Masak Australia Wagyu Beef Burger
Assalamualaikum WBT
SEKEJAP aje dah habis sehari cuti hujung minggu. Hari ni dapatlah berjimba-jimba tiga beranak. Iman ajak ke Paradigm Mall, lama tak ke sana dan lama tak pow jalan-jalan dengan bonda dan babah, katanya. PI pulak semalam kerja sampai awal pagi, PI kata, tunggu dia buat story Piala Sumbangsih 2025 dulu. Jadi, pagi ni, Sk buat sarapan sandwich telur kat rumah aje. Petang, baru keluar makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House dan selepas tu kami ke Paradigm Mall. Jenuh ya nak naik PM tu sekarang. Dia punya jammed start dari BBU, perghhhh!

Selingan sebelum masuk tajuk sebenar.., tiga kali hari ni singgah minum-minum di Paradigm Mall. Mula-mula, masa baru sampai, kami minum di Food Court, tarik nafas sekejap lepas menempuh kesesakan lalu-lintas kat Jalan Skudai tu. Dah penat pusing-pusing, kami mengopi pulak di Dagan Rengit Coffee

Pesan Roti Bakar Kaya dan Portugese Egg Tart jugak. Makan sambil borak isu viral terkini

Sebelum balik, singgah minum Float pulak kat A&W, heheheh. Hari tu balik dari Perlis kami singgah makan kat A&W, R&R Seremban, tapi macam tak puas pulak. Jadi, kali ni memang beli float aje la dengan fries gulung² tu entah lupa nama dia, hahahaha

Singgah Village Grocer nak tengok harga Australia Grass Fed Striploin Steak hari ni, maheiii.. tak jadi beli. Lepas tu Iman ternampak Australia Beef Wagyu Patty Burger ni. Baru Sk teringat, ada nampak promosi di FB Village Grocer tentang patty burger wagyu ni, beli satu (RM10.90) percuma satu

Dia dah pek siap-siap. Ada yang 2 in 1 dan yang ini 4 in 1. Kiranya yang pek macam ni beli dua percuma dua (RM21.80) sahaja

Iman berkenan sangat dengan tomato yang masih ada tampuk ni, kita beli la yang ni, RM3.24. Padahal bukan nak makan pun tampuk dia tu, sabar aje la

Tengok harga timun Jepun lagi murah dari harga timun biasa, kita ambil timun Jepun la sebiji. Ni 89 sen sebiji lepas timbang. Timun tu Sk guna slicer, tomato hiris nipis guna pisau. Salad tak beli sebab nanti guna lapan lai aje, yang lain lebam dalam peti ais, huhu

Bagusnya VG jual sekali roti burger ni letak sebelah kaunter patty burger. RM5/ 1 set, ada 4 roti burger yang telah siap dibelah dua, mudah kerja kita

Rapuh patty ni, kena terbalikkan berhati-hati tapi sebiji terpecah dua PI buat, hahaha

PI makan sebiji pun dah kenyang sangat. Selalu PI kalau makan burger dua biji baru kenyang. Sk dan Iman memang jenis makan sebiji dah kenyang. Sedap uiii wagyu, juicy dan creamy

Tebal patty dia ni. Bagusnya VG ni kan, kalau dia buat promosi dari sekian haribulan sampai sekian haribulan, memang dia buat. Bukan selagi stok masih ada. Ni yang Sk perasan la. Masa beli ni pun PI cakap, dia nampak staf VG tengah proses lagi patty wagyu burger ni

Carbonated water perisa anggur tu Iman beli kat Mercato minggu lepas. Kebetulan belum buka lagi, barulah matching makan burger wagyu minum carbonated water tu kannn, huhuhu. Adoi, dari pagi sampai malam minum air manis hari ni, esok kita minum ais kosong balik naaa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/08/masak-australia-wagyu-beef-burger.html