Masak Lemak Siput Sedut Dengan Pucuk Asam



Setiap minggu saya pasti ternanti nantikan kuliah Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang yang mengupas Kita Ibnu Qudamah. Huraiannya topik topiknya yang memang saya sangat sangat nantikan. Seolah menanti hidangan makanan setelah berhari hari kelaparan. Saya harap anda juga akan mendapat manafaat dari apa yang saya kongsikan ini. 
Topik minggu lepas ialah doa yang kusyuk. Kita diperintahkan untuk berdoa. Bukan sekadar berdoa tapi berdoa dengan kusyuk. Berdoa dengan merendah diri, kusyuk dan menangis dalam hati yang bergementar. Bila engkau merasa gementar, bererti ketika itu doa sedang diangkat dan akan dikabulkan. ruTidak kah engkau merasa gemnetar. Doa akan dimakbul ketika itu.


Jaga lah malam untuk bersendirian dengan Allah. Minta lah segala hajat keperluan mu. Tunduk di sisinya. Bila memohon, pohonlah dalam keadaan amat yakin bahawa Allah Maha mengetahui keadaan mu, sentiasa mendengar dan memerhati kamu dan sangat dekat dengan mu. Bila meminta sesuatu dari Allah Taala, Minta lah apa yang paling baik.  Jika Allah berkehendak kamu, pasti dia akan memberi kemahuan mu dan memilih apa yang baik untuk kamu. Tiada yang berat bagi Allah. 


Doa mesti dengan kusyuk, memenuhi syarat dan adab untuk jadikan hasil doa itu benar benar memberi manafaat dunia dan akhirat. Menadah tangan ketika berdoa mengadu dan meminta kerana ini menunjukkan perhambaan. 


Rasulullah bersabda doa adalah ibadat. Doa adalah senjata orang beriman. Senjata sahaja tidak cukup jika tak diguna dengan betul atau tak tahu menggunakan senjata itu. Walaupun doa umpama senjata yang tajam tapi jika tak pandai menggunakannya, ia tak akan berkesan. Jadi kena belajar menggunakan senapang untuk tembak dengan tepat. Barulah 
senjata itu bermanafaat. Orang beriman  yang berdoa pada Allah dan ia bersifat ibadah. 


Asas utama doa perlu dilakukandengan penuh merendah diri, kusyuk, menangis dan merintih. Allah suka hamba menadah tangan dalam keadaan menangis. Airmata hamba yang menangis dan ditumpah di hadapan Allah amat berharga, disukai dan dicintai. Jadi berdoalah dalam keadaan menangis. 


Tanda doa dikabulkan akan datang alamat seperti berikut:
Bila Allah ilhamkan kamu untuk berdoa. Dimudahkan untuk berdoa. Mustajab ada di dalam doa.Selepas berdoa dan meluahkan segala rasa dan rintihan, hilang rasa sedih. Selepas berdoa datang rasa ketenangan yang mendadak. Bila mana datang rasa sayu, sebak dan rasa nak menangis. Ini tanda penkabulan doa. Dia cukup yakin doanya dikabulkan. Yakin yang dinamakan Husnuzon. Dia tahu bila dia minta Allah akan bagi cuma perlu tunggu detik yang sesuai. Teras kehidupan adalah sabar. Dalam doa kena sabar. Selagi mampu sabar maka tanda doa kita akan mustajab. Sabar tunggu pengkabulan doa. Dia tak pernah mencemuh doanya selepas dia berdoa. Disebut salam hadis Nabi. Akan gugur mustajab doa yang dicela. Maka kena perbaharui doa. Doa akan dimustajab selagi dia tidak tergesa gesa. 

Bila kita rasa gementar, berdebar kuat, sayu, sebak ketika berdoa, maka banyakkan doa kerana itu tanda doa sedang dinaikkan oleh Allah. Jangan lepas peluang untuk bernunajat lebih panjang. Satu kekurangan kita kalau berdoa kita cepat berhenti. Umpama, talian dengan Allah cepat tergendala. Hamba bila sedang berdoa pintu langit terbuka tapi kita pula yang cepat cepat nak tutup. Seolah orang yang kita kagumi call tapi kita yang tak nak bercakap dan nak cepat cepat letak telefon. Sepatut biarlah orang yang kita kagumi letak dulu telefon. Begitulah perumpamaannya.





Dalam berdoa perlu terus doa, minta dan minta. Ulang permintaan berulang ulang dan sungguh sungguh. Kalau minta dengan suami pun kita akan ulang ulang. Anak kita pun sama. Minta berulang ulang. Allah lagi pemurah. Bila hambanya ulang ulang, Allah tahu hambanya perlu. Jadi jangan rasa bosan untuk ulang berdoa. 


Orang beriman bila sebut nama Allah akan bergementar hatinya. Itu adab mengingati Allah. Bila berdoa, hati mesti ke depan dari lidah.  Jangan lidah minta tapi hati lara. Hati nak kena ikuti lidah supaya hati benar benar hayati apa yang lidah kamu doakan. 


Bila berdoa, doalah sebagaimana orang yang akan tenggelam di lautan. Tak ada orang boleh selamatkan dia melainkan Allah Taala. Doa itu lah lebih mustajab dan lebih cepat. Masa itu, seseorang akan benar benar berharap. Minta dalam keadaan dalam yakin bahawa Allah dekat dengan mu, berkuasa menkabulkan doa mu. 


Untuk doa dikabulkan adalah dengan berjaga malam, jaga qiyam, jaga tahajud. Jadikan qiyam bertambah baik. Bila datang 1/3, ada tak hamba ku yang doa akan ku mustajabkan, ada tak meminta, akan ku beri pada yang minta, ada yang minta ampun, akan ku ampunkan. Ketahui kemuliaan orang Islam ialah bangun malam. Sampai satu peringkat umur, bila tidur kita tak lagi nyenyak, makan pun kurang lagi selera, kenapa masih teragak agak untuk mendapat kelebihan qiamullail. 


Bangunlah untuk solat malam dua rakat. Bila terjaga malam, sebenarnya kita sedang dikejutkan oleh Allah. Jadi jangan lupa untuk berzikir kerana waktu itu kita sangat dekat dengan Allah. Bacalah zikir doa walaupun tanpa wudhu. Waktu itu mustajab doa. Kita mula isi malam dg apa ya g Allah sukaikan. 


Laa ilaa ha illallaah wahdahu laa syarikalah,
Lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala qulli syai'in qodir.
Subhanallahi, Walhamdulillaahi, Walaa ilaa ha illallaahu, Wallaahu akbar.
Wala haula wala quwwata illa billaah. Kemudian berdoa : "Allaahummagh firli"
"Tidak ada Ilah selain Allah Yang Maha Esa, tak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya semua kerajaan dan bagi-Nya semua pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji hanya milik Allah, tak ada Ilah selain Allah, Allah Maha Besar, tak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan Allah. Kemudian berdoa, ALLAHUMMAGHFIRLI; "Ya Allah, ampunilah aku" atau lalu berdoa maka doanya akan diterima. Jika ia berwudhu lalu solat, maka solatnya akan diterima."Doa adalah pilihan kita. Kita letak cadangan di hadapan Allah. Tapi Allah beri yang lebih baik untuk kita. Barang kali naik pangkat tidak terbaik untuk kita atau belum waktunya sekarang. Selalu ingat pilihan Allah. Kita diajar kerana semua benda mudah dan ringan di sisi Alah. Apa pun yang kita minta, minta lah yang saya yakini itu yang terbaik. Kerana kita tak tahu mana satu yang paling baik. Yang paling baik adalah apa yang Allah pilih. Allah akan bagi suatu yang paling baik. 

Sekiranya Allah tidak menyegerakan permohonan kita, jangan putus asa. Jangan berhenti memohon. Tanda Allah nak beri apa yang kita nak atau lebih baik kerana berdoa berulang ulang. Sesungguhnya Allah itu pemurah, Allah malu bila hambanya angkat tangan dan tangan dibiar jatuh tangan dengan kosong. Orang pemurah tak akan bagi sikit sikit. Jadi jangan berhenti angkat tangan untuk berdoa pada Allah. 


Bila kita doa Allah ajar kita sabar. Allah nak bagi yang bermutu. Mungkin Allah bagi segera apa yang kita minta, atau Allah ganti dengan keampunan Allah. Atau Allah nak bagi Darjat dan selamatkan dia dari kejahatan. 


Kalau macam tu, banyakkan doa. Allah lagi banyak nak kabulkan. Doa adalah satu kemuliaan yang Allah nak bagi pada kita. Tak ada yang mulia di sisi Alah selain doa. Berdoa seolah dapat pingat kebesaran. Walaupun tak ada nilai dari segi duit tapi ianya adalah satu kemuliaan. Fitrah manusia akan suka pada kemuliaan. Allah  nak kita berdoa kerana Allah nak dengar suara kita  dan zikir kita.  Tidak kah kita suka suara kita di dengar setiap hari. 


Dalam solat ada masa  mustajab doa iaitu waktu sujud. Tempat paling hampir pada Allah. Doa juga mustajab sebelum bagi salam, jadi banyakkan doa. Cukup setakat ini dahulu semoga ianya memberi manafaat pada kita semua di hari yang mana tiada lagi berguna harta dan anak pinak melainkan amalan kita.  


Saya dan keluarga sangat menggemari siput sedut.   Tapi kalau nak menyediakannya agak leceh sebab perlu dibersihkan dipotong bahagian  hujung cengkerangnya. Nak membersihkan dengan lebih cepat, bersihkan dengan menggunakan air kapur.


Hari ini masak lemak menjadi lebih istimewa kerana saya menggunakan pucuk asam di dalam gulainya. Sangat sedap dengan rasa masam masamnya. Tak perlu lagi menggunakan asam keping. 


Bila masak sendiri, memang sangat puas hati, bukan sahaja sedap tapi kita dapat makan sepuas puasnya. Kalau beli satu senduk pun dah mahal harganya. Jadi apa lagi, meh lah kita menyediakannya sendiri. 

Jom layan resipi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba....

Masak Lemak Siput Sedut Dengan Pucuk AsamOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg siput sedut1 cawan airSecekak pucuk asam2 helai daun kunyit - hiris½ kg santan segarGaram 
Bahan kisar:3 biji cili merah5 biji cili api5 biji bawang merah½ inci kunyit hidup
Cara cara:Basuhkan siput dengan air kapur sehingga bersih dan potong hujungnya. Basuh lagi dan tos.
Masukkan bahan kisar, serai dan garam ke dalam periuk. Masak seketika sehingga hampir kering.

Masukkan siput dan kacau seketika sehingga mendidih.

Masukkan santan dan masak lagi sehingga mendidih. Masukkan pucuk asam dan daun kunyit. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/09/masak-lemak-siput-sedut-dengan-pucuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 265 hits
masak lemak cili api pucuk ubi BAHAN BAHANNYA pucuk ubi kayusantan 50g ikan bilis 5 biji cili api seinci kunyit hidup3 ulas bawang merahseulas bawang putihgaram CARA CARANYA pucuk ubi dipotong disimpul kemudian dicelur sebentar cili api kun...
Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 456 hits
Lama betul tak makan sayur pucuk paku Zaman sekarang agak susah ye nak jumpa sayur pucuk paku ni di bandar Kenalah mencari di pasar besar pasar tani atau pasar malam yang ada jual sayur sayur kampung dan barang basah Sejak duduk sini tak pe...
Tapau Ikan Patin Tempoyak Dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api Di Anjung Selatan

Tapau Ikan Patin Tempoyak Dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api Di Anjung Selatan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum PECAH rahsia banyak sangat menapau dari memasak ni ya Sk Sebenarnya ikut jugaklah nak menapau ni kalau setakat lauk sambal atau kari baik tak payah Kita cuma tapau makanan yang rare dan payah nak dapat bahan mentahnya Contoh...
Hiburan Farahdhiya Kata Dah Seronok Sangat Kalau Dapat Ke Pasar Tani Boleh Beli Siput Sedut

Hiburan Farahdhiya Kata Dah Seronok Sangat Kalau Dapat Ke Pasar Tani Boleh Beli Siput Sedut

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 255 hits
Semalam pelakon dan penyanyi jelita Farahdhiya tampil berseloroh di sebuah video masakan yang di muat naik olehnya untuk tatapan peminat ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Farahdhiya dia berasa sangat gembira jika dapat menjejakkan kaki ke...
Masak Lemak Cili Api Kulit Rambai

Masak Lemak Cili Api Kulit Rambai

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 468 hits
Assalamualaikum Masa kanak kanak abam kie suka makan buah rambai ni Buah rambai ni kalau dimakan mesti telan sekali dengan bijinya Biasanya kulit buah rambai ini tidak dibuang begitu sahaja Sebaliknya ia boleh dibuat gulai lemak cili api Ji...
Masak Gulai Lemak Pisang

Masak Gulai Lemak Pisang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 320 hits
Minggu lepas family abang ipar datang dari KL sebab melawat mak mentua Mama Yan yang sakit kat rumah ni Jadi menu makan tengahari gulai pisang dan ayam masak kicap Ini kali pertama MY masa gulai pisang Dah tentulah MY menjelajah dari satu b...
Jom Masak Ini Resepinya Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

Jom Masak Ini Resepinya Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 358 hits
Jom Masak Ini Resepinya Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Ajom kita masakBerikut adalah bahan bahannya
Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda Ayam Masak Lemak Cili Api

Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda Ayam Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 279 hits
Masak lemak cili api Negeri Sembilan memang tiada tandingan Seringkali disebut sebagai masakan yang ringkas namun sedap yang padu membuatkan ramai yang suka memasaknya Menerusi perkongsian resipi daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim untuk ...
Masak Lemak Nangka Setelah Sekian Lama Tak Makan

Masak Lemak Nangka Setelah Sekian Lama Tak Makan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 326 hits
Masak lemak Nangka dengan ikan goreng kena pulak dengan sambal belacan dah cukup dah untuk tambah berkali kali Itu belum masuk The post appeared first on
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui