Masak Nasi Ayam Hainan


 Assalamualaikum WBT


HARI Ahad, 6 Julai, satu hari ya duduk kat rumah, tak ke mana-mana. Sekarang ni, kalau betul-betul ada hal, barulah keluar, itupun kalau boleh keluar pagi aje. Petang, janganlah keluar, memang sangkut la dalam kesesakan lalu-lintas. Kalau teringin sangat nak pergi mall, bertabah ajelah. Baca kat threads, ramai yang merungut cakap jammed sana-sini padahal sendiri yang merungut tu pun punca jugak, hahahaha.



Pagi tu, Sk buat sandwich sardin, tengahari dan malam, makan nasi ayam. Macam biasalah, nasi ayam hainan kegemaran PI. Kalau makan, tak henti mulut dia memuji, rasa kembang bontot bini, hahaha


Konon-konon nak guna kekdah 5:30:7 rebus ayan ni. Lambatttttttt! Baik rebus dalam pressure cooker macam selalu. Lepas rebus ayam, perap dengan bahan berikut iaitu:
4 sudu kicap cair1 sudu kicap pekat2 sudu minyak bijan2 sudu madu
Kacau rata dalam mangkuk kemudian tuang atas ayam, ketepikan


Sementara merebus ayam tu, Sk sediakan salad, timun dan tomato


Serta buat sos cili untuk nasi ayam. Sos ni memang kena buat banyak, tak payah bercatu-catu masa makan. Untuk sos ni kita guna lada hidup. Pengetahuan Sk masa belajar masak dengan arwah ibu dulu, lada hidup tu merujuk kepada lada segar atau lada besar. Kalau cili tu, maksudnya cili api atau cili padi. Samalah, macam beza sudu dengan camca. Sudu tu, sudu makan, camca tu, sudu kecil atau sudu teh

Sos Cili Nasi Ayam
11 tangkai lada merah1/2" halia5 ulas bawang putih3 tbs gula pasirGaram secukupnyaJus limau nipis secukupnya1 tbs cuka100 ml air (1/2 cawan)
Kisar lada, halia dan bawang putih hingga lumat, kemudian didihkan atas api bersama air. Selepas mendidih, masukkan gula, garam, jus limau dan cuka. Biar mendidih lagi sekali, tutup api


Ayam tadi keluarkan dan potong. Baki kicap dalam mangkuk tu la jadi kicap nasi ayam


Air rebusan ayam tu, didihkan semula, letak garam secukupnya, daun sup dan daun bawang


Nampak simple jer masak nasi ayam tapi lambat sebab nak kena dapatkan air rebusan ayam tu untuk masak nasi. Boleh jugak kalau nak guna stok ayam atau perencah nasi ayam ready made yang ada dijual di kedai tapi Sk lagi suka guna air rebusan ayam


Puas hati la masak sendiri, boleh makan salad, timun dan tomato banyak, boleh letak sos banyak, sampai bertambah-tambah nasi dan ayam, tak ada siapa nak larang, hehehe. Tapi tu laaa, penatttt, huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/07/masak-nasi-ayam-hainan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Kicap Bersantan Kalau Masak Tak Pernah Tak Habis

Resipi Ayam Kicap Bersantan Kalau Masak Tak Pernah Tak Habis

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 429 hits
Resipi ayam kicap bersantan ini boleh ganti ayam kicap biasa kalau datang rasa jemu Masakan versi Jawa ini tak seperti ayam kicap biasa ia kaya aroma ada rasa lemak dari penggunaan santan dan buah keras menjadikan ia enak Menurut Syalfarina...
Membuat Sate Ayam Dan Nasi Himpit Sendiri Di Rumah

Membuat Sate Ayam Dan Nasi Himpit Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 295 hits
Musim PKP ini teringin nak makan sate dengan nasi himpit Kalau dahulu boleh makan di kedai makan atau restoran bersama keluarga sekarang kena beli dan makan di rumah Kali ini saya tunjukkan sate dan nasi himpit yang dibuat sendiri di rumah ...
Masak Asam Pedas Ayam Lada Hitam

Masak Asam Pedas Ayam Lada Hitam

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum WBT PAGI tadi sejuk bumi Jauhar apabila hujan turun membasahi bumi Masa tu Sk dah sampai pejabat tengok cuaca agak mendung Tak lama kemudian hujan turun berserta guruh Tapi tak lama hujannya Petang ni dah panas balik Walaupu...
Resepi Ayam Masak Merah Che Nom Memang Menjadi

Resepi Ayam Masak Merah Che Nom Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 1079 hits
Sejak aku berkahwin aku selalu rujuk resepi yang dikongsikan oleh Kadang kala kalau nak lebih cepat aku selalu baca Alhamdulillah kebanyakkan resepi yang aku ikut memang menjadi Hari ini aku mahu mencuba Resepi Ayam Masak Merah Che Nom juga...
Ayam Masak Merah Tanpa Sos Kuah Melimpah Ini Resipinya

Ayam Masak Merah Tanpa Sos Kuah Melimpah Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 366 hits
Ayam masak merah tanpa sos cili ini rasanya berbeza dari ayam masak merah biasa Paling best kuahnya banyak jadi tak perlulah mengikis pinggan untuk mendapatkan kuah yang menjadi penyedap masakan ini Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Sos Cili Ba...
Ayam Masak Kicap Dan Bab Pembohongan

Ayam Masak Kicap Dan Bab Pembohongan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 1194 hits
Saya sebenarnya kalau baca bab politik tanah air memang terus sesak nafas dibuatnya Kadang kadang orang politik ni fikirkan rakyat ni semua bodoh dan boleh dicucuk hidung sahaja Seolah kita tak nampak kebenaran akan sesuatu isu dibohongnya ...
Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang

Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 764 hits
Saya kali ini menyentuh bab curang kerana sekarang hari hari seluruh dunia viral bab curang Dalam entri sebelum ini di saya menulis berkenaan Fazura dan perceraiannya Sebagai seorang wanita dan ibu saya menyokong wanita kerana saya memahami...
Resepi Ayam Phet

Resepi Ayam Phet

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 346 hits
Bahan bahan Ayam1 batang serai1 asam keping4 helai daun limau purutGaramGula Bahan kisar 5 biji cili padi1 inci halia1 inci kunyit hidup1 atau 2 batang serai5 ulas bawang putih1 biji bawang besar Cara cara Tumis bahan kisar sehingga naik ba...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer