Masak Tomyam Sedap Letak Susu Pekat Manis


 Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA sejak semalam, matahari mula memancar terik di Tanah Jauhar. Semoga tiada lagi hujan turun berhari-hari di bumi Johor. Walaupun bila hujan, sejuk, sedap tidur.. tapi terfikir pula dengan mereka-mereka yang terlibat dengan banjir. Antara daerah yang terjejas teruk ialah Kota Tinggi, Segamat, dan beberapa kampung di Kluang dan Batu Pahat. Tiba-tiba teringat apa khabarrnya Wak Warisan Petani, sebab dah seminggu tak nampak di blog. Semoga wak sekeluarga baik-baik sahaja di sana.

Rasa tak boleh blah sungguh bila semalam Pak Inche cadangkan lauk Sotong Masak Kari untuk makan malam. Baru malam sebelumnya, dua hari berturut-turut makan Kari Ayam, ni nak kari lagi??? Hahaha. Bila Sk cadangkan Sotong Paprik, Pak Inche terus setuju. Terus terfikir sedapnya jika ada Tomyam. Macam selalulah, Sk masak tomyam gunakan pes tomyam jenama Kung Thai

Kali ini, atas cadangan Iman, Sk gantikan gula dengan susu pekat manis. Rasa dia jadi lemak-lemak manis tapi tidaklah sampai manis tomyam tu. Seimbanglah dengan rasa masam dan masinnya. Iman kata tengok di Tik Tok, hurmmm.. bonda dah tahu, cuma tak pernah praktikkan aje, hehehe. Bila tomyam dah siap, memasing datang dapur cuba try test tomyam bonda. Pak Inche kata, tambah sos ikan, haaa.. sebelum-sebelum ni tak pernah letak, adalah dalam 2 sudu kot Pak Inche letak sebab Sk ingatkan jangan letak banyak, risau masin nanti sebab Sk gunakan pes dan kiub tomyam yang dah ada garam, kan. 
Macam biasa, Sk guna RESEPI TOMYAM DI SINI, cuma gantikan gula dengan susu pekat dan ubah sikit cara. Yang lain sama aje  Sk masak Tomyam Campur, ada seafood, ayam dan cendawan. Masak lepas maghrib sebab tomyam ni sejenis masakan panas, kan. Kalau masak petang, nanti nak makan, dah sejuk pulak, jika dipanaskan, layu pulak cendawan dan rencah mengecut

Tomyam Campur
Bahan-bahan :
1 batang serai, kerat dua, ketuk1/2" halia hiris1/2" lengkuas hiris1 akar pokok ketumbar1 liter air1 kiub tomyam 2 sudu pes tomyam jenama Kung ThaiJus dari sebiji limau nipis besar penumbuk budakUdang dan Sotong secukupnyaIsi ayam semangkuk kecil1 bungkus kecil cendawan enoki1/2 biji bawang holland dipotong baji7 biji cili padi pecahkan2 sudu sos ikan1 sudu kecil susu pekat manis2 senduk susu cair1 biji tomato potong 4Daun ketumbar
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk bersama serai, halia, lengkuas dan akar pokok ketumbar

2. Masukkan kiub tomyam dan pes tomyam jenama Kung Thai, kacau hingga larut, biar mendidih

3. Masukkan jus limau nipis, sos ikan, bawang holland dan cili padi

4. Masukkan susu pekat manis dan susu cair, biar mendidih

5. Masukkan udang dan sotong, biar udang dan sotong masak sekejap barulah masukkan tomato dan cendawan enoki

6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Hidangkan panas

Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili api, tapi kalau terlalu pedas nanti hilang nikmat nak hirup tomyam, hehehe



Jumpa Sayur Pak Choy dalam esbox. Biasa yang sesuai, sayur kailan atau baby kailan, tapi gunalah apa yang ada. Sayur pun dah layu sebab dah seminggu Pak Inche beli kat pasar malam, lupa dah kewujudannya, hahaha. Yang ni, Sk cuma tumis bawang putih, masukkan isi ayam, masukkan sayur dan tuang sos tiram. Isi-isi ayam hasil kumpul bahagian ayam yang tak bertulang, ingatkan nanti senanglah kalau nak masak nasi goreng ke, mee goreng ke, tapi jadi rencah sayur dan masuk dalam tomyam pulak


Rajin Pak Inche tolong semalam, ni dia masakkan telur dadar. Sibuk menanya mana tepung jagung, macam orang datang pulak. Ni tengok kat TT la tu, buat telur dadar letak tepung jagung, hahaha.  Guna telur dua biji aje tapi jadi besar dan gebu bila letak tepung jagung. Minyak menggoreng kena banyak untuk dapatkan telur dadar yang gebus gebas. Baki minyak tu la Sk buat tumis untuk masak sayur dan Sotong Paprik


Tengah tumis cili nak masak sotong, Pak Inche datang pesan masukkan sos tiram la, sos ikan la.. teruslah Sk suruh dia pulak yang sambung masak. Sk dah siapkan bawang holland yang dipotong baji dan cili padi, tinggal campak jer la sambil Pak Inchenya masak tu. Tak kisahlah masak apa cara pun, janji makan... Kalau nak tengok resepi Sotong Paprik, boleh tengok KAT SINI.
Terharu kita Pak Inche tolong masak semalam, wak 😝
Burpppp! Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/masak-tomyam-sedap-letak-susu-pekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cek Kalori Susu Kental Manis Dan Resep Camilan Tradisional

Cek Kalori Susu Kental Manis Dan Resep Camilan Tradisional

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 176 hits
Susu kental manis merupakan produk olahan susu yang populer di Indonesia
Makan Sedap Kat Port Dickson Singgah Warung Salai Port Dickson Menikmati Masak Lomak

Makan Sedap Kat Port Dickson Singgah Warung Salai Port Dickson Menikmati Masak Lomak

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Kali nie jauh kami jalan jalan cari makan Sampai ke Negeri Sembilan Ada kisah sebenarnya macam mana boleh sampai ke sini Dah lapar tu kami Google makanan sedap kat Port Dickson Terus la Encik Google bawa ke sini Makan sedap ...
4 Manfaat Susu Kental Manis Dan Kreasi Sarapan Pagi Untuk Keluarga

4 Manfaat Susu Kental Manis Dan Kreasi Sarapan Pagi Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 208 hits
Manfaat susu kental manis tentu tidak asing bagi Bunda dan penggemar kuliner nusantara Produk susu berbentuk cairan kental ini menjadi bahan pelengkap makanan serbaguna yang praktis dan ekonomis Dicampurkan ke dalam makanan dan minuman sehi...
Masak Sendiri Tauhu Isi Guna Resipi Ni Sedap Mudah Lebih Jimat

Masak Sendiri Tauhu Isi Guna Resipi Ni Sedap Mudah Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 316 hits
Tercari cari menu mudah untuk dinikmati bersama keluarga Jom buat Tauhu Isi guna resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar Nampak sangat sedap dan membuka selera Tauhu Isi ini enak dimakan bersama sos thai ataupun sambal kicap Wow Sangat me...
Soh Dr Zaliha Tengok Ada Pekerja Suka Muntahmuntah Agak Agak Boleh Dah Letak Jawatan Dan Kerja Di Hospital Swasta

Soh Dr Zaliha Tengok Ada Pekerja Suka Muntahmuntah Agak Agak Boleh Dah Letak Jawatan Dan Kerja Di Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 342 hits
Kalau penjawat awam dah rasa nak loya muntah dengan slogan kerajaan elok berhenti saja lah Elok menteri bantu dia agar dia boleh sembuh dari muntah2dia W FAUDZIN
Dakwa Persenda Islam Mahfuz Gesa Sanusi Letak Jawatan

Dakwa Persenda Islam Mahfuz Gesa Sanusi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 149 hits
Abd Hadi Che AwangALOR SETAR Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk meletakkan jawatan susulan kenyataan yang didakwa mempersendakan agama Islam Menurut beliau...
Letak Tangan Atas Peha Auto Macam Baba Dia Comelnya Jebat Jayden Berceloteh Ramai Geram

Letak Tangan Atas Peha Auto Macam Baba Dia Comelnya Jebat Jayden Berceloteh Ramai Geram

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 219 hits
Sebut sahaja nama Jebat Jayden pasti sudah terbayangkan kepetahan Jebat dengan aksi spontannya menjawab pelbagai soalan Si comel Jebat yang kini berada di Tanah Suci bersama seluruh keluarganya tetap menarik perhatian ramai Mana tidaknya ad...
Netizen Doakan Karier Lakonan Hafidz Roshdi Terus M Ti Aku Harap Pdrm Letak Dia Dalam Lokap

Netizen Doakan Karier Lakonan Hafidz Roshdi Terus M Ti Aku Harap Pdrm Letak Dia Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 212 hits
Tindakan Hafidz Roshdi menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga menyebabkan kecederaan di muka menjadi bualan ramai sejaka semalam Apatah lagi dia dilihat seperti tidak rasa bersalah apabila memuat naik pula video bersama anak a...
Resipi Tortilla Homemade Anak Mesti Suka 5 Bahan Je Letak Inti Dah Boleh Makan

Resipi Tortilla Homemade Anak Mesti Suka 5 Bahan Je Letak Inti Dah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 252 hits
Ubah selera sebab tak mahu makan nasi dengan resipi mudah dan sihat seperti tortilla pun sedap juga Sebenarnya kulit tortilla banyak dijual di pasaran tapi terasa nak buat sendiri Rasa homemade dan tak rugi pun dibuat sebab boleh dibekukan ...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Budak Kilat

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia