Masa Depan Pondok Institusi Tahfiz Di Pahang Kian Suram Gara Gara Arahan Mengelirukan


 


KUANTAN - Beberapa buah persatuan gabungan pondok dan institusi tahfiz di negeri Pahang membuat bantahan terhadap keputusan kerajaan hendak mengenakan "survelan" kepada pelajar-pelajar tahfiz, madrasah dan pondok.
PDO cuba menyelami denyut nadi warga tahfiz dan pondok khususnya di Pahang. Ada juga rasionalnya bantahan mereka ini sebenarnya. 
Selama ini warga tahfiz dan pondok di negeri ini sangat taat, akur dan patuh kepada apa sahaja arahan dan SOP yang diarahkan kepada mereka. Sama ada arahan yang  dikeluarkan oleh majlis ugama, polis, bomba, kesihatan dan sebagainya.
Suruh tutup, mereka tutup. Suruh berjarak, mereka jarak. Suruh sediakan alat pemadam api, mereka beli. Suruh buat tangga kedua, mereka pecah dan tebuk dinding untuk patuh kepada arahan.
Ada maahad tahfiz yang terpaksa menadah derma orang ramai untuk cukupkan belanja  RM30,00 hingga RM40,000 kos memenuhi arahan-arahan berkenaan.
Di fahamkan pada tahun lalu, apabila kerajaan negeri Pahang mengumumkan tahfiz boleh mula beroperasi awal Januari 2021, ia menggembirakan warga tahfiz dan pondok. mereka dah mula boleh sambung pengajian dalam keadaan sekolah-sekolah lain masih tidak dibenarkan.
Sebagai tanda terima kasih mereka kepada kerajaan negeri, mereka bersedia mematuhi syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka. Antaranya, penjarakan, sanitasi, penutup hidung dan mulut," tambah beliau lagi.
Pun begitu warga tahfiz tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga dibenarkan oleh kerajaan. Ibu bapa juga tidak dibenarkan datang melawat. Bahkan sebarang aktiviti di luar kompleks tahfiz tidak dibenarkan.
Mereka akur. Pentadbir tidak benarkan pelajar pulang, ibu bapa tidak dibenarkan datang. pelawat luar juga tidak dibenarkan masuk. Hingga ada sedikit ketegangan antara pentadbir dengan ibu bapa, antara pentadbir dan pendermah yang mahu datang. semuanya kerana akurnya pihak pengurusan tahfiz kepada arahan kerajaan.
Setelah masuk bulan ketiga pelajar tidak bertemu dengan ibu bapa dan orang luar, mereka bagaikan dikuarantin dalam tempuh yang sangat lama. Orang lain 14 hari, 10 hari. Mereka sudah masuk bulan ketiga, ibu bapa sudah mula berbunyi. 
Pengurusan tahfiz juga mengharapkan kerajaan negeri membuat suatu pengumuman membenarkan mereka pulang.  Mungkin cuti seminggu atau dua minggu boleh diberikan kepada mereka yang sudah begitu lama tidak bertemu keluarga.
Dalam tempuh 'kuarantin' yang lama ini katanya, mereka bagaikan sudah bersih dan suci. Mereka telah lama tidak berhubungan dengan mana-mana rantaian yang memungkinkan penularan virus Covid-19.
Sekolah-sekolah lain juga sudah memulakan pengajiannya. Boleh pergi dan pulang setiap hari. Sedangkan mereka itu tidakpun menjalani 'kuarantin' seperti yang dialami oleh pelajar tahfiz.
Justeru sudah sewajarnya pelajar-pelajar tahfiz dibebaskan dari sekatan-sekatan sebelum ini. Bahkan sepatutnya mereka sudah dibenarkan solat berjamaah secara rapat. Kerana tidak ada sebarang kemungkinan mereka berhubung dengan pembawa virus berkenaan.
Malang sekali, pada 16 Mac lalu, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengumumkan bahawa kerajaan negari tiada membuat sebarang keputusan baharu. Pelajar masih perlu kekal di maahad dan sekolah masing-masing, tidak dibenarkan pulang, SOP masih sama.
Tidak mengapalah kalau sudah begitu keputusan dan arahan kerajaan, tahfiz terus akur, patuh dan taat. Sesetengah pentadbir menempah kain rentang untuk digantung di pintu pagar. Ia bagi mengingatkan kepada penjaga agar tidak datang menziarahi anak masing-masing. 
Namun tiba-tiba ada pula satu pengumuman baharu daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang dilihat satu tindakan "double standard" kepada institusi agama ini agar di pandang serong dan sengaja menjebakkan institusi agama ini ke lembah pandangan negatif masyarakat?
Antara yang menjadi perhatian ialah di Maahad Tahfiz Sungai Salan (Darul Uloom Islamiyah), Jerantut. Pelajar telah dipindahkan dengan kawalan ketat oleh pihak polis, selepas ada laporan kes positif Covid-19 di lokasi terbabit. 
Situasi kecoh dan menjadi tidak tenteram, apabila orang ramai yang lalu di situ menjadi panik kerana gusar dengan apa yang terjadi sebenarnya. 
Pelajar telah dipindahkan dengan beberapa buah bas. Semua pelajar dan petugas telah di swab test, sedangkan mereka sudah tidak terdedah kepada kontak luar sejak beberapa bulan yang lalu. Akibat tindakan survelan itu, maka kes positif dilaporkan dikesan. 
Anehnya, kenapa apabila ada kes di pejabat kerajaan hanya staf atau kakitangan pejabat itu sahaja yg dikenakan swab test dan diambil sampel RT-PCR bukannya  kepada seluruh pejabat kerajaan di seluruh negeri?
Jika ada kes di satu kilang, hanya pekerja kilang tersebut sahaja yang dikenakan swab test dan diambil sampel RT-PCR bukannya semua pekerja kilang di seluruh negeri?
Tiada pula "survelan kepada semua kakitangan kerajaan" seluruh negeri Pahang? Tiada pula survelan kepada semua kilang-kilang" di seluruh negeri Pahang?.
Difahamkan Persatuan Institusi Tahfiz Pahang (PINTA) telah mengeluarkan nota bantahan serta memohon ditangguh program servelan itu.
Dilaporkan wakil PINTA telah mengadakan pertemuan khas  dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkenaan isu ini. 
Pada pertemuan itu, difahamkan exco tetbabit  telah meminta pihak Pinta Pahang mengemukakan surat rasmi kepada Exco Kesihatan Negeri Pahang,  Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk memohon penjelasan dan penerangan terperinci berkenaan dengan Survelan Covid 19 yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan ke Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok di seluruh Negeri Pahang.
Sehubungan itu, Semua Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok yang telah menerima panggilan untuk menghantar kakitangan dan pelajar untuk ujian Swab Test Covid 19 boleh menangguhkan dahulu kehadiran mereka ke Jabatan Kesihatan sehingga mendapat kenyataan rasmi daripada pihak terbabit.
Malah, difahamkan juga satu pertemuan susulan akan diadakan di Bilik Perbincangan MMK, Wisma Sri Pahang dengan Exco Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Sri Norolazali Sulaiman pada Selasa, 23 Mac ini. Semoga segalanya dipermudahkan demi masa depan pendidikan agama Islam di negeri Pahang hendaknya. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/masa-depan-pondok-institusi-tahfiz-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda Sop Covid Tinggi Gelap Masa Depan Rakyat

Denda Sop Covid Tinggi Gelap Masa Depan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 365 hits
Kerajaan Perikatan Nasional meskipun mengumumkan kompaun ingkar Prosedur Operasi Standard Covid 19 boleh dikurangkan sekiranya dibayar dalam tempoh seminggu namun tetap masih banyak pihak yang mahukan had maksimum kompaun RM10 000 dibatalka...
Ibu Muda Tanam Sayuran Sendiri Tulis Buku Tentang Kemampanan Sebagai Warisan Generasi Masa Depan

Ibu Muda Tanam Sayuran Sendiri Tulis Buku Tentang Kemampanan Sebagai Warisan Generasi Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 280 hits
BERITAmediacorp Kesedaran terhadap kepentingan tabiat mesra alam kian meningkat dipacu gerakan antarabangsa dan setempat yang diperhebat sejak akhir akhir ini Bagi seorang ibu muda di sebuah flat Bina Ikut Tempahan di Punggol gaya hidup yan...
Nft Menjadi Yang Seterusnya Bloomberg Percaya 6 Sebab Mengapa Token Adalah Masa Depan

Nft Menjadi Yang Seterusnya Bloomberg Percaya 6 Sebab Mengapa Token Adalah Masa Depan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 215 hits
NFT SETIAP TWEETJack Dorsey Ketua Pegawai Eksekutif Twitter dan salah seorang pengasasnya memasang token untuk dijual pada tweet pertamanya 15 tahun yang lalu yang memuatkan kemasukan Just setup my twttr Hari ini pengendali laman lelong Val...
Menurut Penelitian Ini 8 Upaya Yang Bisa Orang Tua Lakukan Agar Anak Sukses Di Masa Depan

Menurut Penelitian Ini 8 Upaya Yang Bisa Orang Tua Lakukan Agar Anak Sukses Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 216 hits
Ternyata faktor penentu anak sukses itu beragam dan ini bisa dimulai dari hal hal sederhana
Video Mampukah Masa Depan Anak Muda Dibina Tanpa Mereka

Video Mampukah Masa Depan Anak Muda Dibina Tanpa Mereka

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 250 hits
Sudah tiba masanya untuk Parlimen menjalankan pengawasan pasca legislatif terhadap pindaan yang begitu penting ini untuk mengelakkan kerajaan yang memerintah berdolak dalik dalam pelaksanaannya Pencetus usul menurunkan had umur mengundi kep...
Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 277 hits
MUAMMAR QADDAFIHari ini perwakilan UMNO seluruh negara akan bersidang sempena Perhimpunan agung UMNO 2020 Setiap tahun PAU akan menjadi tumpuan hatta ketika tumbangnya UMNO pada 2018 liputan PAU tetap dibuat media arus perdana melebihi part...
Filem Wonder Woman Dan Aquaman Di Masa Depan Akan Abaikan Snyderverse

Filem Wonder Woman Dan Aquaman Di Masa Depan Akan Abaikan Snyderverse

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 227 hits
Masa depan DCEU kini makin retak apabila Warner Bros dikhabarkan akan terus menjauhkan filem filem superhero mereka dari saling berkait antara satu sama lain Perkara ini mungkin akan mendukacitakan para peminat DCEU yang sudah menanti renta...
Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 501 hits
Berita baik khusus kepada rakyat Pahang Anda boleh dapatkan tiket percuma untuk naik cable car Awana Skyway di Genting Highland bermula 27 Mac 2021 Antara tarika menarik yang ada di Genting Highland ada kereta kabel atau cable yang dipanggi...
Muafakat Nasional Pahang Tetap Tenang Dan Utuh Biar Pun Ada Pergolakan Di Negeri Jiran

Muafakat Nasional Pahang Tetap Tenang Dan Utuh Biar Pun Ada Pergolakan Di Negeri Jiran

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 218 hits
KUANTAN Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar hari ini mendakwa hubungan parti itu dengan UMNO dalam Muafakat Nasional di negeri ini tetap utuh biar pun berlaku pergolakan di Terengganu Katanya apabila ombak politik di negeri jiram...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian