Masa Kecederaan Zahid Terpaksa Tunduk Nama Besar Naik Semula


agendaily.com1/11/2022
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bagi beberapa nama besar dalam UMNO yang dikatakan tidak disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ianya belum berakhir, selagi pengumuman rasmi belum dibuat, yang dijadualkan malam ini.

Ini kerana dalam perkembangan terbaharu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terpaksa tunduk kepada tekanan pemimpin yang tidak disenaraikan itu.

‘Ianya belum berakhir selagi tidak berakhir’ mungkin berlaku dengan beberapa nama yang kononnya berada dalam senarai penyingkiran oleh Zahid, tetapi terpaksa dimasukkannya semula.

Sumber yang rapat dengan UMNO berkata senarai akhir mungkin ‘memasukkan semula’ beberapa calon yang awalnya telah digugurkan, setelah Zahid tunduk kepada desakan pihak tertentu.

“Nama seperti Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin dimasukkan semula,” kata sumber itu merujuk kepada tindakan penyandang kerusi Parlimen Arau berkenaan yang mengarahkan semua bilik gerakan pilihan raya di kawasan itu ditutup sejak malam tadi.

Dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi, Shahidan menulis: “Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah.”

Kenyataan itu sekali gus menandakan beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam kerajaan sementara sekarang ini, tidak tersenarai sebagai calon.

Susulan itu, sehingga pagi tadi, petugas BN Parlimen Arau telah mula menurunkan bendera parti di kawasan mereka sebagai bantahan kerana nama Shahidan tersenarai sebagai pemimpin yang digugurkan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Shahidan memberitahu akhbar The Star bahawa kesedihannya itu disebabkan penutupan bilik gerakan yang kemudiannya dikatakan hanya untuk dua hari sahaja.

Dia juga berkata bahawa dia akan kembali ke Arau untuk membuka semula bilik gerakan itu.

“Ia tidak ditutup secara kekal, cuma saya sedih melihat ia ditutup sejak dua hari lalu, kini saya akan kembali membukanya semula.

“Bilik gerakan Arau adalah yang pertama dibuka, dan untuk menjalankannya, anda memerlukan wang. Itulah sebabnya saya rasa ia ditutup mungkin oleh beberapa pemuda yang berada di sana,” katanya.

Sementara itu, sumber lain juga memberitahu bahawa penyandang kerusi Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba, yang merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ketua UMNO Bahagian Tenggara, mungkin disenaraikan semula.

Terdahulu, senarai nama calon yang tidak terpilih telah bocor di media sosial, namun sumber itu menjelaskan ada kemungkinan Dr Adham akan tersenarai semula.

“Anda perlu tunggu sehingga pengumuman malam ini. Beberapa nama mungkin tidak digugurkan sebagaimana dalam senarai itu,” kata sumber berkenaan dipetik The Star.

Sebelum ini, senarai yang bocor itu menyatakan lima menteri, tiga timbalan menteri dan seorang veteran UMNO, tidak terpilih.

Mereka ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor (P095 Tanjung Karang), dan Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia – P026 Ketereh).

Senarai itu juga mengandungi nama Shahidan; Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – P155 Tenggara); dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara – P156 Kota Tinggi).

Tiga timbalan menteri pula ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Komunikasi dan Multimedia – P001 Padang Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Jabatan Perdana Menteri [Tugas-Tugas Khas] – P067 Kuala Kangsar); dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Perumahan dan Kerajaan Tempatan – P086 Maran).

Dua lagi yang berada dalam senarai itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (penyandang kerusi P073 Pasir Salak); dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Pengerusi Risda – P127 Jempol)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/masa-kecederaan-zahid-terpaksa-tunduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Orang Zahid Nama Besar Dalam Umno Bakal Digugurkan

Calon Orang Zahid Nama Besar Dalam Umno Bakal Digugurkan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 219 hits
agendaily com31 10 2022Persiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai penyokong dalam parti yang setia dengan beliau sebelum ini Bayangan senarai orang Presiden UMNO bakal terpilih dalam senarai calon Pilihan Raya Umum Ke 15 semakin ...
Pru 15 Shahrir Nak Bersih Nama Di Mahkamah Dahulu Zahid Pula

Pru 15 Shahrir Nak Bersih Nama Di Mahkamah Dahulu Zahid Pula

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 164 hits
agendaily com27 10 2022Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad berhadapan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Veteran UMNO yang juga...
Gugur Nama Besar Umno Tak Beri Kesan Kempen Di Johor Kata Razali

Gugur Nama Besar Umno Tak Beri Kesan Kempen Di Johor Kata Razali

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 164 hits
Calon BN Pagoh Razali Ibrahim berkata ahi parti perlu pandang positif percaturan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengetengahkan muka baharu PAGOH Keputusan Barisan Nasional menggugurkan beberapa nama besar daripada calon pilihan ray...
Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 167 hits
Calon calon muda dalam AMANAH berharap pencalonan mereka akan membantu Pakatan Harapan mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum kali ini ekoran kenaikan mendadak jumlah pengundi baharu 8220 Dulu pengundi Behrang ni 22 000 sahaja...
Apa Masalahnya Jika Nama Nama Besar Tidak Dicalonkan

Apa Masalahnya Jika Nama Nama Besar Tidak Dicalonkan

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 147 hits
Mereka sudah lama pegang jawatan di peringkat bahagian negeri dan pusat sudah berjawatan timbalan menteri dan menteri berbelas dan berpuluh tahun Majoritinya sudah kaya raya mewah kayangan Cukuplah tu Nak bertanding untuk terus berkhidmat k...
Naik Pangkat Kalau Menang Lebih Empat Kerusi Zahid Beritahu Ahmad Said

Naik Pangkat Kalau Menang Lebih Empat Kerusi Zahid Beritahu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 181 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Ahmad Said diberi misi untuk memenangi sekurang kurangnya empat kerusi Parlimen di negerinya bagi Barisan Nasional pada PRU15 Pengerusi BN Zahid Hamidi menjanjikan ganjaran un...
Kah Kah Woiii Peja Hang Buat Apa Masa Jadi Mb Perak Sultan Pun Naik Penin Dengan Hang Sampai Kena Buang Bantu Apa

Kah Kah Woiii Peja Hang Buat Apa Masa Jadi Mb Perak Sultan Pun Naik Penin Dengan Hang Sampai Kena Buang Bantu Apa

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 98 hits
Peja yakin prestasi sebagai MB Perak bantu di Tambun November 2 2022 Ahmad Faizal Azumu berharap rekod perkhidmatannya sebagai menteri besar Perak akan meyakinkan pengundi memilihnya di kerusi Parlimen pada 19 Nov ini PETALING JAYA Timbalan...
Umno Tolak Bersatu Demi Elak Kemudaratan Besar Zahid

Umno Tolak Bersatu Demi Elak Kemudaratan Besar Zahid

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 210 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 19 2022 12 00 PMUmno membuat keputusan untuk menolak bekerjasama dengan Bersatu kerana mahu mengelakkan kemudaratan yang besar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Menurutnya selain itu jalinan kerjasama tersebut...
Ayub Nama Anak Keempat Adira

Ayub Nama Anak Keempat Adira

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 140 hits
Penyanyi Adira memuat naik video sedang menyusukan anak lelakinya yang baru sahaja dilahirkan pada 29 September lalu Apa yang menarik Adira secara tak langsung turut berkongsi kepada peminat nama anak bongsunya itu Botol susu favourite Ayub...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah