Masak Guna Induction Cooker Aka Dapur Induksi Philips
Ada beberapa perkara yang saya impikan pada tahun 2020 sudah tercapai dalam bulan ini. Salah satunya adalah untuk menambah koleksi di dapur. Induction cooker atau dikenali juga sebagai dapur induksi (betul ke?) adalah antara koleksi terbaru yang saya hajatkan sebelum ini dan baru saya miliki. Alhamdulillah..
Induction cooker berjenama Philips dipilih memandangkan saya sekeluarga suka makan steamboat. Jadi apa kaitan antara steamboat dengan dapur induksi ni? Sebabnya adalah induction cooker mudah diangkut dan dibawa ke hulu hilir berbanding periuk nasi yang saya gunakan untuk memasak steamboat. Ingat tak saya pernah masak steamboat dengan periuk nasi?
Boleh baca di sini >> Resepi Steamboat Sedap
Dengan adanya induction cooker, lebih senang saya nak memasak steamboat di atas meja makan selepas ni. Selain merebus, saya juga boleh menggoreng. Hanya perlu tukar periuk atau pan sahaja untuk memasak dan proses memasak juga jadi lebih pantas berbanding menggunakan dapur gas biasa.
Cara Masak Guna Induction Cooker @ Dapur Induksi Philips
Disebabkan kami berdua baru pertama kali menggunakan dapur induksi Philips, makanya berlakulah perkara di luar jangkaan yang menyedihkan. Ameera menyentuh permukaan dapur induksi yang masih panas dan menangis kesakitan!
Aduh..kami ingatkan permukaan dapur tidak terlalu panas selepas memasak kerana tidak menggunakan api, rupanya kami salah faham. Nasib baik hanya merah sedikit sahaja di jarinya. Check video di bawah untuk lihat bukti kejadian dan cara menggunakan induction cooker aka dapur induksi Philips kepunyaan kami ni okeh. Enjoy watching..
Disebabkan induction cooker tidak menghasilkan api semasa memasak, jadi permukaannya tidak panas. Walaubagaimanapun, periuk atau pan yang berada di atas induction cooker tetap mengalirkan haba ke persekitaran menyebabkan dapur induksi akan turut berasa panas. Jadi, sebaiknya jangan sesekali menyentuh permukaan dapur induksi selepas memasak ye.
Kebaikan dan Keburukan Induction Cooker
Ada kelebihan dan keburukan tersendiri apabila memasak dengan menggunakan induction cooker ni. Antara kebaikannya adalah, ianya kecil dan ringan jadi mudah diangkut ke mana sahaja. Ia juga tidak memerlukan ruang simpanan yang besar serta proses memasak jadi lebih pantas berbanding menggunakan dapur biasa.
Tidak menggunakan gas, dapur induksi memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Jadi, katakan saya kehabisan gas di rumah, tidak perlu kalut lagi selepas ini. Saya boleh memasak menggunakan induction cooker sebagai alternatif. Tidak perlu gas, hanya perlu plug-in sahaja
Walaubagaimanapun, kekurangan induction cooker ialah ia hanya boleh memasak dengan menggunakan periuk atau pan yang tertentu sahaja. Disebabkan dapur induksi bekerja dengan konsep aruhan elektromagnet, jadi periuk yang digunakan haruslah diperbuat daripada bahan logam yang telap medan magnet.
Itu sebabnya pemilihan periuk yang bersesuaian amat penting sekiranya menggunakan induction cooker. Tak boleh pakai sebarangan periuk kerana induction cooker tidak dapat mengesan periuk yang tidak bersifat magnetik. Bila tak dapat detect, jadi maksudnya tak dapatlah nak memasak kan.
Selain itu, proses memasak hanya boleh dilakukan jika mempunyai sambungan tenaga elektrik pada induction cooker. Jangan pula membawa induction cooker semasa berkhemah di dalam hutan jika tiada plug penyambung tenaga elektrik, bimbang kelaparan nanti. Perkhemahan sadis pula jadinya.
Tak sabar saya nak menggunakan dapur induksi Philips untuk memasak nanti. Tapi masakan yang menghasilkan percikan kuat seperti sambal mungkin perlu gunakan dapur biasa sahaja untuk memasaknya. Habislah dapur induksi Philips yang cantik molek ni berminyak kalau masak sambal nanti. Harap awak sentiasa cantik ye dapur induksi Philips ku :P
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2020/01/masak-guna-induction-cooker-dapur-induksi-philips.html