Masak Gulai Ikan Sedap Guna Rempah Giling Homemade
Rempah giling memang mempunyai rasa yang sangat enak berbanding serbuk rempah sedia guna yang banyak dijual di pasaran. Aroma serta keaslian rasanya membuatkan hidangan menjadi kegemaran ramai. Nak cuba buat rempah giling untuk masak Gulai Ikan? Saudara Muhamad Farid Omar ada kongsikan resipi perkongsian dari ibunya. Selamat mencuba dan moga bermanfaat.
RESIPI REMPAH GILING HOMEMADE UNTUK MASAK GULAI IKAN
(NOTA: Tiada sukatan tepat. Ibu empunya resipi hanya agak-agak dan ambil sukatan guna tangan sahaja)
BAHAN-BAHAN:
Rempah biji ( biji ketumbar) – beli online disiniJintan manis ( sukatannya mesti lebih banyak dari jintan putih) – beli online disiniJintan putih – beli online disiniLada hitam – beli online disiniCili kering – beli online disiniKunyit hidup/segarBawang merah – potong kecilBawang putihCARA MEMBUAT:
1. Satukan rempah biji, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan cili kering.
2. Rendam seketika ( beberapa saat sahaja) di dalam air panas. Tapis dan toskan sampai kering airnya.
3. Untuk proses mengguling, mula-mula, giling dulu kunyit hidup hingga sedikit hancur.
4. Kemudian campur pula bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi. Giling hingga lumat.
5. Bila rempah dah kelihatan lumat, masukkan bawang merah dan vawang putih. Giling sampai bawang lumat dan sebati.
6. Lurutkan sisa rempah pada batu giling dan bulatkan. Sedia digunakan untuk masak Gulai Ikan.
TIP & PETUA:
1. Masa giling, rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
2. Kalau rempah agak kering, boleh titiskan air masa proses giling. Sebab itu kena giling kunyit hidup terlebih dahulu kerana kunyit akan keluarkan air.
3. Teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling. Pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan ke bawah. Kalau betul teknik dia, boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis.
4. Gulai nak rasa sedap, masa akhir sekali, masukkan kepala santan (santan paling pekat dari perahan pertama). Kacau sekejap dan tutup api.
5. Gulai ni kalau masak guna periuk tanah lagi sedap dan aroma rempah sangat best.
Kredit resipi, petua & foto: Muhamad Farid Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Masak Gulai Ikan Sedap Guna Rempah Giling Homemade appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/06/masak-gulai-ikan-sedap-guna-rempah.html