Masak Cantonese Kueyteow


 Assalamualaikum WBT 


INGATKAN malam ni nak masak ala Restoran Tomyam. Menunya, Tomyam Seafood, Daging Masak Merah dan Ayam Buttermilk tapi Pak Inche beritahu dia dah makan nasi. Tak mahu makan nasi malam, diet katanya, hahahaha. Sk malas nak keluar cari makan, tahulah PI tu, asyik-asyik nak makan tempat yang sama jer, ni nasib baiklah Restoran Al-Anisah tu pukul 8 malam dah tutup, kalau tidak memang ke sana sajalah tujunya.


Sk cadangkan masak Cantonese Kueyteow, terus PI setuju. Lama dah Sk tak masak CKT ni. Kalau semak post lama, yang akhir masak CKT tu tahun 2021, maknanya dah tiga tahun tak masak CKT, balik-balik makan kat kedai. Jadi, balik kerja tadi terus singgah Pasaraya Hosey, beli kueyteow sebungkus, sawi sebungkus, cili padi sikit dan telur sepapan. Teringat pulak beras dah nak habis, ambil sebungkus pek 5 kilo. Nampak pulak Sumi Jelly Manis, teringat sekarang viral cara buka sumi, beli sebungkus, boleh lawan makan sumi dengan Iman, hahaha.




Udang dan Sotong Pak Inche baru beli kat Pasar Tani semalam. Tu la tu yang teringat sedapnya kalau masuk dalam kueyteow. PI pulak tadi sempat singgah pasar malam, dia beli rojak dua bungkus (RM10/2 pek, RM6/1pek). Lepas tu beli buah manggis (RM10/2kg) dan tembikai RM10 sebiji. Besar jugak tembikainya, semangat Iman belah tembikai sekali suap sepotong dah lain rasa dia. Patutlah murah. Tapi PI kata, masa beli tu, penjual tu pesan dah, kalau buah tak elok minggu depan datang bagitahu, nanti dia ganti buah baru


Eh, nak ke resepi CKT Sk ni? Meh copy paste, hehehe


Cantonese Kuey Teow

Bahan A

500 gm kueyteowKicap pekat secukupnya2 tbs minyak masak

Cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan kueyteow

2. Masukkan kicap pekat secukupnya, kalau terlebih pun tak apa sebab kicap pekat ni tawar, cuma kalau terlebih nanti hitam pekat pulak kueyteownya, hehehe

3. Kacau kueyteow dan kicap pekat hingga sebati, angkat dan letak dalam pinggan yang lebar dan mungkum


Bahan B
Sedikit minyak masak5 ulas bawang putih dicincang5 - 6 ekor udang 2 ekor sotong (potong ikut citarasa)2 keping kek ikan (hiris)Sawi (asingkan batang dan daun)4 cawan air3 tbs tepung jagung (larutkan bersama 1/2 cawan air)1 senduk kicap cair1/2 tbs minyak bijanGaram secukup rasa1 kiub ikan bilis1 tbs serbuk lada sulah2 biji putih telur

Cara Memasak Kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih

2. Masukkan udang, sotong dan kek ikan, kacau sebentar hingga udang berubah warna kemerahan

3. Masukkan air dan batang sawi

4. Masukkan kicap cair, garam, kiub ikan bilis dan serbuk lada sulah serta minyak bijan, biar mendidih

5. Masukkan daun sawi

6. Masukkan air tepung jagung, biar kuah mendidih lagi sekali

7. Tutup api, Masukkan putih telur dan kacau membentuk bulatan

8. Tuangkan kuah ke dalam pinggan yang diletak kueyteow tadi

9. Makan dengan cili jeruk atau cili padi potong yang direndam dalam kicap cair


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/masak-cantonese-kueyteow.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Joy Revfa Hamil 10 Minggu Tak Sempat Pergi Honeymoon Kali Ini Tiba Tiba Rajin Masak

Joy Revfa Hamil 10 Minggu Tak Sempat Pergi Honeymoon Kali Ini Tiba Tiba Rajin Masak

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 226 hits
Joy Revfa 10 Minggu tak sempat pergi honeymoon kali ini tiba tiba rajin masak Usahawan kosmetik Joy Revfa berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia kini sedang 10 minggu Joy Revfa Hamil 10 Minggu Tak Sempat Pergi Honeymoon Kali Ini T...
Ayam Masak Kandar Mudah Masak Dan Surr

Ayam Masak Kandar Mudah Masak Dan Surr

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 216 hits
Memang terangkat menu ni bila dihidang dengan nasi panas panas Ayam masak kandar ni bukan hanya sesuai dengan nasi putih malah makan dengan nasi biryani lagi surr Ayam Masak Kandar Bahan bahan 1 2 ekor ayam 3 sekawan 3 biji bawang merah 3 b...
Beras Basmathi Harga Khasiat Cara Masak

Beras Basmathi Harga Khasiat Cara Masak

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 213 hits
Beras basmathi atau turut dikenali sebagai raja beras merupakan beras yang berasal dari India Beras jenis ini mempunyai aroma yang wangi dan panjang panjang bentuknya Ia boleh dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai masakan antaranya iala...
Asalkan Ahad Je Mesti Entry Masak

Asalkan Ahad Je Mesti Entry Masak

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum Salam hujung minggu semua Hari ni SA masak awal lauk pun biasa biasa je bila suami ada kat rumah minggu ni Kami berdua cuti sampai Isnin Isnin nanti nak service kereta sebab dh cukup 1000km just normal service aje untuk Kali...
Masak Untuk Suami

Masak Untuk Suami

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum Balik kerja semalam gigih SA sampai je terus masak ada ayam kampung kan SA buat masak lemak cili api lepas tu dalam pukul 8 lebih suami pun sampai sampai je terus ke dapur tengok SA masak apa sekali dia request buatkan i tel...
Daging Masak Kicap Resipi Mak Mertua Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Daging Masak Kicap Resipi Mak Mertua Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 354 hits
Daging Masak Kicap mak mertua Tentunya sangat sedap ni Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial Ada yang guna rempah ada yang tidak Macam macam teknik juga ada digunakan Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA...
Masak Tempoyak Ikan Baung Lauk Lunch Hari Ini

Masak Tempoyak Ikan Baung Lauk Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum SA dh sudah makan dh Hari ni bekal SA special skit semalam kan Pak Zain beli ikan baung dan tunggu SA balik baru masak kan SA buat masak tempoyak uolls mulanya nak buat asam pedas xde plak cili kisar erm Alhamdulillah sedap ...
Kat Sini Baru Semangat Nak Masak Speghetti

Kat Sini Baru Semangat Nak Masak Speghetti

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 198 hits
Sebelum nak review restoran Morocco yang kita pegi semalam nbsp kita upload dulu masakan sendiri Lepas maghrib baru sibuk kat dapur masak speghetti seafood bolognese mengenangkan tak de mood nak makan sayur betik muda yang hubby minta nbsp ...
Masak Ayam Sambal

Masak Ayam Sambal

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum WBT PAK Inche balik dari KL hari tu mulanya dia ajak makan nasi kat luar tapi entah macam mana boleh tanya ke nak masak nasi makan kat rumah aje ishhhh mulut ni Boleh juga masak Ayam Sambal ke cadang PI Iman terus mengeluh d...
Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Gsf Akan Masuk Zon Kuning Risiko Dipintas Tinggi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Football Legend Dollah Salleh Joins Leaders In Questioning Fifa S Sanctions Against Fam

Kinabatangan Makes Its Mark As Malaysia S Latest Unesco Biosphere Reserve

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Jangan Terlalu Berkira

Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Antara Lapar Malam Dan Menjaga Diri

Sharee Lopes Permainan Chord