Masa Bekerja


'Takkan jam 4 petang masih makan' - Zulkifli
Oleh Samadi Ahmad

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berucap di majlis Tausiyah 'Am Agensi-Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan memperkenalkan cara kerja mengikut sistem piramid dan menitikberatkan konsep masa ketika bertugas.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan, beliau tidak suka penjawat awam di bawah jabatan dan agensi kementerian mengabaikan waktu ketika menjalankan tugas.

Sehubungan itu, katanya, ketua-ketua jabatan perlu menyediakan laporan setiap minggu kepadanya mengenai tugas kakitangan bawahan supaya semua bekerja secara profesional.

“Saya suka kerja secara piramid, saya bukan ‘one man show’ (kerja berseorangan). Mulai sekarang juga, setiap ketua perlu ada laporan mingguan bagi kakitangan bawahannya.

“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana, takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan tausiyah am (ceramah agama) kepada kakitangan jabatan dan agensi agama di bawah kementerian itu di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Yang turut hadir adalah timbalannya, Ahmad Marzuki Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut cabaran-cabaran berkaitan masa, bekas mufti itu berkata, berdasarkan apa yang dilihat dan diperhatikannya, ada kakitangan awam banyak membazirkan waktu.

“Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya. Ini konsep tidak sihat. Padahal kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal.

“Perkara ini penting kerana nikmat yang kita miliki adalah untuk rakyat dan masa itu pula bersifat keemasan,” katanya.

Zulkifli turut menjelaskan, beliau tidak dapat masuk awal ke pejabat pada hari pertama tugasan rasminya sebagai menteri semalam kerana perlu menghadiri dan menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pelantikannya ke dalam Kabinet.

“Semalam saya tak masuk pejabat, sengaja saya masuk hari ini sebab nak solat sunat dhuha dan solat sunat hajat dengan tuan-tuan,” katanya.

Mengenai perancangan terdekatnya yang lain, Zulkifli memaklumkan, beliau akan memperkenalkan fail meja, iaitu sebaik kakitangan masuk pejabat, mereka sudah tahu apa bidang kerja dan tugasan yang perlu dilakukan mengikut kelayakan masing-masing.

“Saya mahu kakitangan di jabatan dan agensi agama ini setaraf dengan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kerja dengan profesional. Sebolehnya, saya mahu mengelak stigma buah mulut orang ramai bahawa orang agama, agensi agama ini lemah, tidak stabil (dari segi kerja),” katanya.

Beliau turut menjelaskan, konsep rahmah di bawah pentadbirannya ialah kasih sayang, bukan membalas dendam kerana amanah itu lebih tinggi dan menjadi pakaian bagi setiap umat Islam.

“Saya juga akan beri hadiah kepada pekerja yang 200 peratus cemerlang dan hadiah berkenaan akan diberikan kepada semua peringkat jawatan termasuk yang berjawatan rendah, asalkan layak,” katanya.

bharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/03/masa-bekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Ayam Ala Mcd Terangkat Ringkas Tapi Berkhasiat Jimat Masa Ibu Bekerja Dari Rumah

Bubur Ayam Ala Mcd Terangkat Ringkas Tapi Berkhasiat Jimat Masa Ibu Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 381 hits
Musim cuti panjang ini ada baiknya kita sediakan menu yang ringkas tetapi berkhasiat buat anak anak Selain menghadkan jumlah stok bekalan yang ada agar tidak berlaku pembaziran menu menu ringkas sebegini juga membolehkan masa ibu yang beker...
Susunan Kabinet Pemerintahan Indonesia Dari Kurun Ke Masa

Susunan Kabinet Pemerintahan Indonesia Dari Kurun Ke Masa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 264 hits
Pengertian Kabinet Suatu pemerintahan dipimpin oleh penguasa tertinggi yaitu raja ataupun presiden Dalam menjalankan pemerintahan seorang pemimpin dibantu oleh banyak sekali pihak Seperti halnya yang dilakukan oleh pemerintah di Indonesia P...
Kini Masa Untuk Bina Semula Parti Tegakkan Prinsip Perjuangan Dan Bantu Rakyat

Kini Masa Untuk Bina Semula Parti Tegakkan Prinsip Perjuangan Dan Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA baru sahaja melepasi fasa pergolakan politik terlalu sengit yang menyaksikan perbalahan serta serangan tidak rasional menyalahkan antara satu sama lain Hentikanlah Benar kemarahan dan kejutan yang kita hadapi bersama sudah tentu ti...
Masa Untuk Perdamaian Dan Penyembuhan Negara

Masa Untuk Perdamaian Dan Penyembuhan Negara

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 247 hits
Salleh Said 1 Rakyat Malaysia sukar memahami bahawa there is a time and place for everything 2 Kita berkecenderungan untuk bermain politik sebaik saja sehari pilihan raya umum berlalu dan kita akan terus berpolitik tanpa henti sehinggalah t...
Saya Tawarkan Jiwa Dan Raga Untuk Negara Berilah Saya Masa Pm

Saya Tawarkan Jiwa Dan Raga Untuk Negara Berilah Saya Masa Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 167 hits
TAN Sri Muhyiddin Yassin dengan setulus jiwa dan raganya meminta seluruh rakyat Malaysia supaya memberi peluang untuk beliau mengemudi pentadbiran negara selaku perdana menteri yang baharu Dalam ucapan sulungnya yang disiarkan secara langsu...
Pernah Masa Knduri Tuan Rumah Mnangis Bila Tok Guru Salam Beritahu Minta Maaf Banyok Ambo Takdok Duit

Pernah Masa Knduri Tuan Rumah Mnangis Bila Tok Guru Salam Beritahu Minta Maaf Banyok Ambo Takdok Duit

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 531 hits
Pada 12 Februari lalu genap lima tahun pemergian Almarhum Tuan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghmbuskan nfas terakhir ketika usianya 84 tahun Pmergian Allahyrham tokoh ulama dan ilmuan agama ini ditangisi jutaan rakyat tanpa mengenal batas ...
Cita Cita Masa Kecil Diwujudkan Suami Tya Ariestya Ternyata Punya Usaha Hotel Kucing Gemes

Cita Cita Masa Kecil Diwujudkan Suami Tya Ariestya Ternyata Punya Usaha Hotel Kucing Gemes

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 241 hits
Lucunya sang anak bahkan belum punya kamar sendiri Wah kalah nih sama anabul nya ayah bunda
Keutamaan Kita Adalah Tanah Air Dan Masa Depannya Tok Mat

Keutamaan Kita Adalah Tanah Air Dan Masa Depannya Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 301 hits
Krisis kepimpinan Malaysia akhirnya selesai dan suasana gawat politik telah reda Telah terbit fajar baru untuk Malaysia Sesuatu yang mesti kita hargai dari semua episod ini ialah betapa matangnya rakyat Malaysia Negara terus aman dan damai ...
Vivo Apex 2020 Diumumkan Dengan Spesifikasi Smartphone Masa Hadapan

Vivo Apex 2020 Diumumkan Dengan Spesifikasi Smartphone Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 289 hits
Vivo telah mengumumkan Vivo APEX 2020 yang merupakan smartphone konsep dengan spesifikasi dan fungsi yang agak menarik Ia hadir dengan skrin 6 45 inci dengan panel lengkung 120 darjah untuk kedua dua sisinya Peranti ini tidak memiliki sebar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah