuckoo. Dia beritahu serba sedikit tentang mesin dan kongsi maklumat yang nak baiki mesin ambil masa seminggu lebih kurang.

Jadi apa yang bakal berlaku adalah juruteknik akan datang ke rumah dan ambil water dispenser untuk dibawa ke HQ untuk dibaiki.

Dalam masa yang sama, juruteknik akan beri replacement unit - penapis air Cuckoo untuk kegunaan sementara.  

Itu secara teori dan jika dibayangkan memang lancar dan indah je. Jadi tak indah bila kami kena sidai weh.






Tiada Update Status Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak

Lepas terima panggilan tu kami kena sidai selama hampir tiga bulan. Tiada update dari juruteknik mahupun customer servis tentang status aduan, replacement unit dan juga alat ganti compressor.

Sepanjang waktu tu juga Diah ada follow up dengan staff yang selalu datang untuk servis penapis air Cuckoo.

Macam biasa jawapan dia akan tanya manager dan buat follow up. Tapi lepas tu diam juga. Tak salahkan dia sebab bukan bidang kuasa dia kan.

Cuma mengharapkan pihak customer servis atau juruteknik beritahu status terkini atleast tidak lah tertanya-tanya.

Sebagai pelanggan setia Cuckoo dan pembayar yang baik saya agak kecewa.

 

Replacement Unit Water Dispenser Cuckoo Dah Ada

Sehingga lah baru-baru ni Diah menerima panggilan dari customer service nak sahkan alamat dan buat temujanji untuk juruteknik datang ke rumah untuk ambil penapis air yang rosak tu.

Juruteknik nak datang tapi dalam masa yang sama staff tu kata replacement unit tiada. Memang Diah ungkit semula la perbualan dengan juruteknik sebelum ni yang janjikan replacement unit.

Staff tu pun macam blur-blur. Diah minta beri masa sebab dia call dah petang. Dekat rumah mana ada cerek nak masak air. Nak kena beli air mineral lagi.

Rumit ya sebab di saat akhir dia beritahu. Waktu terima panggilan tu rasa nak marah sangat tapi berjaya kawal. Tak guna marah dia dan tak tahu nak marah siapa.

Dipendekkan cerita, juruteknik telefon ke esok kan harinya dan bawa replacement unit. Pelik, ada pula mesin ganti. Dah lah waktu tu hujan lebat. Memang basah kuyup adik tu.





Terus tak jadi marah. Waktu dia dekat rumah sementara tunggu penapis tu okay terdengar perbualan telefon dia dengan pelanggan lain.

Masalah yang sama dan dia update mesin replacement dah ada. Jadi dalam otak terfikir yang Cuckoo akan kumpul dulu laporan kerosakan dan bila capai unit tertentu baru boleh mohon replacement unit.

Itu andaian Diah sajalah.

 

Kesimpulan

Pengalaman hidup tanpa Water Dispenser Cuckoo memang mengganggu kehidupan seharian. Tapi masih bersyukur air panas masih berfungsi.

Boleh je rujuk tutorial di Youtube cara baiki Water Dispenser Cuckoo air sejuk tak keluar tapi tiada lah masa nak study dan buat.

Jimat memang jimat tapi tak kuasa ya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/08/masalah-compressor-water-dispenser.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jepun Buang Air Kumbahan Nuklear Ke Laut Nelayan Di Malaysia Akan Terkesan Ini Jawapannya

Jepun Buang Air Kumbahan Nuklear Ke Laut Nelayan Di Malaysia Akan Terkesan Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 251 hits
Jepun akan mula membuang air dari Loji Tenaga Nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik esok lapor media antarabangsa Ini bermakna kesan pelupusan sisa nuklear akan dirasai oleh banyak negara yang berada berhampiran Lautan Pasifik termasuk Malays...
Ketagih Maggi Kari Air Tangan Sa

Ketagih Maggi Kari Air Tangan Sa

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum Ketagih ke Yer katanya bila dia nak makan maggi kari air tangan SA bukan nak puji diri sendiri ye ni SA citer jer En Tunang suka makan maggi kari yang SA masak bertambah tambah dia makan kalau SA buat lepas tu dia bising sal...
5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah Dan Cepat

5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 385 hits
Masakan ayam adalah menu kegemaran kami sekeluarga Lelagi si Daim memang hari hari akan minta lauk masakan ayam je lah Korang ada anak yang macam anak kami tak hari hari nak makan masakan ayam je Kalau ada jom lah cuba 5 Resepi Masakan Ayam...
Insurance Scheme Data Breach Selangor Mb Clears The Air

Insurance Scheme Data Breach Selangor Mb Clears The Air

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 209 hits
Several Selangor residents who checked their IC numbers on the Insan programme website found that they were registered for the free insurance scheme without their knowledge However Selangor Menteri Besar Amirudin Shari clarified that the st...
Lg Puricare Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri

Lg Puricare Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 376 hits
Memang best kalau ada penapis air atau penulen air yang memudahkan kerja seharian kita Terima kasih kerana mengeluarkan produk Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare LG PURICARE PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRILG PuriCare Objet ...
Rahsia Di Sebalik Air Coca Cola Kalau Tahu Mesti Ramai Tak Minum Dah

Rahsia Di Sebalik Air Coca Cola Kalau Tahu Mesti Ramai Tak Minum Dah

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 363 hits
Coca Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca Cola dari Atlanta Georgia Amerika Syarikat Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sej
11 Khasiat Air Barli Kepada Kesihatan

11 Khasiat Air Barli Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 284 hits
Lazimnya individu hanya minum barli ketika mereka sedang demam atau tidak sihat sahaja Sedangkan mungkin ada banyak lagi kebaikan air barli yang tidak ramai orang tahu Barli atau Hordeum vulgare adalah sejenis biji bijian yang digunakan dal...
Ini Bukti Ilmiah Penyemprotan Air Di Jalan Untuk Tekan Polusi Udara Jakarta

Ini Bukti Ilmiah Penyemprotan Air Di Jalan Untuk Tekan Polusi Udara Jakarta

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 293 hits
Dokter paru berharap pemerintah dapat menganalisis cara cara yang benar untuk mengatasi polusi udara
Petugas Gabungan Kembali Semprot Air Ke Jalan Kurangi Polusi Udara Jakarta Reaksi Warga Bikin Ngakak

Petugas Gabungan Kembali Semprot Air Ke Jalan Kurangi Polusi Udara Jakarta Reaksi Warga Bikin Ngakak

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 240 hits
Penyemprotan air ke jalan ini dilakukan oleh Polda Metro Jaya Dinas Gulkarmat dan Palang Merah Indonesia
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta