Masakan Tradisional Warisan Nenek Moyang No 4 Orang Johor Suka Sangat Ni


Masakan Tradisional Warisan Nenek Moyang, No 4 Orang Johor Suka Sangat Ni…
Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING

Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar1/2 kg bawang besar/dikisarSedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat2/3 sudu makan cukaSedikit minyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaCara memasak:
1. Rebus daging hingga lembut.
2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana*3 ulas bawang putih /ditumbuk*1/2 inci halia /ditumbuk kasar*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar*1 sudu teh serbuk jintan manis*1 sudu teh serbuk jintan putih*1 sudu teh serbuk lada hitam1 labu bawang besar /dihiris bulat2 – 3 batang cili hidup/ padi1 batang serai /diketukGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCara memasak :
1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam200 gm kacang panjang6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu100 gm fucuk | direndam dahulu150 gm soo hoon | direndam dahulu20 ml kicap manis100 gm pes cili keringgaram secukup rasaMinyak untuk menumisBahan dihiris :
200 gm bawang merah100 gm bawang putihCARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)2 sudu makan minyak sapi atau majerin2 batang serai /diketuk5 ulas bawang putih /dicincang1 biji bawang besar /dihiris1.5 sm halia /dihiris2 helai daun pandan / disiat dan disimpul1 batang kayu manis2 biji buah pelaga2 biji bunga cengkih2 kuntum bunga lawang1 sudu makan halbaGaram secukup rasa100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit airCARA MEMASAK :
1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau.
3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api.
6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai.
7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/masakan-tradisional-warisan-nenek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenal Klobot Rokok Kretek Dari Kulit Jagung Warisan Nenek Moyang Indonesia

Mengenal Klobot Rokok Kretek Dari Kulit Jagung Warisan Nenek Moyang Indonesia

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 698 hits
Rokok kretek klobot sudah menjadi warisan turun temurun nenek moyang yang keseluruhan proses pembuatannya dilakukan secara manual hingga bisa dinikmati masyarakat Sayang produksi rokok klobot terus menurun dari tahun ke tahun lantaran pemin...
Tajuddin Sindir Menteri Ph Gred A Rakyat Sangat Suka

Tajuddin Sindir Menteri Ph Gred A Rakyat Sangat Suka

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 308 hits
Diterbitkan 2019 01 18 10 15 00 08 00 Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman secara sinis menyifatkan menteri kabinet Pakatan Harapan kebanyakkannya gred A Oleh itu katanya kerajaan PH pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Moham...
Kepada Suami Yang Suka Sangat Bergurau Nak Berpoligami Tu Sila Baca Hadam Nukilan Ini Hargai Isteri Anda

Kepada Suami Yang Suka Sangat Bergurau Nak Berpoligami Tu Sila Baca Hadam Nukilan Ini Hargai Isteri Anda

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 643 hits
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri Baru baru ni beliau baru je dapat cahaya mata Comel anak dia Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ...
Resepi Ajaib Nenek Moyang Untuk Pengi Dap Stroke Dan Asid Urik Rileks Media

Resepi Ajaib Nenek Moyang Untuk Pengi Dap Stroke Dan Asid Urik Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 312 hits
Nak tau apa resepi ajaib untuk sembuhkan berbagai macam penya kit Kali ini ada sebuah ramuan tradisional warisan nenek moyang yang di jamin boleh mbekasikan manfaat luarbiasa untuk tu buh kamu Hanya dengan mencampurkan minyak tanah garam da...
Senang Sangat Nak Buat Tanam Kangkung Guna Penapis Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

Senang Sangat Nak Buat Tanam Kangkung Guna Penapis Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 537 hits
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat ber...
Anak Cerdik Memang Suka Bermain Dan Aktif Beri Ruang Untuk Anak Explore Sepuasnya

Anak Cerdik Memang Suka Bermain Dan Aktif Beri Ruang Untuk Anak Explore Sepuasnya

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 263 hits
Biasa paling banyak rungutan dari ibu bapa adalah anak saya tak boleh duduk diam Asyik nak main dan sampai kemuncaknya ibu bapa pula yang hilang sabar Apa patut saya buat Bagi yang juga pakar kekeluargaan dan kasih sayang anak yang cerdik m...
Halah Halah Halah Terjebak Suka 4 Fingers Crispy Chicken

Halah Halah Halah Terjebak Suka 4 Fingers Crispy Chicken

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 247 hits
Hi korang Aduhai hari ni bz betul la x sempat nak bersosial kat blog sendiri habis la pv dan uv SA hari ni dah la pv jatuh merudum sejak tahun baru ni idea nak mengomel macam dh hilang dh halah halah halah parody kaksuria pujaan hati kanda ...
Pekerjaan Free Tanpa Gaji Yang Ramai Orang Malaysia Suka

Pekerjaan Free Tanpa Gaji Yang Ramai Orang Malaysia Suka

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 327 hits
Di Malaysia ada satu pekerjaan free dan sukarela orang buat Walaupun tanpa gaji tanpa royalti hari sanggup buat Tak kesah la secara online atau offline yang penting ia sangat meluat Pekerjaan itu adalah membawang Tak kira siang malam pagi d...
Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 474 hits
Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang Lalu Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin Setiap kali ada apa apa dia suka na...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba