Sup Kambing Berempah Yang Sangat Sedap



Hari ini adalah hari ke 9, perintah kawalan pergerakan. Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pelanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi iaitu sehingga 14 April 2020. 

Kerajaan juga telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bank, penyusunan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat bagi meringankan beban rakyat. Malahan Perdana Menteri berjanji akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh untuk semua tidak lama lagi.

Bagi mereka yang makan gaji, tentu tidak jadi masalah kerana gaji berjalan tapi biasa. Cuma saya bersimpati dengan mereka yang bekerja sendiri, yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Jadi sama sama lah kita membantu setakat yang terdaya. 

Bukan sahaja pada golongan asnaf ini tapi juga kepada petugas petugas keselamatan dan kesihatan yang bekerja tidak tentu masa. Mereka juga terdedah kepada risiko mendapat jangkitan wabak covid 19. 

Sangat menakutkan kerana wabak ini tidak memberi simpton awal pada mereka yang terkena jangkitan. Ianya adalah serangan yang berlaku di seluruh pelusuk dunia tanpa mengenai siapa atau latarbelakangnya. Menonton berita di TV juga mengesahkan Prince Charles disahkan positive Covid 19.

Bila mendapat simpton, mungkin telah terlewat untuk rawatan. Sama samalah kita berdoa agar wabak ini segera dapat dihentikan. Dalam keadaan ini, hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Hanya Allah tempat kita memohon perlindungan dan memohon pertolongan. 

Sementara itu, kita kena terus berada di rumah dan kerap membasuh muka dan tangan. Hatta disarankan supaya melakukannya setiap 15 minit sekali. Jangan menyentuh mata, hidung atau mulut kerana virus ini masuk melalui anggota berongga, bukan melalui kulit. Dengan cara berada di rumah, kita mampu memutuskan rangkaian wabak virus covid 19 dari terus menjangkiti satu sama lain. 


Lauk ini saya masak semalam iaitu hari ke8. Saya memasak sup kambing ini menggunakan daging kambing bahagian paha yang diberikan oleh besan kami semasa mereka membuat korban tahun lepas. Dari sehari ke sehari, asyik tertangguh kerana tak pasti apa yang nak dimasak.

Tapi masa perintah kawalan pergerakan ini, semua bahan masakan yang ada di rumah dikeluarkan untuk dimasak. Korek dalam semua peti ais dan freezer. Saya guna bahan bahan yang ada kerana tidak mahu selalu keluar rumah. Semalam, Hubby terpaksa juga keluar rumah untuk kali pertama kerana makanan ikan koi dan kelah di rumah kami telah kehabisan.  

Sup kambing berempah ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih tapi juga dimakan dengan mee kuning. Masukkan sekali sayur sawi yang dicelur. Sedaap. Kalau tak suka daging kambing, boleh jer digantikan dengan tulang lembu. 
Jom layan resepi di bawah ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....



Sup Kambing Berempah Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 kg tulang kambing - rebusRempah 4 sekawan1-2 sudu kecil garam kasar½ sudu kecil gulaBatang saderi
Bahan A - kisar:1 biji bawang besar6 biji bawang merah5 ulas bawang putih4 inci halia2 sudu besar lada hitam biji
Bahan B:2 - 2 ½ sudu besar rempah sup3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih
Cara cara:Masak daging kambing dengan periuk tekanan selama 20 minit. 
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga wangi. 

Masukkan bahan B. Kacau dan tumis sehingga terbit minyak. 

Masukkan tulang dan air rebusan tulang. Tambahkan air secukupnya, jika perlu. 

Masukkan garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan batang saderi dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih. 

Nota:Boleh juga dihidang dengan mee kuning dan daun sawi yang dicelur. Tabur bawang goreng.



Nota:Boleh gunakan tulang lembu juga jika tidak suka kambing.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/03/sup-kambing-berempah-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 598 hits
Sebelum kita mulakan nak tanya kalau dah klik iklan google di blog saya Bukan apa ramai yang takut kalau iklan tersebut menyebabkan virus Jawabnya tidak kerana iklan tersebut memang di endorse oleh google Iklan google akan memberi income pa...
Kambing Bakar Sedap Di Restoran Kambing Bakar Kontena Setia Alam Shah Alam Selangor

Kambing Bakar Sedap Di Restoran Kambing Bakar Kontena Setia Alam Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 1420 hits
Kambing Bakar Sedap di Restoran Kambing Bakar Kontena Setia Alam Shah Alam Selangor Harini Hari kedua mama work from home atas Perintah Kawalan Pergerakan dari negara Maaysia Mama doakan semua Kita terhindar dari penyakit Covid 19 Mama nak ...
Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 685 hits
Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap Mee hoon atau ada yang sebut bihun adalah mee halus yang mudah dimasak dengan menu apa sekalipun Yang paling kerap orang masak adalah mee hoon sup dan buat mee goreng Orang panggi...
Resipi Sup Bayam Brazil Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Resipi Sup Bayam Brazil Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 766 hits
hi there lauk simple makan malam kami tadi sup bayam brazil bersama telur yang ditumis Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah tak guna banyak bahan mana pun hanya guna bahan bahan yang sedia ada di dapur ikut citarasa dan kreativiti masing...
Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap Dan Simple Banget

Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap Dan Simple Banget

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 1032 hits
Masakan yang paling menambat selera anak anak mestilah ayam goreng Kebiasaannya aku masak ayam goreng kunyit saja macam biasa Cara goreng yang malas tu iaitu letak garam kunyit dan campurkan sedikit tepung jagung Boleh saja cara tu tapi kal...
Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah

Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 638 hits
Cara Buat Apam Tepung Gandum Sedap Dan Mudah Memang mudah nampak gayanya sebab tu meronta ronta hati nak buatnya Tetapi bahan bahan yang ada kat rumah ni belum mencukupi Ada sesetengahnya ngak ada tu kena cari dulu HeheRamai yang dah cuba y...
Belanja Anak Kek Sedap Buatkan Kek Marble Nestum Sedap Lembut Terlajak Gebu

Belanja Anak Kek Sedap Buatkan Kek Marble Nestum Sedap Lembut Terlajak Gebu

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 730 hits
Bila waktu dihabiskan sepenuhnya di rumah banyak masa terluang yang dapat dilakukan bersama sama seluruh isi keluarga Salah satu aktiviti wajib mama pastinya menyediakan sajian makanan untuk seisi keluarga Bosan dengan menu biasa apa kata h...
Resepi Donut Sedap Confirm Jadi Kalau Follow

Resepi Donut Sedap Confirm Jadi Kalau Follow

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 436 hits
Alhamdulillah dah seminggu lebih kita di tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Masa ini boleh dikatakan semua mak mak sibuk didapur masak mencuba resepi baru kalau dulu jarang nak masak dirumah sebab sibuk bekerja sekarang Allah bagi kita pelu...
Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 1226 hits
Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Kuih lapis adalah kuih tradisional kegemaran rakyat Malaysia dan seharusnya semua orang boleh buat Cuma sedap atau tak sedap je hihiDah lah disukai ramai kuih lapis juga mudah nak buat dan ko...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya