Masak Lemak Udang Dengan Nenas
Walaupun kita tahu rezeki seseorang telah ditetapkan Allah tapi kita kena berusaha dan berikhtiar. Adakala kita rasa bimbang dan kuatir. Ada kala kita rasa sedih dan macam macam lagi.
Bukan kerana kita tidak tahu tapi kerana kita perlu sentiasa diberi peringatan. Itu yang bila extract video pendek dari ceramah Ustazah Nor Hafizah yang menanyakan, rezeki kita kat mana? Rezeki kita telah ditulis di langit.
Ya memang benar sekali, hanya Allah yang memberikan rezeki pada setiap makhluknya. Binatang di hutan, laut dan dalam tanah, semua ada hak rezeki masing masing. Begitu hebatnya pencipta alam dan makhluk di bumi ini, mengatur rezeki dalam satu masa.
Berkaitan dengan itu, kita masih risau dengan rezeki. Masih kuatir untuk menolong satu sama lain kerana risaukan rezeki. Tak payah pergi jauh lah, tengok sesama Influencer sahaja sudah cukup. Tidak ramai yang sudi membantu bila kita memerlukan. Mungkin mereka rasa ianya akan menyebabkan video kita bertambah elok atau kita akan bertambah follower atau macam mana pun tak pastilah.
Tidaklah semua, ada jer yang sudi menolong setakat yang mereka tahu. Ini bila kita nak pos di IG story pun, nak charge. Hahaha memang lah boleh charge
Itu hak mereka tapi kami dari kalangan blogger dulu dulu memang tak akan charge kalau sesama sendiri. Mereka dengan rela hati menawarkannya secara percuma. Hahaha OK lah sekarang kita pindah pula bab masakan
Lauk udang laut memang antara resipi kegemaran kami sekeluarga. Saya memang suka udang laut tetapi sayang sejak beberapa tahun kebelakangan, saya mengalami allergi pada makanan laut.
Jadi kalau saya memasak seperti hari ini, saya akan menceduk kuah sahaja atau kalau makan pun sekadar sekor udang sahaja. Bukan apa, sekali kena allergi, berbulan lamanya untuk pulih.
Serious udang dengan ketam jika dimasak lemak, bukan sahaja lauknya sedap tapi kuahnya juga sangat berperisa. Boleh jer ambil roti dicicah dengan kuah. Sedaaap. Tambah pula nenas, memang gandingan yang sangat serasi. Rasa masam manis nenas menjadikan lauk kita sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Alahai sambil menulis pun, dah rasa terliur pulak.
Saya juga ada menyediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa subscribe tau...
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Masak Lemak Udang dengan NenasOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ kg udang½ biji nenas1 kiub pati ikan bilis KNORRGula - jika perlu500ml santan - boleh guna 1 kotak santan kotak (200ml santan + 300ml air)1 batang srai - ketuk1 helai daun kunyit
Bahan kisar:1 tangkai cili merah3 tangkai cili padi3 ulas bawang putih1 inci kunyit hidup
Cara cara:Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan sedikit air sehingga mendidih
Kemudian dituangkan santan dan masukkan daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan.
Setelah santan mendidih, masukkan nenas dan masak seketika sebelum dimasukkan udang. Masukkan Kuib Pati Ikan Bilis Knorr dan gula.
Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/04/masak-lemak-udang-dengan-nenas.html