Masak Lemak Putih Pucuk Labu



Pucuk labu ini makanan orang kampung sahaja atau orang bandar yang asalnya dari kampung. Sekarang ini orang yang ada di bandar pun ramai yang berasal dari kampung. Semasa zaman persekolahan saya pernah menyemai benih biji labu dalam tanah di belakang tempat mandian kami. 

Zaman tu, kami berkongsi menggali telaga dengan 3 keluarga. Mandi pun tempat terbuka yang sama. Tempat menyidai pakaian pun sama. Tak jadi masalah pun. Masa tu mungkin ramai yang masih jahil. Tiada ilmu agama. Lebih lebih lagi kesusahan hidup, tak mampu nak bina telaga sendiri atau membina tempat mandi di dalam rumah masing masing. 

Saya masih sempat mandi telaga yang digali terbuka, maksudnya tidak menggunakan "kerek'' atau gelung simen. Bila banjir penuh air dalam tu. Bila semua mampu sikit, baru berkongsi menggali telaga yang menggunakan 18-20 gelung simen. Memang jenuh nak menaikkan sebaldi air. Cuma bila abang abang saya dah bekerja, mereka membelikan enjin untuk menaikkan air ke paip air dalam bilik air di luar rumah yang berdindingkan zink. 

Saya tidak pernah merasa kekurangan pada masa tu. Zaman di kampung adalah zaman yang sangat menyeronokkan. Kita tidak akan merasa kekurangan dengan apa yang tidak pernah kita miliki. Tidur nyenyak walaupun tiada kipas jauh sekali air cond. Bila panas sangat, buka jendela. Masa tu, tak takut orang jahat tapi takut hantu jer. Sekarang tidur dalam bilik dengan 2 aircond pun, tidur tetap tidak lena, tilam empuk tebal yang mahal tidak mampu memberi keselesaan dan tidur yang nyenyak.

Sejujurnya saya bangga dengan kehidupan saya di kampung. Ia memberi pengajaran yang sangat mahal dan membentuk diri saya pada hari ini. Pengalaman di sawah, di hutan, di sungai, di laut semuanya sekali. Apa yang saya ada hari ini adalah produk masa lalu. Apa pun yang lepas, tetap lepas. Yang penting sekarang dan pengakhiran kita kelak. Hidup kita selepas mati. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita, ibubapa kita serta nenek moyang kita dahulu.

Berbalik pada pokok labu yang saya tanam, sangat subur sehingga menjalar merata dan banyak sekali buahnya. Hahaha yang saya nak ceritakan di sini, seumur hidup ini tangan saya pernahlah menanam pokok labu. Ko haddoo? 

Serious sedap masak lemak pucuk labu ni. Saya boleh makan meratah ratah gitu jer. Lebih lebih lagi jika kita guna isi ikan rebus bertambah lemak dan manis. Jika tiada ikan rebus, boleh juga guna ikan bilis tapi kuah tak lah pekat macam guna ikan rebus.

Gandingan serasi dengan masak lemak putih ialah ikan goreng garam kunyit, ikan kering, telur masin atau telur dadar. Waah sedap sedap, sedap giler tau. Kalau yang tak pernah cuba, cubalah sekali. Saya beli di pasar malam Kota Dame pada hari Jumaat, 3 ikat RM5.00 sahaja. 
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel untuk video penyediaannya di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Pucuk LabuOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 ikat pucuk labu - ambil daun dan batang yang lembut sahaja1 biji kelapa - santan1 tangkai cili merah - hiris Garam 2 ekor ikan kembung - rebus4 biji bawang merah
Cara cara:Asingkan daun dan batang pucuk labu. Buang kulit luar pada batangnya. Daun pula digentel dengan kedua tapak tangan supaya bulu-bulu halus akan gugur dan daunnya jadi lembut. Atau boleh juga diramas ramas dengan tangan sahaja.

Tumbuk bawang merah sehingga lumat. Masukkan isi ikan rebus dan ditumbuk lagi sehingga bergaul rata. 

Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk. Kacau rata. Nyalakan api dan kacau sehingga mendidih. 
Masukkan batang labu dan kacau. Kemudian baru dimasukkan daun pucuk labu. Masak sehingga batang dan pucuk labu lembut. 

Akhir sekali, masukkan cili merah dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/11/masak-lemak-putih-pucuk-labu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 441 hits
Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api sememangnya hidangan kegemaran keluarga jika anda pandai memasaknya dengan cara tersendiri dan cukup rasanya dan tak pernah jemu dimakan Kalau nak beli sayur pucuk paku pastikan daunnya masih segar dan tidak ...
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 614 hits
Saya nak kongsikan sedikit petikan dar Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha bab Petunjuk Jalan Akhirat oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Ma sum bin Mas ud Ianya banyak menyentuh berkenaan adab adab seharian Antaranya ialah bila kita bersyukur ramai orang...
Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 955 hits
Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena Kalau musim perayaan selain laksa asam Laksa Lemak antara pilihan menu yang sentiasa family zaza buat kalau dah buat memang nasi zaza tak sentuh seharian sebab balun makan laksa je tamb...
Resepi Masak Lemak Pisang Muda

Resepi Masak Lemak Pisang Muda

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 887 hits
Resepi Masak Lemak Pisang Muda Antara masakan tradisional yang menjadi pilihan sebagai hidangan makan tengahari Berikut dikongsikan Resepi Masak Lemak Pisang Muda untuk anda semua Selamat MencubaBahan bahan diperlukan 500 g pisang emas muda...
Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 1298 hits
Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap Dapat hirup kuah udang galah masak lemak kuning ni pun sedap Lemak manis Manis tu datangnya dari rasa udang galah segar tu siapa suka masak lemak kuning Kita geng la ya Tapi makan udang tai boleh ...
Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Daging

Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Daging

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1171 hits
RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API DAGINGBahan bahan 300 gram rebung 200 gram daging 3 helai daun kunyit 1 keping asam keping 1 liter santan cair liter santan pekat Garam dan gula secukupnyaBahan kisar 3 batang serai 20 biji cili padi Seten...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 1627 hits
Hi semua Saya nak share satu resepi mudah senang nak masak which is ikan tenggiri masak lemak cili api Ok basically ikan apa pun boleh je guna ikut citarasa masing masing kan Tenggiri block ni mak saya belikan 2 block sebab nampak segar san...
Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api

Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 612 hits
Memang tak sabar nak buat entri pasal mentarang ni Kenapa buat masak lemak cili api walhal kalau orang kampung DH pasti akan buat sayur manis mentarang Saya mencari mentarang ni sebab mak dah lama teringin makan dek kerana pertama kali mera...
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 948 hits
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit RambaiHari ni masak sayur lemak kulit buah rambai sapa tahu ni suka kita geng memang rezeki betul pegi mall jumpa buah rambai ni terus beli tak fikir apa dah suke sangat2sis makan kulit ta...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

How To Find Undervalued Domains

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel