Masak Lemak Putih Labu Yang Sangat Sedap



Melihat gaya netizen menulis komen di social media sangat menakutkan. Bukan takut hantu tapi takut melihatkan manusia tidak takut membuat dosa sesama manusia walaupun telah dipesan dosa sesama manusia mesti diselesaikan dengan manusia sebelum mati. Haa macam mana tu? Ada masa ke bila kita tak kenal pun depa apalagi nak pergi jumpa.

Memang ada posting yang kadang kadang tak boleh diterima, tapi kalau tak ada peluang untuk buat pahala, dok diam diam supaya jangan buat dosa. Bukan sahaja orang politik, selebriti dan ahli perniagaan, hatta orang biasa pun mendapat pelbagai komen yang tidak terfikir akan ditulis oleh orang beragama Islam. Kalau nampak gambar profile, macam orang Islam. 

Tadi pun, bila saya tulis di Instagram berkenaan mati akal dok di rumah musim perintah kawalan pergerakan, ada yang mula salah sangka dan berpersepsi negatif seolah saya memandang rendah orang duduk di rumah kecil.  

Saya membayangkan betapa sukarnya mereka jika kena berada dalam rumah yang kecil dan mungkin bersempit sempit jika menpunyai keluarga yang besar. Saya tak pernah ke rumah PPRT tapi sahabat saya yang pernah ke sana memberitahu ruang keluarga sangat kecil. Memang saya bersyukur kerana Allah memberi rezeki seperti yang saya ada hari ini. Tapi saya tidak pernah lupakan orang yang susah. 

Setelah berhari hari, pasti mati akal. Itu lah ada yang keluar  rumah kerana rimas. Kita kena membayangkan kesusahan jika kita berada di tempat mereka. Bayangkan bagaimana rasanya bila beras dan makanan hampir habis, bayangkan macam mana rasanya bila perut lapar. 

Itu yang saya maksudkan. Kalau kita membaca dari sudut positif, kita tidak akan cepat melenting dengan mengatakan OK jer dok rumah PPRT. Jadi sebelum mengundang banyak salah faham dan persepsi negatif, saya edit lah post di Instagram saya. OK, cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan pula.

Masak lemak macam ni, memang ngam digandingkan dengan ikan rebus goreng. Saya goreng 4 ekor ikan pelaling rebus. Makan sampai menambah berkali kali. Kalau ada sambal pun sedap dan juga telur masin. Ini semua gandingan serasi dengan masak lemak putih.

Bagi anda yang tidak pernah cuba masak lemak stail Kelantan ini, bolehlah cuba. Sangat sedap bila kuahnya sebati dengan isi ikan rebus yang ditumbuk halus bersama bawang merah dan lada hitam. 

Kali pertama saya rasa masak lemak labu ini tersangat sedap. Ada yang tidak habis, saya simpan dalam peti ais. Keesokannya, saya panaskan dan hidang untuk makan tengahari. 

Seriously masih sedap. Kalau nak lagi sedap, masukkan pucuk labu sekali tapi sebab musim PKP ni, mana nak cari pucuk labu. Jadi saya masukkan sedikit sayur sawi bagi menambah warna pada masak lemak ini.  
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak LabuOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 ruas buah labu1 cekak sayur sawi - pucuk labu, lagi sedap1 tangkai cili merah250 ml santan kotakGaramSedikit gula
Bahan tumbuk:1 ekor ikan rebus2 biji bawang merah1 sudu kecil lada hitam
Cara cara:Satukan bahan tumbuk dengan air dan sedikit santan untuk menjadikan santan cair. Masukkan buah labu yang dipotong dadu. Masak sehingga labu empuk.


Setelah labu empuk, masukkan air dan santan pekat secukupnya. Kacau rata rata. 
Kemudian masukkan pula batang sawi dan setelah batang sawi hampir lembut, masukkan pula daun sawi dan cili merah.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/masak-lemak-putih-labu-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Gajus Dengan Sotong Yang Terkenal Di Pantai Timur

Resepi Masak Lemak Gajus Dengan Sotong Yang Terkenal Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 1238 hits
Resepi Masak Lemak Gajus Dan Sotong Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bila tibanya musim buah gajus pastinya resepi ini akan menjadi pilihan tambah pula untuk orang pantai timur masam Sha Tinggal di Perak agak susah nak dapat buah gajus J...
Bingka Labu Yang Sedap

Bingka Labu Yang Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 559 hits
Sejak perintah kawalan pergerakan saya kena memasak setiap hari Tiba tiba tiap hari masuk dapur Walaupun Hubby menolong juga tapi saya macam kejutan juga bila setiap hari kena memasak Bangun pagi terus ke dapur untuk menyediakan sarapan Sel...
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 733 hits
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedappungkoq ayam masak sambal
Sup Kambing Berempah Yang Sangat Sedap

Sup Kambing Berempah Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 456 hits
Hari ini adalah hari ke 9 perintah kawalan pergerakan Semalam Perdana Menteri mengumumkan pelanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi iaitu sehingga 14 April 2020 Kerajaan juga telah mengumumkan penangguhan bayaran ...
Resepi Kuah Laksa Lemak Yang Sedap Dimakan Dengan Laksa Atau Laksam

Resepi Kuah Laksa Lemak Yang Sedap Dimakan Dengan Laksa Atau Laksam

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 793 hits
RESEPI LAKSA LEMAK Assalamualaikum semua Semalam malas pulak nak masak apa apa untuk sarapan jadi Sha sarapan dengan nasi kerabu yang di beli di pasar alang alang keluar cari ikan segar di pasar Makan nasi kerabu memang sampai petang kekeny...
Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Sedap Macam Masakan Mak

Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Sedap Macam Masakan Mak

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 883 hits
Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Sedap Macam Masakan Mak Assalamualaikum Kalau kat kampung kuey teow goreng ni antara menu wajib tau Ramai penggemar Kalau tak nak makan nasi memang masak kuey teow goreng Kadang kadang beli tak kena dengan t...
Daging Masak Black Pepper Sedap Dan Mudah Main Campak Campak

Daging Masak Black Pepper Sedap Dan Mudah Main Campak Campak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 334 hits
hi there daging masak black pepper sedap hasil air tangan mr Husband Mrs Pip bukanlah seorang yang pandai memasak dan kebiasaannya apabila mrs pip ingin makan sesuatu menu yang mrs pip ndak pandai masak maka terpaksalah mr Husband masuk dap...
Petua Masak Nasi Tidak Melekat Dan Nampak Cantik Putih Berseri

Petua Masak Nasi Tidak Melekat Dan Nampak Cantik Putih Berseri

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 723 hits
Salam to my reader Dah lama Seri Wangi tidak share petua petua kat blog Seri Wangi kali ni nak share petua paling mudah untuk korang yang rajin memasak iaitu cara masak nasi agar tidak melekat lembik Senang jer caranya kita basuh beras sepe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner