Masa Kosong Bunuh Jiwa


Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni 'Berpenat-penatlah kamu, sesungguhnya kelazatan hidup terdapat pada kepenatan' 1. KESIBUKAN adalah keperluan manusia. Sibuk sama macam mana pun kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup.
2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan.
3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup, kita sentiasa ada peluang untuk menyibukkan diri. Masa muda, kita boleh buat macam-macam sebab kita kuat dan ada kecukupan. Masa tua, kita boleh sibukkan diri dengan komuniti setempat. Masa sakit, kita mungkin masih boleh sibukkan diri dengan rawatan dan terapi kesihatan. Masa tiada duit, kita mungkin boleh sibukkan diri dengan berniaga kecil-kecilan. Dan begitulah seterusnya.
4. Kenapa kita perlu sentiasa sibukkan diri? Kerana bila kita kosong, macam-macam masalah akan timbul. Akhirnya kita menjadi manusia yang sentiasa bersikap negatif dan pesimis.
5. Bila masa kosong, kita akan mula tenggelam dalam perkara harus. Kita akan mula menonton TV secara berlebihan. Layan movie (walaupun movie Islamic) secara berlebihan. Layan media sosial secara berlebihan. Tenggelam di dalam perkara harus termasuk di dalam sifat yang dikeji menurut sebahagian ulama.
6. Bila banyak masa kosong, badan kita tidak cukup penat kerana kurang aktiviti. Tidur pun tidak akan lena kerana badan sentiasa dalam keadaan rehat yang panjang. Jiwa jadi gelisah tidak ketahuan kerana jemu dengan aktiviti rutin ringan.
7. Bila kita banyak masa kosong, kita akan banyak bermonolog, mengenang nasib diri, mengandai itu dan ini. Kita akan mula berkhayal dan hidup dalam imaginasi yang tidak membawa kita ke mana-mana.
8. Bila masa kosong terlalu banyak, otak kita akan berhenti berkembang sebab tidak banyak digunakan. Otak tidak diasak untuk berfikir. Dengan itu potensi untuk menjadi nyanyuk akan meningkat.
9. Bila kita mula banyak masa kosong, kita akan jadi manusia yang sensitif. Ini kerana kita mula melayan semua benda kecil yang berlaku di sekeliling kita. Orang yang sibuk tak sempat untuk melihat semua benda yang lalu depan matanya.
10. Bila banyak masa kosong, kita mungkin akan kehilangan pandangan hormat dari rakan-rakan. Mereka akan melihat kita sebagai manusia pasif yang tidak ada matlamat hidup. Hidup hari-hari ikut sahaja apa yang berlaku.
11. Masa kosong yang banyak juga akan menjadikan kita tidak lasak. Terlalu terperangkap dengan rutin dan tak mudah untuk menerima perubahan mendadak pada jadual hidup. Sedangkan hidup sebenarnya penuh dengan kejutan.
12. Kelazatan sibuk melebihi kelazatan masa kosong. Imam Syafie pernah menasihatkan:
وانصب فان لذيذ العيش في النصب
“Berpenat-penatlah kamu kerana sesungguhnya kelazatan hidup terdapat pada kepenatan.”
13. Berehatlah semata-mata untuk mencari tenaga bagi melakukan aktiviti seterusnya. Al-Quran memberi panduan bahawa sesudah selesai dari satu pekerjaan mestilah dituruti dengan melakukan pekerjaan lain.
فإذا فرغت فانصب
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).” (Asy-Syarh: 7)
(*) Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni - Timbalan Presiden Isma



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/masa-kosong-bunuh-jiwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adab Masuk Rumah Kosong

Adab Masuk Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 336 hits
Amalan Masuk Rumah Baru Jin dan syaitan biasa berada di mana mana termasuklah di rumah yang sedang kita huni sekarang Waktu kita sembahyang di rumah kan ada syaitan datang menganggu Bahkan qarin jin pendamping kita pun selalu ada bersama sa...
Jawatan Kosong Kerani Pentadbiran Kewangan Pondok Ribath Manaqib Syeikh Abdul Qodir Al Jaelani

Jawatan Kosong Kerani Pentadbiran Kewangan Pondok Ribath Manaqib Syeikh Abdul Qodir Al Jaelani

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 313 hits
Pondok Ribath Manaqib Syeikh Abdul Qadir Al JaelaniJawatan KosongKerani Pentadbiran dan KewanganSyarat syarat kelayakan 1 Minat dgn tugas yang ditawarkan2 Sepenuh masa 3 Perempuan 3 Pandai mengendali akaun4 Pandai menggunakan Microsoft Offi...
Biasa Kalau Kosong Macam Tin Memang Mengada

Biasa Kalau Kosong Macam Tin Memang Mengada

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 161 hits
Logo pun tak sah lagi lagi mau sembang terbang tanding 50 kerusi Cuma nak tanya ni stim Gajah ke Dunlop Pandai bikin kelakar dah berkicap kena dengan TT pasal berkhianat pun masih tak nampak malaysiakini com
Pemandu Lori Didakwa Bunuh Anak Tiri

Pemandu Lori Didakwa Bunuh Anak Tiri

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 225 hits
457 total views 457 views today TAMPIN 19 Feb Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak tiri perempuannya berusia empat tahun awal bulan ini Tertuduh 30 yang bekerja sebagai p...
Bunuh Rakan Sebab Diejek

Bunuh Rakan Sebab Diejek

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 176 hits
Zuliaty ZulkiffliAlor Setar Seorang lelaki maut selepas dipukul dengan sebatang besi oleh rakannya dipercayai akibat salah faham dalam pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Kota Sarang Semut di sini Selasa lalu Ketua Polis Daerah Kota Setar A...
Dijel Lagi Akibat Tampar Mahu Bunuh Ibu

Dijel Lagi Akibat Tampar Mahu Bunuh Ibu

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 345 hits
DIJEL LAGI AKIBAT TAMPAR MAHU BUNUH IBU KUALA LUMPUR Seorang penagih dadah yang baru dua minggu keluar penjara kerana mengugut ibunya dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencedera...
Mengaku Bunuh Bapa Tiri Supaya Polis Datang Dan Membersihkan Jalan Yang Dilitupi Salji Tebal

Mengaku Bunuh Bapa Tiri Supaya Polis Datang Dan Membersihkan Jalan Yang Dilitupi Salji Tebal

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 317 hits
MENGAKU BUNUH BAPA TIRI SUPAYA POLIS DATANG DAN MEMBERSIHKAN JALAN YANG DILITUPI SALJI TEBAL Setelah jalan menuju rumahnya dilitupi salji tebal seorang lelaki Ukraine membuat keputusan drastik dengan membuat laporan palsu kononnya berlaku s...
Polis Tahan Lelaki Dakwa Bunuh Minum Darah Orang Acheh

Polis Tahan Lelaki Dakwa Bunuh Minum Darah Orang Acheh

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 293 hits
417 total views 417 views today Polis menahan seorang lelaki yang memuat naik rakaman video menerusi media sosial mendakwa telah membunuh beberapa lelaki warga Indonesia keturunan Aceh serta meminum darah mereka Ketua Jabatan Siasatan Jenay...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa