Masa Ni Aku Dilabel Macam Macam Kaki Kikiis La Kaki Bomh La Ekin Dedah Dugaan Selepas Kahwin Dengan Mawi


Pelakon Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat mendedahkan dia pernah ditimpa dengan dugaan yang berat selepas mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi 10 tahun lalu.
Antaranya Ekin memberitahu dia telah difitnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh masyarakat ketika itu.
Namun Ekin bersyukur kerana rumah tangganya dapat bertahan dan bahagia hingga ke hari ini kerana Mawi atau Asmawi Ani seorang yang penyabar dan penyayang.
“Alhamdulillah dah 10 tahun bersama x terasa, MasyaAllah tq @cahayaasmawi sbb byk mengajar i erti kesabaran dan kawal baran hahaha.. Syukur walaupun byk suka duka yg dtg kita tetap chill n senyum jer ek.
“Touching tgk gambo ni…Masa ni macam2 dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yg melebelkan aku kaki kikis la, kaki bomoh la hahaha.. ayooo camna la org2 tu semua nk mintak maaf ek atas fitnah2 dieorg ermm Serammmm..
“Nway Happy Anniversary to my beloved one @cahayaasmawi semoga awk sentiasa ada dgn saya sampai keakhir nafas saya yek hehe Amin ailabbiu..” tulisnya.
Ekin berkongsi perkara tersebut sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik fotonya menangis di hari pernikahannya.
Rata-rata kagum melihat kekuatan Ekin dan mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhirnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 6 tahun.
View this post on Instagram
Alhamdulillah dah 10 tahun bersama x terasa, MasyaAllah tq @cahayaasmawi sbb byk mengajar i erti kesabaran dan kawal baran hahaha.. Syukur walaupun byk suka duka yg dtg kita tetap chill n senyum jer ek .. . Touching tgk gambo ni Masa ni macam2 dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yg melebelkan aku kaki kikis la, kaki bomoh la hahaha.. ayooo camna la org2 tu semua nk mintak maaf ek atas fitnah2 dieorg ermmn Serammmm.. . Nway Happy Anniversary to my beloved one @cahayaasmawi semoga awk sentiasa ada dgn saya sampai keakhir nafas saya yek hehe Amin ailabbiu.. #blessed #ekinmawi @cahayamalaika
A post shared by Ekinmawi (@ekinmawi) on Dec 18, 2018 at 11:04pm PST

View this post on Instagram
20122008 date ni la kami disatukan.. . Disebabkan ramai sgt yg DM ekin smlm suruh throwback gambor2 kawinkan!! nahh hambik #tb sikit gambo2 10 tahun lepas makanya jgn muntah hijau yek . Di sebabkan throwback sgt so Kteorg nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH pada semua insan2 yg terlibat bersengkang mata siang malam dari A-Z tuk menjayakan majlis2 kami di 5 tempat uols fuhhhhhh.. Walaupun sebenarnya Letih yg amat.. Tp syukur sgt2 semuanya dipermudahkan oleh maha pencipta dgn berkatnya juga semua dpt berjalan dgn lancar ALHAMDULILLAH.. . #blessed #ekinmawi @cahayaasmawi
A post shared by Ekinmawi (@ekinmawi) on Dec 19, 2018 at 9:01pm PST

sumber: Astro gempak
Trowback Cinta Mawi & Ekin diuji
CINTA tidak memerlukan rasional untuk memilih siapa. Hitam kulitnya, atau putih warnanya, tidak lagi menjadi satu hal yang penting kalau hati sudah jatuh ke gelanggang percintaan.
Justeru sama ada pilihannya itu disenangi atau tidak oleh kalangan peminat, Mawi tidak mahu menoleh ke belakang lagi bila di hatinya sudah sarat dengan rasa cinta.
Bertempat di puncak Genting Highlands dalam kedinginan suhu 22 darjah celcius, Mawi mengakui “Benar, saya cinta dan sayang kepada wanita bernama Ekin.”
Wow! Itulah keadaannya bila arjuna kegilaan ramai ini sudah jatuh cinta. Mawi dipagut cinta dan wanita itu adalah individu yang sudah sekian lama dikaitkan dengan dirinya, Nora’asikin Rahmat.
Sebenarnya tidak ada yang baru tentang pendedahan yang dibuat Mawi. Ini kerana semenjak lebih setahun lalu, Mawi dan Ekin memang diketahui ramai sedang menganyam hamparan cinta bersama berdua.
Ia bermula dengan kisah Mawi ‘meninggalkan’ bekas tunangnya Ina Naim sehinggalah kepada sesi ziarah Mawi ke rumah Ekin pada Aidilfitri tahun lalu.
Kemudian ia merebak kepada hal personal termasuklah soal pembiayaan peribadi Mawi melalui cek bernilai RM5 ribu sebulan yang didedahkan media, sepasang cincin berukiran sama di jari masing-masing dan bukti-bukti lain yang diiakan oleh peminat sendiri.
SELEPAS membuka rahsia cintanya, Mawi dan Ekin pasti dikejar media dengan persoalan tentang perkahwinan pula.
Cuma barangkali kerana ini yang pertama kali terbit dari bibir Mawi sendiri, ia kelihatan seperti cinta yang berputik itu sudah semakin mekar dan berkembang dengan baik sekali.
Ya, bukan senang orang macam Mawi untuk membuat keputusan mengumumkan tentang kisah cintanya kecuali setelah dia benar-benar pasti denting di hatinya itu.
“Ekin punya keistimewaan tersendiri. Dia periang dan ‘gila-gila’. Kami serasi dan dia juga agak matang,” kata Mawi menyatakan rasional pilihannya itu.
Ekin pula mendedahkan Mawi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
“Dia sentiasa berada di sisi saya dalam susah dan senang,” kata Ekin memuji jejaka itu.
Melihat Mawi dipagut cinta yang kasmaran, ada nasihat yang lahir dari bibir dua orang kuat di sebalik sukses Mawi kepada penyanyi berkenaan yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya. Bila? Yang itu masih lagi rahsia.
Kerana banyak benar versi yang muncul kalau bercakap tentang soal yang satu ini. Ada yang kata Mawi dan Ekin akan ke jinjang pelamin sekitar Mei ini, ada yang kata Jun dan Disember. Malah ada yang mengaitkan dengan tarikh 8 Ogos sebagai detik keramat itu.
Kahwin tahun ini”Mawi kena kahwin cepat, kalau boleh dalam tahun ini juga.” Itu yang dinasihatkan oleh Ketua Pegawai Operasi Maestro Records, Freddie Fernandez melalui Kosmo!.
Freddie memberi nasihat berkenaan kerana tidak mahu artis berkenaan dikaitkan dengan hal-hal yang negatif, sekiranya terus-terusan berada dalam alam percintaan.
“Sebagai orang Islam, saya rasa Mawi sendiri sedar bahawa perkahwinan dituntut oleh agama. Perkahwinan juga boleh elak hal yang negatif. Jadi saya rasa kalau Mawi dan Ekin sudah bersedia, mereka kena cepat-cepat kahwin,” kata Freddie.
AKHIRNYA Ekin berterus terang bahawa Mawi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
Nyata dia tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat Mawi kelmarin yang buat pertama kalinya memberitahu mengenai kisah cintanya dengan Ekin kepada media.
Lalu kata Freddie, peminat tidak perlu marah-marah atau melahirkan rasa kurang senang mereka dengan apa yang menjadi pilihan Mawi.
Pada akhirnya mereka perlu melihat Mawi sebagai lelaki biasa, yang punya keinginan untuk bercinta dan dicintai.
“Saya harap peminat tak akan menghukum Mawi kerana memilih Ekin sebagai bakal isteri,” kata Freddie lagi.
Freddie turut menasihatkan peminat Mawi agar tidak emosional dan memberikan hal-hal peribadi ditimbang sendiri oleh empunya badan.
Jika kerana berkahwin dengan Ekin juga bakal membuatkan Mawi jadi kurang popular, ia bukan satu hal yang serius untuk difikirkan.
“Apa yang kita harapkan ialah peminat bersikap rasional dan terus sokong Mawi. Mereka kena ingat, bukan salah untuk berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang murni, baik untuk kehidupan insan. Peminat Mawi harus hormati walaupun tak suka dengan pilihan dia.” kata Freddie lagi.
Dalam masa yang sama juga, Freddie berharap agar Ekin benar-benar membuktikan bahawa dia adalah pilihan yang tepat untuk Mawi.
Ini kerana Mawi telah melakukan pengorbanan besar apabila mengumumkan kepada orang ramai bahawa Ekin adalah kekasih hatinya.
“Selepas ini Ekin perlu membuktikan dia adalah orang yang betul untuk Mawi. Kita berikan dia peluang untuk buktikan dia boleh jadi isteri dan bawa bahagia kepada Mawi. Itu yang penting kepada kami.” kata Freddie lagi.
ROZITA SAHADAN tidak menafikan ada sebahagian peminat kurang senang dengan kisah cinta Mawi dan Ekin.
Meskipun tahu populariti Mawi bakal menjunam selepas membuat keputusan untuk berkahwin, ia adalah sesuatu yang lumrah kepada perjalanan hidup seorang artis, kata Freddie.
Nasihat peminat untuk MawiBagi Rozita Sahadan, Presiden MawiFC pula menyokong apa saja yang terbaik difikirkan Mawi tentang perjalanan kehidupannya.
“Mendirikan rumahtangga dituntut oleh agama. Kalau sudah betul Ekin pilihan Mawi mereka perlu ambil jalan untuk mempercepatkan perkahwinan.
“Dalam Islam sendiri menggalakkan kita berkahwin. Kahwinlah kalau itu pilihan dia.” katanya.
Bagaimanapun Rozita turut menasihati artis pujaannya itu untuk terus berfikir dengan semasak-masaknya kalau berada dalam keadaan yang tidak pasti tentang perkahwinan.
“Kalau Mawi sudah yakin Ekin mampu menjadi isterinya yang baik, berkahwinlah segera. Tetapi kalau dia masih ragu-ragu, atau kurang yakin buatlah sesuatu. Mawi kena sembahyang istiqarah atau bertanya pendapat lebih ramai orang kalau dia masih lagi keliru,” katanya.
Pun begitu sebagai orang yang rapat dengan Mawi, kata Rozita dia seperti dapat membaca perilaku penyanyi itu apabila melihat kepada cara percakapannya bila diterjah soal cinta.
“Saya tengok dalam gambar, air muka dan cara cakapnya Mawi sangat yakin dengan pilihannya. Baguslah kalau kahwin secepat mungkin,” katanya.
FREDDIE (kiri) menasihati Mawi supaya lekas kahwin jika merasakan Ekin pilihan yang tepat.
Dengan pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mawi ini secara tidak langsung orang akan bertanya semula, terputusnya pertunangan Mawi dengan Ina suatu ketika dahulu apakah berpunca daripada Ekin?
Memang kurang elok membangkitkan semula kisah lama, apatah lagi Ina sedang berbahagia dengan suaminya dan bakal menimang cahayamata tidak lama lagi, tetapi ia tidak lebih daripada sekadar persoalan.
Apa yang pasti Mawi tidak boleh duduk diam selepas pengumuman ini. Meskipun sudah membuat penjelasan tentang kisah sebenarnya dengan Ekin, Mawi akan terus menerima terjahan-terjahan baru selepas ini.
Paling tidak, soal bila hendak ‘makan nasi minyak’ akan menjadi salah satu soalan penting dalam sidang akhbar jejaka ini selepas ini.
Harapnya cinta kasih Mawi dan Ekin akan terus berpanjangan hingga ke jannah.. Amin
sumber: Kosmo
The post Masa Ni Aku Dilabel Macam-Macam, Kaki Kikiis La, Kaki Bomh La- Ekin Dedah Dugaan Selepas Kahwin Dengan Mawi appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/20/masa-ni-aku-dilabel-macam-macam-kaki-kikiis-la-kaki-bomh-la-ekin-dedah-dugaan-selepas-kahwin-dengan-mawi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
375 Ekor Kucing Menunggu Masa Untuk Disembelih Berjaya Diselamatkan Selepas Ditemui Lelaki Ini Yang Mencari Kucingnya

375 Ekor Kucing Menunggu Masa Untuk Disembelih Berjaya Diselamatkan Selepas Ditemui Lelaki Ini Yang Mencari Kucingnya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 329 hits
375 ekor kucing menunggu masa untuk disembelih berjaya diselamatkan selepas ditemui lelaki ini yang mencari kucingnyaHasrat seorang lelaki mencari kucingnya yang hilang berakhir dengan penemuan ratusan ekor kucing dipercayai dicuri dari pem...
Arw4h Adib Baru Sahaja Membeli Myvii Untuk Kegunaan Selepas Kahwin Tetapi Siapa Nak Bayar Bulanan Kereta

Arw4h Adib Baru Sahaja Membeli Myvii Untuk Kegunaan Selepas Kahwin Tetapi Siapa Nak Bayar Bulanan Kereta

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 392 hits
Arw4h Adib Baru Sahaja Membeli Myvii Untuk Kegunaan Selepas Kahwin Tetapi Siapa Nak Bayar Bulanan KeretaArw4h Adib Baru Sahaja Membeli Myvii Untuk Kegunaan Selepas Kahwin Tetapi Siapa Nak Bayar Bulanan Kereta
Baru Saja Kahwin Empat Hari Kaka Azraff Dedah Sikap Sebenar Suami

Baru Saja Kahwin Empat Hari Kaka Azraff Dedah Sikap Sebenar Suami

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 498 hits
Kaka Azraff dan Adam Azriff disatukan sebagai suami isteri pada Jumaat lalu Foto Instagram kakaazraff BARU empat hari bergelar isteri penyanyi Kaka Azraff berkongsi sikap sebenar suaminya Adam Azriff di Instagram Kaka memberitahu dia sudah ...
Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang

Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 427 hits
Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang
Bila Masa Aku Kahwin Lain Pula Zahiril

Bila Masa Aku Kahwin Lain Pula Zahiril

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 384 hits
Syairah Abd Lajis11 Disember 2 Paparan Twitter Zahiril PELAKON Zahiril Adzim menyangkal dakwaan dirinya mendirikan rumah tangga kali kedua gara gara netizen tersilap tweet namanya yang sepatutnya dituju kepada Adun Tanjung Bungah Zairil Khi...
Ustaz Dedah Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk

Ustaz Dedah Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 591 hits
Ustaz Dedah Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk
Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal

Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 407 hits
Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita Dengan perut yang semakin membesar kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan Timbul juga kebimbangan apabila melihat kaki semakin membesar adakah ini berbahaya Menurut Pegawai Perubatan...
Kaka Azraff Akui Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat

Kaka Azraff Akui Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 624 hits
Selepas tular beberapa gambar dirinya dirisik Kaka Azraff mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Adam Azriff Pasangan itu juga The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba