Masa Kejadian Memang Saya Ada Tetapi Saya Tidak Bunuh Banduan Akhir Dakwa Dirinya Tidak Bersalah
The Reporter
Video pengakuan seorang banduan lelaki yang mendakwa dirinya tidak bersalah di atas tuduhan membunuh orang, viral meluas di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Menerusi rakaman video berdurasi 24 saat itu, banduan berkenaan yang berusia 37 tahun menunggu hukuman gantung di Pengkalan Chepa berkata, dia dipenjarakan sejak berusia 19 tahun atas dakwaan membunuh, namun sehingga kini masih belum mengetahui bila hukuman akan dijalankan.
"Saya tunggu nak jalankan hukuman gantung. Sekarang empat orang termasuk saya tunggu hukuman gantung yang tak tahu bila akan dijalankan.
"Sekarang saya dapat satu peluang ini saja (rakam video) kerana saya cakap sebelum ini tidak laku.
"Masa kena tangkap, saya umur 19 tahun iaitu pada 2002 dan sekarang umur saya 37 tahun.
"Masa itu saya tidak tahu mana baik dan mana tidak baik, namun saya tidak bunuh. Masa kejadian memang saya ada (di lokasi). Sumpah demi Allah saya dan tangan ini tak bunuh tetapi saya pula kena tanggung.
"Saya minta tolong rakyat Malaysia dan orang awam share video ini. Saya harap mereka dapat ulang kaji balik kes saya," katanya.
Difahamkan, video itu dirakam pada 2 Spetember lalu pad ajam 8.30 pagi. Banduan itu berharap ada pihak yang tampil membantunya.
"Saya minta tolong dan ampun kerana saya pun ada perasaan. Manusia tidak lepas daripada buat kesilapan. Saya harap orang awam dan kerajaan tahu kes ini kerana saya tidak bersalah tetapi perlu jalani hukuman penjara," katanya.
Sementara itu, Jabatan Penjara enggan memberi sebarang kenyataan berhubung video viral itu.
Sumber Penjara Pengkalan Chepa memaklumkan, mereka telah diarahkan untuk tidak memberi sebarang kenyataan kerana perkara itu masih dalam siasatan.
Sumber: Berita Harian
September 10, 2019 at 01:06PM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2019/09/video-masa-kejadian-memang-saya-ada.html