
PENDUDUK menolak tong untuk mengisi air menggunakan troli.
PENDUDUK menunggu giliran mengisi air dari lori tangki Syabas akibat gangguan bekalan air sehingga 86 jam sekitar Lembah Klang.
SEORANG remaja mengisi air di pili awam yang disediakan Air Selangor di Seksyen 16, Shah Alam.“Bagi menjimatkan air kami gunakan cawan plastik bagi setiap minuman dipesan pelanggan,” katanya ketika ditemui, semalam.Sementara itu pengurus sebuah restoran di Seksyen 14, hanya mahu dikenali Yusuf, 41, berkata, pihaknya menyediakan air botol kepada pelanggan.Jelasnya kakitangan tidak boleh memberikan cawan plastik berikutan mematuhi prosedur syarikat yang mahu menjaga kualiti.“Justeru, kami guna botol plastik supaya ia boleh dihantar ke pusat kitar semula,” katanya.Manakala, tinjauan di pili awam yang disediakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Seksyen 16, mendapati lokasi itu lengang.Penduduk, Nasaruddin Saaidan, 50, berkata, dia menyimpan air dalam jumlah mencukupi kerana tidak mahu beratur panjang bagi mendapatkan bekalan.Katanya, bekalan air di rumahnya mula terputus sejak jam 8 pagi, namun dia tidak panik kerana sudah bersedia untuk berdepan situasi itu.Selain Shah Alam, gangguan bekalan air turut berlaku di Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat serta Kuala Selangor. (HMetro)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |