Masak Daging Dendeng






Akhirnya,
berjaya juga Mama Yan masak daging dendeng,Setelah lama memasang angan angan.Takdelah susah sangat nak membuatnya,Tapi boleh tahan leceh jugalah cara pembuatannya.
Part yang paling malas tu,bab nak tumbuk daging yang dah direbus tu.Longlai rasa tangan puasa puasa ni menumbuk daging rebus.
Sebelum mula masak, Dah rendam daging,Tapi belum ada rancangan daging nak masak apa,Mama Yan siap tanya suami nak masak apa daging ni agaknya..Suami punya jawapan,Asalkan bukan kari, cukuplah..Hahaha...Nampak tak..?Betapa kerapnya Mama Yan masak kari kat rumah,Sampai suami MY dah tak lalu nak makan kari dah kat rumah.Nak buat macam mana kan..Anak anak MY suka makan kari,Cuma bulan puasa ni,Malas la asyik bagi makan kari,Dah la musim panas,bertambah panas la badan kena rempah kari..
Mama Yan selalu masak kari tu bukan apa...Kalau masak kari kan..lauk kari yang tak habis tu,Esok esoknya kita buah jemput jemput ke,lempeng ke... boleh cicah dengan kari..Tu pasal la selalu masak kari.Kalau masak lemak putih, masak sup, masak kicap,Mana ngam nak buat cicah tepung goreng ni..ye dak??
Jom tengok Mama Yan punya resepi dendeng yang Mama Yan tiru dari dalam majalah,Tapi MY ubah la sikit sikit,Tak la copy & paste hundred percent.Mungkin dalam 99% la kut tiru.1 peratus je yang Mama Yan ubah,hahaha.. baik tak payah ubah ye dak..aje poyo minah ni.
RESEPI DAGING DENDENG Bahan-bahan:
1/2 kg daging | potong sederhana 
1 biji bawang merah saiz sedang - kisar
5 ulas bawang merah kecil - kisar
2 batang serai - kisar
1 inci halia - kisar
2 sudu cili kisar
Kicap lemak manis secukupnya
Sos tiram secukupnya 
1 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa




Cara memasak:


1. Daging direbus sehingga lembut.
Simpan air rebusannya. Toskan daging dan sejukkan. 
2. Setelah sejuk, tumbuk daging hingga nipis. Pastikan tidak hancur sangat. 
3. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis. Masukkan kicap sehingga daging nampak kehitaman. 
4. Perapkan selama 20 minit. 
5. Panaskan minyak dan goreng daging tadi hingga sedikit garing. Toskan dan letak dalam pinggan berasingan. Ketepikan. 
6. Tumis bahan kisar hingga wangi. 
7. Kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
 8. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.
Tambahkan juga sedikit sos tiram dan kicap manis. 
9. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. 
Gaul sehingga sekata.
10. Akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini. 
Masak sehingga dendeng menjadi kering. 
11. Sedia untuk dinikmati.




Mama Yan gunakan kicap Lemak Manis Jalen yang dapat masa pergi jemputan kahwin anak Wak Jali bulan lepas.
Mudah mudahan sampai pahala buat Wak Jali kerana bagi barang makan untuk orang berbuka puasa.
Bagus betul strategi pemasaran Jalen ni tau.
Dulu dulu,
dalam 15 tahun lepas,
Kicap Jalen ada jual sekitar Johor aje.
Masa anak MY kecik kecik dulu,
Kalau balik Raub,
kami terpaksa bawa botol kicap Jalen balik sekali.
Sebab kat Raub takde jual kicap Jalen.
Boleh si abang mengaruk taknak makan kicap Cap Kipas Udang kat rumah atok Raub.
Pusing keliling bandar Raub atok dia naik motor cari Kicap Jalen.
Lepas tu, memang bawa kicap sendiri la...





Daging perap kicap tadi tu,Mama Yan goreng dalam minyak yang cukup panas,Kemudian,Angkat dan toskan,l minyaknya,Bekas penapis besi ni MY beli di Eco Shop la..Kat mana lagi tempat shopping barang dapur mur mur kann,Bagus beli penapis besi ni,Senang nak toskan makanan panas panas,
Alhamdulillah,Jadi juga Mama Yan punya daging dendeng,Suami kata,Rasanya yang mama masak ni lagi sedap daripada Kerol Aming punya,Hahaha…bagus… pandai bodek bini..Esok bini ni masak lagi ye..Tapi tak bodek atau puji pun,  Mama Yan tetap masak juga,
Mama Yan juga kukuskan kuih pau segera kedai eco, dan suami ada belikan ayam goreng dari kedai mamak, Sebabnya, adik Mijan belum pandai makan daging,Dia reti makan ayam je,Alhamdulillah, Syukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan sehingga ke hari ini.











 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/03/masak-daging-dendeng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Masak Daging Dendeng Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk

Cara Mudah Masak Daging Dendeng Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 164 hits
Siapa cakap susah nak masak dendeng daging Sebenarnya tak perlu masak sampai 4 atau 5 jam untuk dapatkan daging yang empuk dan sebati Menerusi perkongsian oleh Puan Yasmin Dayanti Fami beliau menunjukkan cara masak daging dendeng dalam temp...
Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Ada pencinta daging macam SA Meh SA nak share resepi dagjng masak hitam ni ye nanti bila2 boleh buat SA jumpa resepi ni kat FBHujung entry SA letak kredit ye SA memang nak cuba masak daging masak hitam ni tapi bukan hari ni ...
Menu Ramadan Ke 14 Daging Masak Hitam Kerabu Taugeh Bersama Kacang Kelisa

Menu Ramadan Ke 14 Daging Masak Hitam Kerabu Taugeh Bersama Kacang Kelisa

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDah puasa yang ke 14 yerr Bermakna dah 2 minggu kita semua berada dalam bulan Ramadan ni Sekejap saja rasa alih alih dah nak sampai ke penghujung Ramadan Hari ni CCL offday so ni ja peluang untuk berbuka d...
Resepi Daging Dendeng Perak Style

Resepi Daging Dendeng Perak Style

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum Siapa yang x dapat battle daging dendeng KA Haha SA antara yang x dapat lepas tu dah malas dah nak cuba SA jenis kurang sabar baik SA buat sendiri boleh buat banyak dan puas makan Bahan bahan resepi yang SA jumpa kat FB ni m...
Sambal Daging Dendeng Sumatraa

Sambal Daging Dendeng Sumatraa

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Harapan nak merasa Dendeng Nyet dari Khairul Aming nampaknya tidak kesampaian lagi 3kali terciduk battle untuk dapatkan daging dendeng nyet tersebut First terciduk masa Khairul Aming launching dendeng nye...
Daging Goreng Kunyit Kelantan

Daging Goreng Kunyit Kelantan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 215 hits
Saya amat bersyukur kerana di usia persaraan saya banyak perkara berlaku yang mengembirakan saya Pertama mesti lah kerana semua anak anak saya telah menamatkan pengajian masing masing termasuk anak bongsu saya Hazween yang telah menamatkan ...
Menu Ramadan Ke 9 Daging Goreng Kunyit Sambal Ikan Talang

Menu Ramadan Ke 9 Daging Goreng Kunyit Sambal Ikan Talang

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ni rezeki rezeki dapat nasi putih bersama daging goreng kunyit Memang kalau bulan puasa menu daging ataupun ayam goreng kunyit menjadi juadah berbuka CCL Memang dah jadi favourite Tapi sejak sejak ba...
Daging Pembayaran Dam Jemaah Haji Akan Dibawa Pulang Ke Indonesia Mulai 2024 Ini Alasannya

Daging Pembayaran Dam Jemaah Haji Akan Dibawa Pulang Ke Indonesia Mulai 2024 Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 192 hits
Kementerian Agama sudah membuat pedoman untuk rencana tersebut agar bisa mulai diterapkan pada musim haji 2024
Satgas Pangan Polri Beberkan Penyebab Harga Telur Dan Daging Masih Tinggi Jelang Lebaran

Satgas Pangan Polri Beberkan Penyebab Harga Telur Dan Daging Masih Tinggi Jelang Lebaran

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 124 hits
Harga tinggi telur dan daging itu ditemukan Satgas Pangan Polri mengecek ketersediaan stok pangan di sejumlah pasar tradisional
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord