Masa Wajib Untuk Ph Buktikan Anwar Memang Layak Jadi Pm Kata Kadir



(Malaysiakini) – Ketika kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri terus dipersoalkan, Pakatan Harapan (PH) “wajib” membuktikan secara tuntas bahawa Anwar Ibrahim adalah tokoh paling layak menjadi perdana menteri.
Wartawan veteran dan bekas penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin berkata ketika ini isu yang sedang menjadi perhatian ialah usaha mengetepikan Muhyiddin daripada jawatan perdana menteri.
Pada masa sama wujud pula “kluster mahkamah” dari Umno yang campur tangan dalam urusan kerajaan Perikatan Nasional.
Kedua-dua keadaan itu katanya membuka jalan kepada penyusunan semula politik negara.
“Serentak itu PH wajib berusaha sekeras-kerasnya bagi membuktikan once and for all yang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, adalah orang paling layak menjadi Perdana Menteri.
“Kalau masih tidak berjaya berhentilah daripada menyalahkan orang lain,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Sebilangan ahli parlimen Umno – termasuk presidennya Ahmad Zahid Hamidi – kini sedang gigih membuktikan bahawa Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di parlimen dan mesti berundur.
Bagaimanapun Muhyiddin bertegas dan menyatakan sebaliknya. Muhyiddin juga mendakwa wujud pihak tertentu yang mahu dia campur tangan dalam kes-kes mahkamah melibatkan ahli politik.
Tak semestinya sokong Anwar
Untuk rekod, dalam keadaan tidak semua ahli parlimen memihak kepada Ahmad Zahid, Umno tidak mungkin dapat menguasai majoriti di parlimen dan membentuk kerajaan.
Pemerhati berpendapat ia membuka kepada kemungkinan wujud kerjasama Umno dengan parti tertentu.
Kata A Kadir tanpa Muhyiddin dan gangguan kluster mahkamah, wujud peluang merombak penjajaran PN agar menjadi kerjasama yang lebih besar melalui penyertaan parti-parti yang selama ini berkecuali seperti Warisan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
“Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan, tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi perdana menteri.
“Anwar kena buktikan secara sahih yang dia mempunyai sokongan majoriti ahli dewan. (Ahli parlimen yang) tidak sokong Muhyiddin tidak bermakna menyokong Anwar,” katanya.
Pilihan yang terbaik kini, menurut A Kadir, ialah meredakan ketegangan politik sejak rampasan PN merampas kuasa daripada PH pada 17 bulan lalu dan mengembalikan kestabilan pemerintahan negara sehingga pilihan raya umum boleh diadakan.
“Kita akui sajalah yang dalam tempoh 17 bulan pemerintahannya, hatta dengan dibantu perisytiharan darurat dan belanja yang besar, kerajaan PN gagal menangani Covid-19 seperti yang dijanjikan dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara.
“Mana-mana pun kerajaan yang wujud selepas undi percaya terhadap Muhyiddin nanti tidak boleh dibenarkan memboros duit pembayar cukai ke atas bilangan menteri, timbalan menteri dan penasihat khas bertaraf menteri yang sangat ramai seperti sekarang,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/06/masa-wajib-untuk-ph-buktikan-anwar-memang-layak-jadi-pm-kata-kadir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Kata Anwar Buktikan Dulu Ada Sokongan Majoriti Jika Mahu Jadi Pm

Kadir Kata Anwar Buktikan Dulu Ada Sokongan Majoriti Jika Mahu Jadi Pm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 364 hits
Kadir kata Anwar buktikan dulu ada sokongan majoriti jika mahu jadi PM Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi perdana menteri Anwar kena buktikan secar...
Buktikan Anwar Layak Jadi Pm Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain

Buktikan Anwar Layak Jadi Pm Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 321 hits
Kata Kadir tanpa Muhyiddin dan gangguan kluster mahkamah wujud peluang merombak penjajaran PN agar menjadi kerjasama yang lebih besar melalui penyertaan parti parti yang selama ini berkecuali seperti Warisan Parti Pejuang Tanah Air Ikatan D...
Tiba Masa Mahiaddin Berundur Anwar Pm Pilihan Terbaik

Tiba Masa Mahiaddin Berundur Anwar Pm Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 299 hits
Kemelut politik yang berpanjangan melanda Malaysia hanya boleh diselesaikan sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur secara terhormat Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Damansara Dzulhilmi Zainol tindakan kerajaan Perik...
Anwar Dicabar Buktikan Majoriti Sekarang Tanpa Tunggu Parlimen

Anwar Dicabar Buktikan Majoriti Sekarang Tanpa Tunggu Parlimen

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 220 hits
Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen Pemuda Pas mencabar Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan keabsahan mempunyai sokongan majoriti Ketua Penerangannya Khairul Nadzir Helmi Azhar ber...
Bukannya Memudahkan Doktor Tidak Diberi Pilihan Masa Untuk Beri Kenyataan Kata Peguam

Bukannya Memudahkan Doktor Tidak Diberi Pilihan Masa Untuk Beri Kenyataan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 289 hits
July 28 2021 Pengambilan keterangan pada waktu tersebut bertentangan dengan undang undang dan satu intimidasi terhadap kumpulan doktor berkenaan kata Asheeq Ali Sethi Alivi PETALING JAYA Doktor yang direkodkan kenyataan mereka kepada polis ...
Kata Psikolog Begini Cara Ajarkan Anak Menabung Sejak Dini Wajib Tahu

Kata Psikolog Begini Cara Ajarkan Anak Menabung Sejak Dini Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 339 hits
Mengajarkan anak anak menabung bisa jadi latihan mengelola keuangan dengan baik hingga ia dewasa nanti lo Moms Dads
Lebih Baik Bersama Kerajaan Sekarang Daripada Anwar Kata Mp Umno

Lebih Baik Bersama Kerajaan Sekarang Daripada Anwar Kata Mp Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 523 hits
agendaily com5 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi senada dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Seorang Ahli Parlimen UMNO membidas Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masih berusaha keras mengheret parti bekerjasam...
Kita Tak Ada Masa Sampai September Kata Dr M Mengenai Sidang Parlimen

Kita Tak Ada Masa Sampai September Kata Dr M Mengenai Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 246 hits
Dr Mahathir Mohamad mencadangkan sekumpulan pakar dibenarkan menyertai Majlis Pemulihan Negara untuk mengambil alih pengurusan krisis Covid 19 dengan diberikan kuasa dan peruntukan sewajarnya PETALING JAYA Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Moha...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma