Muafakat Nasional Pahang Tetap Tenang Dan Utuh Biar Pun Ada Pergolakan Di Negeri Jiran


KUANTAN - Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar hari ini mendakwa hubungan parti itu dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri ini tetap utuh biar pun berlaku pergolakan di Terengganu. 
Katanya, apabila ombak politik di negeri jiram itu sedang membadai, di Pahang tetap tenang, tiada sedikitpun alunan yang menjadi kesan dek pukulan badai yang sedang melanda. Hubungan tetap utuh, MN Pahang terus melangkah menjalin dan mengeratkan hubungan yang sedia ada.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di lama media sosial facebook peribadinya. 
Malah katanya, hubungan beliau sendiri dengan Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan semua rakan sama ada dari PAS dan UMNO terus terjalin dengan baik, program-program bersama terus berjalan dengan lancar termasuk peranan PAS sebagai sebahagian elemen yang membantu pentadbiran Negeri Pahang.
Tambah  beliau lagi, kesan dari ketenangan dan kestabilan hubungan ini menjadikan perjalanan pentadbiran di Negeri Pahang begitu harmoni, tumpuan dapat diberikan dengan sepenuhnya kepada urusan pentadbiran, ini dapat dilihat melalui percambahan ekonomi, dapatan kewangan negeri yang meningkat, pembayaran hutang, menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang begitu komitmen membantu rakyat dalam pelbagai sudut secara konsisten.
"Mengambil kata-kata Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat "yang banyak jangan kedekut dan yang sedikit jangan tamak", pihak PAS terus berbincang dengan baik terhadap apa jua perkara dan tetap diberikan pertimbangan seimbang oleh pihak UMNO yang menjadi tunggak pemerintahan kerajaan Negeri Pahang dan kami samasekali akan bersikap tidak akan mengganggu perjalanan pentadbiran Negeri Pahang meskipun tiada sebarang jawatan jika sekiranya perjalanan pentadbiran itu telahpun kelihatan baik.
"Kami bagi pihak PAS Pahang tetap konsisten dengan aspirasi Tuan Guru Presiden dalam gagasannya terhadap agenda penyatuan UMMAH, matlamat utama kami adalah Islam, Negeri dan Rakyat Pahang keseluruhannya. Kestabilan politik amat penting dalam mentadbir sebuah Negeri, kerana itu kami dari PAS Pahang sangat memelihara kestabilan dan keharmonian yang sedia ada demi kepentingan rakyat Pahang," dakwa ADUN Tanjung Lumpur itu. 
Malah, rakyat katanya sudah begitu "cemus" dengan retorik politik yang bagaikan tak kesudahan, carut marut politik yang membusukkan hanya akan melahirkan rakyat yang bencikan politik dan ahlinya, akhirnya hilangnya kesedaran tanggungjawap politik dikalangan rakyat, ini adalah senario yang akan membawa kepada kehancuran agenda perpaduan UMMAH dan sebuah Negeri. 
"PAS Pahang tidak mahu Negeri Pahang tercinta ini jatuh ke tangan perakus yang merobek Islam dan rakyatnya.
" Namun PAS tetap mendokong aspirasi "PERTAHAN MN PERKUKUH PN", kerana ianya sebuah agenda mulia demi perpaduan UMMAH, memperkuat dan menambah majoriti, mengekalkan kuasa Melayu Islam disamping tidak meminggirkan dan meraikan juga mentadbir secara adil masyarakat berbilang kaum dalam negara ini termasuk Pahang, namun senario politik di Negeri Pahang perlu diambil kira, nilai keharmonian ini begitu mahal, utamakan sikap kasih sayang terhadap Negeri dan rakyat, jangan pecahkannya," tambah beliau. 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri yang telah menyalurkan peruntukan untuk Wakil Rakyat PAS bekerja. 
"Semua ini adalah kesan dari agenda penyatuan UMMAH. UMNO cukup majoriti untuk memerintah sendiri, namun PAS hadir sebagai penguatnya, kebersamaan PAS telah mengumpulkan kekuatan 2/3 majoriti penyokong kerajaan, kami berganding tangan untuk membina keharmonian dan kekuatan ini.
Sikap MN pahang yang sentiasa bertolenrasi antara sesama, menjadikan MN Pahang begitu stabil dan harmoni, sehingga kini badai di laut sebelah tidak menggoncangkan kapal kami di laut Pahang. Harap tiada yang melontar batu di air yang tenang ini. MN Pahang akan terus komitmen membangunkan Negeri dan membantu rakyat berbilang kaum,"  tambah beliau lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/muafakat-nasional-mn-di-pahang-tetap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Tema Baru This Is Pahang Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini

Pelancaran Tema Baru This Is Pahang Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 265 hits
KUANTAN Pelancaran tema baharu pelancongan Pahang This Is Pahang diyakini berupaya merancakkan kembali sektor pelancongan di negeri itu yang terjejas teruk akibat COVID 19 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tema baharu it...
Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2021

Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 784 hits
Dah setahun tak singgah di Bazar Ramadan kan Dah rindu dengan murtabak air katira dan tepung pelita Jadi disini saya senaraikan lokasi Bazar Ramadan yang ada di seluruh negeri Pahang untuk tahun 2021 Antara kebiasaan yang berlaku ketika Ram...
73 Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

73 Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 477 hits
73 Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ini sedang dibuka permohonannya pada atau sebelum 31 Mac 2021 jam 11 59 malam Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan adalah dig...
Polis Pahang Akan Siasat Sama Ada Helikopter Terhempas Ada Kebenaran Merentas Negeri

Polis Pahang Akan Siasat Sama Ada Helikopter Terhempas Ada Kebenaran Merentas Negeri

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Polis Pahang menjalankan siasatan sama ada helikopter yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang semalam mendapat kebenaran merentas negeri atau pun tidak Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata pol...
Pidato Ezam Sempena Pelancaran Gerak98 Negeri Pahang Malam Ini Di D Peria Cafe Kg Seri Cempaka Jln Pantai Sepat Kuantan

Pidato Ezam Sempena Pelancaran Gerak98 Negeri Pahang Malam Ini Di D Peria Cafe Kg Seri Cempaka Jln Pantai Sepat Kuantan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 234 hits
Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor pada tahun 1998 menggabungkan ramai tokoh pembangkang ketika itu bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan Pertubuhan ini lahir ketika rejim Mahathir...
No More Muafakat Nasional In Terengganu Says Umno Leader

No More Muafakat Nasional In Terengganu Says Umno Leader

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 285 hits
Terengganu Umno chief Ahmad Said says there is no such thing as muafakat between the party and PAS in the state despite both parties being partners at the national level through Muafakat Nasional since September 2019 Ahmad said this was evi...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Anggota Bomba Maut Akibat Vaksin

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Anggota Bomba Maut Akibat Vaksin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 421 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan dakwaan berhubung kematian seorang anggota bomba akibat vaksin Covid 19 di negeri ini seperti yang tular di laman sosial Pengarahnya Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata kematian ...
Tips Belanja Online Dari Luar Negeri Biar Aman

Tips Belanja Online Dari Luar Negeri Biar Aman

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 256 hits
Ada begitu banyak alasan mengapa orang lebih senang berbelanja online dari marketplace luar negeri ketimbang di Indonesia sendiri salah satunya adalah persoalan harga yang lebih murah Yah memang kebanyakan market place luar negeri menjual d...
Tambahan 4 Minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

Tambahan 4 Minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 627 hits
Jabatan Mufti Negeri Pahang baru baru ini mengumumkan tambahan 4 minit waktu Solat Isyak di seluruh negeri Pahang Melalui surat yang dikongsikan dimana sebenarnya terdapat kesalahan dikesan melibatkan janaan data waktu Solat Isyak sahaja ba...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails

Sibuk Mencari Barang Dekat Nilai 3

Toha Arifin Selamatkan Palestin Chord

Dual Language Programme Malaysia Maksud Senarai Sekolah

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way