Masa Akan Merawat Luka Please Move On


Masa Akan Merawat Luka, Sila Move On. Setiap orang diduga dengan cara yang berbeza-beza. Ada diduga dengan kematian keluarga terdekat. Ada yang diduga dengan kehilangan orang yang tersayang kerana sidia berubah hati. Ada juga ujian datangnya sewaktu kita tidak bersedia. Datangnya secara tiba-tiba. Mungkin kita benci dengan segala yang Allah takdirkan tetapi itulah yang terbaik buat kita pada ketika itu. Allah ambil orang yang kita sayang bukan kerana Dia benci tetapi ada sesuatu yang Allah nak gantikan yang lebih baik dan lebih kita perlu

Doa nak move on..

Ya Allah, limpahkanlah ganjaran pahala atas musibah yang menimpaku dan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik darinya." 

Masa Akan Merawat Luka, Please Move On!
Fasa Move on. Ada beberapa fasa yang boleh ajar kita move on dari kejadian lepas-lepas. Bukan senang nak move on terutamanya bagi mereka yang terluka teruk. Rasa dikhianati, dipandang rendah, diabaikan.. akan menjadikan seseorang itu pendendam. Namun diharap perkongsian fasa-fasa move on nanti akan merawat luka anda. Masa akan merawat luka!

Fasa Pertama: Reminiscing & Retracting (Mengenang kembali & menarik kembali) 
Fasa ini paling kritikal, waktu ini anda akan rasa sedih, menangis meratap sebab anda akan kenang balik semua kenangan korang dengan bekas (ex) anda tu. Anda akan tengok gambar, dengar balik voice msg, waktu ini anda taknak jumpa dengan sesiapa nak bersendiri. ada ketika anda akan rasa nak merayu dan call balik sebab tak boleh terima hakikat kehilangan dia. Anda akan menangis seorang diri, akan ada perasaan rindu sangat dengan dia dan semua kenangan dengan dia.. Jujur perasaan itu teruk sangat. Anda akan rasa macam nak mati, tak berguna. Waktu inilah anda akan jadi messy sangat. semua tempat yang anda pergi korang akan ingat kenangan dengan dia, (Sebab tu fasa ni kritikal, ramai orang buat tindakan tak sepatutnya dalam fasa ini). Waktu ini kawan-kawan bagi nasihat semua kau takkan dengar. Apapun kawan-kawan kau cakap takkan melegakan hati kau langsung sebab bagi kau, kau hanya nak dia kembali!!! Sebab tu fasa ni fasa paling kritikal dan jangan tinggalkan kawan-kawan yang telah ditinggalkan itu keseorangan. 
Fasa kedua: Release (Melepaskan)
Fasa ini paling lama bagi kaklong, korang akan rasa sedikit tenang, waktu ini anda boleh bercerita dengan kawan-kawan pasal EX anda tapi kali ini tanpa air mata. Anda akan kurang nak tengok 'stalk' atau rasa nak contact dia. Paling penting anda dah boleh start berkawan dengan lelaki/ perempuan tapi hanya sekadar kawan sebab masih ada rindu akan Ex anda. Serba sedikit anda akan mampu buang sedikit demi sedikit kenangan, tapi hakikatnya hampir setengah tahun jugak baru betul-betul bebas dari fasa ini sebab setiap malam anda masih nangis sebelum tidur selama waktu ini walau siang anda ok dan bekerja macam biasa. Melepaskan dan boleh hidup bermasyarakat kembali tapi bila malam menjelma itulah saat paling berat nak dilalui...

Fasa ketiga: Rebuilding (Bangun Semula)
Fasa ini anda akan rasa lebih baik, semangat baru datang semula dan waktu macam inilah anda akan rasa rindu nak bersosial dan buat aktiviti yang anda suka seperti travel, shopping, dan aktiviti yang memberi kebahagian untuk diri anda sendiri. Fasa ini anda akan rasa dan nampak kehidupan anda walau tanpa dia. Walau ada satu ketika anda akan teringat dekat dia tapi kenangan itu dah tak boleh membunuh jiwa anda.

"Sometimes no matter how hard you try, something can always hold you back from moving on, lingering memory, false hope, and you will fall back a few step but if you can be strong you will finally make it up!" 
Fasa Keempat: Renewed (Menggantikan) 
Fasa ini, anda akan nampak hakikatnya dunia ini penuh dengan kebahagiaan, hidup lebih dari sekadar kesedihan dan meratap kelukaan. Anda akan lebih bersemangat dan tak sabar nak harungi setiap kemungkinan dan cabaran baru. Waktu ini bukan lagi anda nak cari pengganti Ex tapi lebih kepada mencari siapa diri anda. Waktu ini segala fokus untuk menjadikan diri anda lebih baik.Tak akan ada yang menghalang anda untuk mencapai cita-cita dan impian. Waktu ini anda akan rasa tanda bahagia bukan bila anda ada pasangan tapi bahagia bila anda sayang diri sendiri lebih dari anda sayang orang lain.

Setiap orang yang melalui perpisahan akan lalui 4 fasa ini cuma setiap orang masanya berbeza. Sebab cara kita berfikir dan cara kita uruskan emosi berbeza. Jujurnya, ada yang memakan masa yang lama untuk melepasi setiap fasa, dan anda masih dalam fasa kedua dan ketiga (turun naik) walau dah hampir beberapa bulan berpisah.. Jadi kalau siapa yang masih di fasa pertama, tabahkan hati. Percayalah masa akan merawat luka. 
Diharapkan sesiapa yang mengalami kesukaran dalam perpisahan.Moga kita sama-sama akan bertemu dengan pasangan yang baik untuk dunia akhirat kita.

Semoga bermanfaat

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2019/02/masa-akan-merawat-luka-please-move-on.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake

Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 887 hits
Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake Corn Snake atau Ular Jagung ini cik en rasanya tak pernah merawat Yang pernah cik en treatment atau bagi konsultan adalah Pythons Snake atau ular sawa batik Itupun masalah tertelan lego at...
5 Cara Merawat Kulit Menggunakan Royal Jelly

5 Cara Merawat Kulit Menggunakan Royal Jelly

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 376 hits
Royal jelly tidak hanya baik untuk kesehatan tetapi juga memiliki banyak manfaat perawatan kecantikan bagi wanita seperti mengobati melasma mengobati jerawat menjaga kulit tetap halus Jadi perawatan kulit menggunakan royal jelly telah diken...
Gosokkan Bawang Putih Pada Kulit Kepala Untuk Merawat Masalah Keguguran Rambut Rileks Media

Gosokkan Bawang Putih Pada Kulit Kepala Untuk Merawat Masalah Keguguran Rambut Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 354 hits
Dengan bahan bahan yang mudah dan mudah dicari anda boleh memperbaiki dengan cepat keadaan kehilangan rambut walaupun dengan kepala botak Bukan sahaja ibu selepas kelahiran tetapi juga golongan muda yang tidak sabar kerana keadaan rambut me...
Inilah 7 Tip Dan Petua Merawat Lenguh Kaki

Inilah 7 Tip Dan Petua Merawat Lenguh Kaki

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 655 hits
Ramai orang pasti pernah rasa lenguh lenguh di kaki Biasanya lenguh kaki disebabkan terlalu banyak kerja melakukan aktiviti tanpa henti kurang tidur kurang zat terdapat darah tersumbat dan sebagainya Yang paling popular sebab pusing 1 mall ...
Petua Merawat Masalah Resdung Dan Kulit Berminyak Mudah Je Boleh Cuba

Petua Merawat Masalah Resdung Dan Kulit Berminyak Mudah Je Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 381 hits
Majoriti org kt skeliling kita ada R E S D U N G kan kan kan Nak tau kenape diorang kena RESDUNG ni meh nak share 10 PUNCA utama org kena RESDUNG 1 STRUKTUR HIDUNGNi jarang2 berlaku tp bleh jd penyebab resdung jugak Bg org yg strutur hidung...
Sepatutnya Aku Luang Lebih Masa Mak Tapi Lebih Pentingkan Teman Wanita Sebak Baca Luahan Hati Lelaki Ini

Sepatutnya Aku Luang Lebih Masa Mak Tapi Lebih Pentingkan Teman Wanita Sebak Baca Luahan Hati Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 385 hits
Sepatutnya Aku Luang Lebih Masa Mak Tapi Lebih Pentingkan Teman Wanita Sebak Baca Luahan Hati Lelaki Ini Masa sudah berlalu tidak mungkin boleh dikembalikan semula Oleh sebab itulah kita sering diingatkan untuk hargai masa yang ada sekarang...
Minat Berniaga Dengan Ada Ilmu Inilah Masa Yang Tepat Untuk Join Biz Ellsee

Minat Berniaga Dengan Ada Ilmu Inilah Masa Yang Tepat Untuk Join Biz Ellsee

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 302 hits
Salam wbt dan Hai Pernah dengar tentang biz Ellsee Atau biasa guna produk Ellsee UH bersama Ellsee baru setahun jagung tapi banyak dapat timba ilmu dan pengalaman biz yang baru dan berharga Join This is a content summary only Visit my websi...
Fuziah Loji Merawat Air Masin Bakal Di Bina Di Pantai Gebeng

Fuziah Loji Merawat Air Masin Bakal Di Bina Di Pantai Gebeng

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 301 hits
KUANTAN Kerajaan akan membina sebuah loji merawat air masin di Pantai Gebeng bagi mengatasi gangguan dan kekurangan bekalan air di kawasan perindustrian di kawasan tersebut Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata teknologi loji tersebut...
Doa Ringkas Untuk Merawat Migraine Sa Kit Kepala Dari Ustaz Sharhan Shafie Rileks Media

Doa Ringkas Untuk Merawat Migraine Sa Kit Kepala Dari Ustaz Sharhan Shafie Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 494 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah Rabb sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat S...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik